Wednesday, October 8, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh   : 07 Oktober 2014
Masa    : 10:00 am - 6:00 pm 
Tempat : Kanchanaburi, Thailand

Hari kedua kejohanan menghasilkan kilauan dua pingat emas bagi atlet negara iaitu Nur Fariesha Irwana Mohd Supian bagi kategori 58 kg (W). Beliau berjaya memperoleh pingat emas bagi acara Snatch (80 kg) dan Total (196 kg), manakala pingat perak diperolehi menerusi acara Clean n Jerk (96 kg). Seramai 4 atlet negara bertanding pada hari ini melalui kategori 53 kg (W) dan 58 kg (W). Secara keseluruhannya, atlet negara yang bertanding berjaya memperbaharui rekod peribadi dan selain itu, dapat juga dilihat atlet remaja yang baru didedahkan dengan kejohanan luar negara dapat menimba pengalaman serta memberi saingan bersama atlet-atlet yang lain. Berikut merupakan keputusan kejohanan hari kedua kejohanan :

Keputusan Kat 53 kg (W) : Penyertaan 11 orang atlet

Snatch
1. Thailand - 76 kg (emas)
2. Thailand - 76 kg (perak)
3. Thailand - 72 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 57 kg

Clean n Jerk
1. Thailand - 100 kg (emas)
2. Thailand -   96 kg (perak)
3. Thailand -   93 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) - 70 kg

Total
1. Thailand - 176 kg (emas)
2. Thailand -  172 kg (perak)
3. Thailand -   165 kg (gangsa)
10. Nur Aisyah Mahmud (MAS) 127 kg

Keputusan Kat 58 kg (W) : Penyertaan 14 orang atlet

Snatch
1. Nurfariesha (MAS)- 80 kg (emas)
2. Thailand - 73 kg (perak)
3. Thailand - 73 kg (gangsa)
5. Fessy Felix (MAS) 67 kg 
10. Marcetta Marylne (MAS) 61kg
    
Clean n jerk
1. Thailand - 97 kg (emas)
2. Nurfariesha (MAS) 96 kg (perak)
3. Thailand - 92 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) 73 kg 

Keseluruhan
1. Nurfariesha (MAS) - 176 kg (emas)
2. Thailand - 170 kg (perak)
3. Thailand - 163 kg (gangsa)
10. Marcetta Marylne (MAS) - 134 kg 

Hari ketiga kejohanan hanya melibatkan penyertaan seorang atlet negara sahaja iaitu Francis Alexender bagi kategori 62 kg (L). Pungutan pingat bagi atlet Malaysia yang terkini adalah 2 Emas, 4 Perak.

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.