Tuesday, October 14, 2014

BENGKEL PENGUKUHAN PROGRAM PELAPIS 2014 : HARI PERTAMA


Tempat : Sutra Beach Resort, Terengganu
Tarikh : 13 Oktober 2014

Hari ini (Isnin) merupakan hari pertama Bengkel Pengukuhan Program Pelapis yang mana sebelum ini dikenali sebagai Perjumpaan Bersama Pegawai Pembangunan Negeri. Bengkel yang dikelolakan oleh Cawangan Pelapis MSNM ini dihadiri seramai 92 orang pegawai termasuk Pegawai dari Cawangan Pelapis dan Pegawai Pembangunan Negeri dari USPTN yang akan berlangsung bermula 13 sehingga 16 Oktober 2014.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk sesi suai kenal antara Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) dengan pegawai-pegawai di cawangan Pelapis terutama sekali bagi PPN yang baru dilantik. Selain itu, bengkel ini juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta mungutuhkan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak. Beberapa aspek lain juga akan disentuh sepanjang bengkel ini seperti perjalanan dan pelaksanaan Program Pelapis 2014.

Pada pagi hari pertama, kebanyakan peserta bergerak dari lokasi masing-masing seawal 8.00 pagi dan tiba di Sutra Beach Resort lebih kurang pada pukul 5.00 petang. Aktiviti malam pula,bermula pada pukul 8.00 malam iaitu sesi Ice Breaking oleh Team Explora Malaysia yang mana melibatkan semua pegawai USPTN dan cawangan yang berakhir pada jam 10.30 malam.







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.