Saturday, October 25, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI KETUJUH

Masuk hari ke 7 Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/ 2014 telah hampir sampai ke penghujungnya. Dengan berbaki 1 hari lagi aktiviti telah diteruskan dengan perhimpunan pagi seawal jam 6.30 pagi. Para atlet telah menyanyikan lagu negaraku dan seterusnya bersarapan sebagai persediaan menyertai mini pertandingan bagi acara Cretarium sejauh 18 km mengelilingi Stadium Utama Kangar.

Bagi acara Cretarium ini, seramai 31 orang atlet telah mengesahkan penyertaan dan acara ini lebih kepada memberi pengetahuan kepada atlet tentang kiraan markah dan kesesuaian masa untuk memecut. Berikut adalah keputusan bagi acara ini:

Criterium 18 km

1.Abdul Rahman b Hamdan (Trg)
2.Nor Fahme Mohd Abdullah (Prk)
3.Muhhamad Aiman Haiqal (Sel)

Pada pukul 3 satu sesi soal jawab telah diadakan dan dikendalikan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan En.Sood Hussin. Sesi ini lebih kepada pemahaman dan pengetahuan atlet sepanjang 7 hari berada di kem ini. Banyak pesanan dan nasihat telah diberikan oleh Cikgu Sood kepada semua atlet yang terlibat. Selain itu, semua jurulatih DAN PPN juga memberi ucapan dan nasihat sebelum berakhirnya kem pada keesokan harinya.

Majlis penutupan Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/2014 telah disempurnakan oleh YB Tuan Abdul Jamil Saad iaitu Exco Kebudayaan & Sukan Perlancongan & Kebudayaan Negeri Perlis. Dalam ucapan beliau, amat berbangga dan berbesar hati kerana kem ini dapat dianjurkan di negeri Perlis dan amat mengalukan aktiviti-akitiviti yang seumpama dengan ini pada masa akan datang bagi kemajuan sukan negara.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.