Friday, October 17, 2014

PERKEMBANGAN PROGRAM PELAPIS KEBANGSAAN MAJLIS SUKAN NEGARA

Pelaksanaan Program Pelapis telah mula dilaksanakan pada bulan Mac 2007 yang mana telah dibahagikan kepada tiga program latihan iaitu Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Pelapis Negeri. Setiap peringkat memainkan peranan bagi memastikan kesinambungan atlet negara dapat diteruskan melalui pakej-pakej latihan yang telah ditawarkan kepada atlet. 

PELAPIS KEBANGSAAN
Sehingga kini seramai 263 orang atlet dan 40 orang jurulatih daripada 23 jenis sukan telah dipilih untuk menjalani latihan secara sepenuh masa di Majlis Sukan Negara bagi membentuk pasukan pelapis kebangsaan. Banyak kejayaan dan sumbangan yang telah dikecapi oleh atlet-atlet di bawah program Pelapis Kebangsaan.

Bermula dari 2008 sehingga lah pada hari ini lebih dari 200 orang atlet dari pelbagai program telah dinaiktaraf ke Program Elit.

Antara atlet-atlet tersebut ialah atlet skuasy no. 2 negara Low Wee Wern, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Mohd Hafifi Mansor dari sukan angkat berat, Siti Fatima Ahmad dari sukan olahraga, Nur Ayuni Farhana dari sukan menembak, Amy Kwan Dict dari sukan Gimrama, Yu Peng Kean dari sukan lawan pedang, Nur Dabhitah Sabri dari sukan akuatik terjun dan ramai lagi.

Ketika itu walaupun masih di peringkat remaja namun banyak kejayaan telah dilakar di temasya serta kejohanan bertaraf dunia dan sehingga kini masih mengharumkan nama negara di bawah program Elit. 
Gambar : Antara bekas atlet-atlet di bawah Program Pelapis yang kini berada dibawah Program Elit. Gambar atas dari kiri : Nur Dhabitah, Siti Fatimah, dan Low Wee Wern. Gambar bawah dari kiri : Nur Ayuni, Yu Peng Kean dan Mohd Hafifi Mansor. Gambar tengah : Amy Kwan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.