Tuesday, December 30, 2014

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI KETIGA

Hari ketiga kejohanan diteruskan dan berlangsung di Davenport Arena. Venue terletak kira-kira 17km dari penginapan. Seperti biasa, pasukan bergerak awal pada jam 11.30 a.m. ke venue bagi mendapat tempat 'warm up' dan tempat berehat.

Walaubagaimanapun, cuaca yang pada awalnya baik dan redup serta pelumba-pelumba juga dapat menaiki trek utk mengadakan warm up bertukar hujan 30 minit sebelum acara pertama berlangsung.

Pihak penganjur terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perlumbaan pada jam 4.00pm kerana hujan masih tidak berhenti. Semua acara yang ditangguhkan akan dibawa ke hari esok.

Perlumbaan hari esok akan bermula awal pada jam 1.00pm dan dijangkan habis pada malam hari.

LAPORAN OLEH,
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

Monday, December 29, 2014

PROGRAM ATLET PRIHATIN


SUMBANGAN SEMUA PIHAK BAGI MERINGANKAN BEBAN MANGSA-MANGSA BANJIR AMAT-AMAT DI PERLUKAN

Saturday, December 27, 2014

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI KEDUA

Hari kedua setelah ketibaan pasukan berbasikal di Tasmania, aktiviti dimulakan dengan membeli makanan dan feeding bagi persiapan pertandingan pada esok hari.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, basikal dan beg yang tertinggal di KLIA telah dihantar oleh pihak agensi penerbangan terus ke penginapan pada pukul 1.30pm. Setelah makan tengahari dan rehat, pelumba-pelumba menjalani latihan ringan di roller selama 45minit pada jam 530pm.

Tiada aktiviti waktu malam dan atlet diberi rehat secukupnya bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung pada esok hari di Silverdrome, Launceston. Kejohanan dijangka bermula pada pukul 4.00pm hingga 11.00mlm dan pasukan akan bergerak awal memandangkan jarak perjalanan adalah sejauh 120km dari penginapan.

Semoga hari pertama kejohanan membawa khabar gembira buat pasukan berbasikal kebangsaan.

Laporan oleh,
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI PERTAMA

Seramai 10 orang atlet berbasikal dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri serta 3 orang pegawai akan menyertai kejohanan Tasmanian Christmas Carnival 2014 yang berlangsung di Tasmania Australia pada 25 Dis 2014 hingga 3 Januari 2015.

Keberangkatan pasukan pada  24 Disember pukul 11.45pm berjalan lancar dari KLIA ke Melbourne dan selamat mendarat pada pukul 1030pm waktu tempatan. Akan tetapi, terdapat sedikit masalah apabila 1kotak basikal dan 1 bagasi tidak diterima. Setelah disemak di lapangan terbang Melbourne, barang2 tersebut tidak dimasukkan ke kargo dan masih di Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun, pihak Agensi penerbangan telah menyelesaikan masalah dan dijangka   barang2 tersebut akan tiba dan dihantar terus  ke penginapan pasukan pada esok hari.
Penerbangan seterusnya menuju ke lapangan terbang Launcheston iaitu tempat pertandingan berlangsung. Pasukan selamat mendarat pada pukul 4.30pm dan terus bergerak ke penginapan.

Sedikit penerangan berkenaan perjalanan program dilakukan pada pukul 7.30pm antara pegawai dan atlet dan pasukan juga akan dibantu oleh seorang pegawai dari Australia semasa kejohanan.

Aktiviti hari kedua yang akan dijalankan adalah memasang basikal dan atlet akan menjalani latihan ringan sahaja. Hari pertama pertandingan akan berlangsung pada  27 Disember 2014 di Silverdrome Launceston.

Laporan oleh,
AHMAD NOR ZAHIN MOHAMED ZAIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

Friday, December 26, 2014

LATIHAN PUSAT DAN PEMILIHAN ATLET TINJU KE PROGRAM PELAPIS SERANTAU : HARI PERTAMA

Hari pertama Latihan Pusat dan Pemilihan Atlet Tinju Ke Program Pelapis Serantau 2015 bertempat di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Pulau Pinang berjalan lancar dimana atlet atlet tinju yang dipilih dari Pusat Latihan Negeri melaporkan diri.

Hari pertama program hanya dijalankan pada malam setelah semua atlet melaporkan diri pada sebelah petang. Sedikit penjelasan dan pencerahan berkenaan program oleh Pengurus Sukan Pelapis Serantau dan dibantu oleh Pengurus ASMSN serta jurulatih selaku panel pemilih.

Atlet yang hadir akan menjalani latihan bersama disamping mempelajari secara teori dan praktikal berkenaan sukan tinju. Latihan pusat ini akan diadakan selama 7 hari dimana 2 hari terakhir atlet akan diberi ujian spesifik dan ini membolehkan jurulatih memilih atlet yang berpotensi untuk diserapkan ke Program Pelapis pada tahun 2015.
Laporan disediakan oleh,
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU

Thursday, December 25, 2014

KEM T20 MEMANAH 2014 : HARI KETIGA

23 Disember 2014

Kem latihan hari ke 3 diteruskan lagi dengan perhimpunan pagi atlet dan jurulatih pada jam 6.30 pagi, dimana semua atlet berkumpul di hadapan hotel bagi menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar taklimat ringkas jurulatih bagi perjalanan program. Seperti biasa senaman ringan dan regangan badan sebagai pemanas badan telah dibuat dan lari anak sebanyak 2 pusingan telah dilakukan.

‎Sesi latihan di padang diteruskan lagi bermula jam 8.00 pagi, dimana kesemua atlet dibawa ke padang memanah untuk menjalani latihan 'shooting skill' jarak 10 meter dan diikuti dengan jarak 30 meter. Menurut jurulatih terdapat beberapa orang atlet yang masih perlu memperbaiki cara memanah mereka. Sebelum latihan dijalankan, para jurulatih akan memeriksa bow yang digunakan oleh atlet untuk mendapat cara memanah yang betul, kerana rata-rata atlet tidak menggunakan cara yg betul semasa memanah. Walau bagaimanapun, para atlet dapat melakukan dengan baik setelah diberi tunjuk ajar oleh beberapa juratih yang berpengalaman didalam bidang ini.

Pada sebelah petang pula, pada jam 2.00pm jurulatih memberi latihan tambahan jarak 30 meter lagi untuk atlet mendapat keserasian menggunakan bow mereka dengan teknik dan cara yang telah diubah semasa di kem ini dan tidak sama semasa mereka di negeri masing-masing. Menurut jurulatih ada peningkatan atlet tersebut sehingga latihan sebelah petang tamat jam 6.00 petang dan atlet di bawa pula ke hotel untuk berehat dan bersiap bagi makan malam serta sesi sebelah malam pula.

Sesi pada malam ini diteruskan dengan menjemput penceramah daripada ISN iaitu Dr. Ahmad Munawwar dengan tajuk Asas Kecederaan Sukan. Ceramah ini telah menerangkan kepada atlet mengenai asas kecederaan sukan dan kecederaan yang sering dan kerap terjadi kepada atlet semasa latihan mahupun semasa kejohanan. Di ceramah ini juga, atlet juga diberitahu bagaimana cara untuk mengatasinya disamping menerangkan punca terjadinya kecederaan. Dihujung ceramah telah diadakan sesi berdialog atlet dan doktor dan beberapa soalan berkaitan telah diajukan kepada penceramah ini sehinggalah sesi tamat jam 10 malam. Kem latihan akan disambung pada keesokan harinya lagi dan dilampirkan bersama gambar sesi latihan sepanjang hari ini.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

Tuesday, December 23, 2014

A JOURNEY TO CONTINUES... A PERSON TO REMEMBER : DATO’ SERI ZOLKPLES EMBONG

Tinggi bukit gemilang gemilang
Air laut tenang – tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Bagi kalangan ahli sukan dan penggiat sukan nama Dato’ Seri Zolkples Embong bukanlah satu nama asing dalam dunia sukan.  Nama beliau sering menghiasi berita – berita sukan tanahair dengan memberi komentar serta respons  yang baik.   Tugas menjadi seorang Ketua  Pengarah bukan boleh di pandang enteng kerana perlu mengemudi kesemua Bahagian & Cawangan serta perlu menjalinkan kerjasama baik dengan pelbagai agensi berkaitan.  Program Pelapis yang ditubuhkan semenjak tahun 2008 turut terkesan dengan berita bahawa beliau akan meninggalkan kerusi panas di Majlis Sukan Negara. 

Mengenali beliau secara umumnya, beliau seorang yang aktif dalam pelbagai jenis sukan seperti golf terutamanya, tenpin boling dan boleh bermain futsal!  Beliau sentiasa percaya dengan kemampuan Program Pelapis yang menjadi menjadi salah satu tunjang atau core business di MSN untuk pergi lebih jauh.  Sesungguhnya warga kerja Majlis Sukan Negara beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang hebat dan dibawah naungannya nama Majlis Sukan Negara gah berdiri dan Program Pelapis turut terkena kesan limpah tersebut.

Pelbagai usaha dan program telah dilancarkan untuk memastikan Program Pelapis berkembang baik dari hari ke hari dan masa ke semasa.  Beliau jarang untuk mengatakan tidak jika terdapat jemputan daripada Pelapis bagi sesuatu program kerana ianya adalah satu salah cara beliau mengenali lebih rapat penggiat sukan di peringkat akar umbi.  Memetik kata kata beliau dalam salah satu program yang dianjurkan:

“Kita berharap Program Pelapis yang dilaksanakan di pelbagai peringkat dapat melahirkan kumpulan atlet berpotensi dan boleh diketengahkan di masa hadapan”

Kami warga Pelapis turut terkesan dengan kehilangan beliau namun percaya pada kewibawaan pengemudi yang baru.  Semoga Dato’ Seri Zolkples Embong terus success di masa hadapan dan kami mengucapkan terima kasih atas jasa dan budi yang ditaburkan selama ini.

KEM T20 MEMANAH 2014 : HARI KEDUA

22 Disember 2014

Pembukaan program bagi hari ke - 2 dimulakan dengan perhimpunan pagi atlet dan jurulatih tepat jam 6.30 pagi dengan nyanyian lagu Negara Ku sebagai pembukaan program dan diikuti dengan regangan badan sebagai senaman pagi para atlet. Selepas itu Ketua jurulatih telah memberi taklimat ringkas perjalanan program yang telah diaturkan mengikut jadual. Selesai perhimpunan pagi para atlet diberi sarapan pagi oleh pihak hotel bermula jam 7.10 pagi dan jam 8.00 pagi pula para atlet di bawa ke dewan Kementerian Belia dan Sukan, Larkin untuk sesi ujian kecergasan yang dikendalikan oleh pasukan TID ISN dari Bukit jalil yang dibantu oleh ISN Nusajaya Johor Bahru. Sesi ini telah tamat jam 11.30 pagi dan atlet dibawa pulang ke hotel untuk rehat serta makan tengah hari bermula jam 12.30 tengah hari.

Sesi latihan kem bermula jam 2.00 petang di Padang Memanah Stadium Larkin dengan latihan shooting skill‎ jarak 10 meter. Sebelum memulakan latihan para jurulatih telah membuat pemeriksaan peralatan setiap atlet dan regangan ringan dijalankan oleh mereka sebelum memulakan latihan memanah. Latihan ini telah tamat jam 6.00 petang dan atlet di bawa pulang ke hotel untuk berehat bagi meneruskan sesi sebelah malam. Disebelah malam hanya aktiviti ringan diberikan kepada para atlet, dimana sesi Ice Breaking dan Fun Games yang dipimpin oleh pihak urus setia sehingga tamat jam 10.15 malam.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN