Thursday, December 18, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN USPTN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2014

Hari ini masuk hari kedua pemantauan pusat latihan negeri dijalankan di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 4 sukan dibawah USPTN WP Labuan telah dilawati iaitu sukan angkat berat, memanah, olahraga dan lawn bowl. Pemantauan pada hari ini juga dilakukan oleh Pegawai Pembangunan Negeri Labuan iaitu En.Hairie Nizam dan Pemangku Ketua Unit USPTN WP iaitu Cik Zurina Khalit. Berikut adalah beberapa ulasan semasa pemantauan dilakukan:

Angkat Berat
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Seramai 9 orang atlet telah hadir semasa pemantauan dijalankan yang dikendalikan oleh En.Eyan Jolis. Terdapat beberapa peralatan yang tidak mencukupi seperti magnesium powder dan peralatan lain yang telah uzur. Jurulatih memaklumkan tiada masalah dari segi kehadiran atlet.

Memanah
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Latihan memanah berjalan seperti biasa namun target bat yang tidak mencukupi sedikit mengganggu sesi latihan kerana telah diguna pakai bagi kejohanan borneo baru-baru ini. Kehadiran atlet adalah memuaskan dan tiada masalah peralatan yang dibangkitkan semasa pemantauan dilakukan. Jurulatih sedia ada memohon penambahan JSM bagi membantu beliau untuk menampung atlet yang ramai.

Olahraga
Tempat : Kompleks Sukan Labuan

Sesi latihan dijalankan oleh En.Budi iaitu pembantu jurulatih kerana JSM Andrain Chew tidak dapat hadir kerana terlibat dengan aktiviti sekolah. Seramai 8 orang atlet yang hadir pada hari ini dan kesemuanya adalah bagi acara balingan. Jurulatih memohon bantuan peralatan bagi acara balingan dan peralatan lain seperti medicine ball. Selain itu tiada masalah yang dibangkitkan.

Lawn Bowl
Tempat : Lawn Ball International Arena Labuan

Sesi latihan telah dikendalikan oleh JSM iaitu En.Hassan bin Hussin dan seramai 18 orang telah hadir dalam sesi latihan pada hari ini. Jurulatih memaklumkan bagi sukan lawn bowl tiada masalah dari segi kehadiran atlet sepanjang tahun ini dan begitu juga peralatan. Namun jurulatih memohon pertambahan jurulatih memandangkan atlet lawn bowl yang semakin ramai iaitu seramai 46 orang.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.