Friday, December 5, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 & PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI TERAKHIR

Tarikh : 5 Disember 2014

Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Hotel Sri Petaling

Hari terakhir kem dimulakan dengan majlis penutupan Kem Angkat Berat Siri 2/2014 & Pemilihan Sempena Temasya YOG 2018 dimana majlis bermula pada jam 10.00 pagi.

Pengisian majlis penutupan dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Unit Pelapis Kebangsaan, Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil mengenai objektif dan keberkesanan aktiviti semasa kem dijalankan untuk para atlet.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil kepada para atlet oleh Ketua Unit Pelapis Negeri, Encik Rashid Ramli. Manakala sesi penyampaian hadiah kepada para atlet untuk mini pertandingan pula disempurnakan oleh Encik Azrul Hisyam. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Pada jam 12.30 tengahari, para peserta kem mendaftar keluar dari hotel dan bergerak pulang ke negeri masing masing.

LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN

PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.