Friday, October 24, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI KEENAM

Hari ke-6 Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/2014 diteruskan lagi dengan akitiviti-aktiviti yang lebih mencabar. Satu pertandingan telah dikelolakan untuk atlet bagi melihat hasil dan keberkesanan program latihan sepanjang 5 hari berada di kem ini. Namun begitu, sebelum pertandingan atlet seperti kebiasaan telah berhimpun pada awal pagi bagi membaca doa dan menyanyikan lagu negaraku.

Satu mini pertandingan bagi acara Individual Time Trial sejauh 10km telah diadakan di Pauh, Perlis dan seramai 30 orang atlet terlibat dengan seorang daripadanya iaitu atlet Perlis adalah dari Program Penggalakan Sukan. Berikut adalah keputusan bagi mini pertandingan tersebut:-

Individual Time Trial 10km
1.Muhd Nur Aiman Rosli (Jhr)-17:41.563s
2.Mohd Mujahid b Mohd Shukri (Kdh)-18:24.606s
3.Abd.Rahman Hamdan (Trg)-18:25.010

Pada sebelah petang, satu sesi ceramah yang bertajuk Mental Preparation telah dikendalikan oleh En.Mohd Azri Yusoh iaitu Jurulatih Pelapis Kebangsaan yang banyak menerangkan tentang persiapan atlet semasa menyertai kejohanan. Semua jurulatih juga turut mengadakan satu sesi mengajar atlet mengenai teknik-teknik dan kemahiran dalam sukan basikal yang dapat digunakan semasa menyertai mana-mana kejohanan.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.