Sunday, October 19, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI PERTAMA

Satu Kem Bakat Sukan Berbasikal telah diadakan di negeri Perlis Indera Kayangan bermula dari 18 hingga 25 Oktober 2014 di mana tujuan kem ini adalah bagi mencungkil bakat-bakat muda dari Program Pelapis Negeri ke peringkat yang lebih tinggi sama ada ke Pelapis Serantau ataupun Pelapis Kebangsaan. 

Kem basikal pada kali ini tertumpu kepada atlet lelaki yang melibatkan 28 orang atlet berpotensi dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Seramai 12 orang jurulatih yang terdiri dari Jurulatih Penuh Masa (JPM) dan Jurulatih Separuh Masa (JSM) sudi bagi membantu menjayakan program ini. Pegawai,jurulatih dan atlet telah menginap di asrama Majlis Sukan Negeri Perlis.

Pada hari ini, satu taklimat pengenalan kem telah dijalankan pada sebelah petang dan atlet diberi penerangan tentang jadual kem, peraturan kem serta perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang kem berjalan. Pada sebelah malam, jurulatih-jurulatih yang terlibat telah mengadakan mesyuarat bagi pengagihan tugas yang dipengerusikan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu En.Muhd Azri Yusoh. Manakala atlet pula telah menjalani aktiviti suai kenal yang telah dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Negeri (PPN).


LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.