Thursday, December 4, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 & PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI KEEMPAT

Tarikh: 3 Disember 2014

Masa: 6.30 pagi - 6.30 petang
Tempat: Majlis Sukan Negara & Hotel Sri Petaling


Hari keempat Kem Angkat Berat Siri 2/2014 dan Pemilihan Sempena Temasya YOG 2018 dimulakan dengan sesi perhimpunan pagi. Atlet menyanyikan lagu Negaraku seterusnya mendengar taklimat tentang perjalanan kem untuk hari ketiga oleh Jurulatih, Encik Nordin.

Atlet bergerak ke Majlis Sukan Negara dan memulakan sesi latihan pada jam 8.00 pagi. Sesi dimulakan dengan sesi memanaskan badan. Seterusnya atlet menjalani ujian kelenturan yang dikendalikan oleh para jurulatih. Ujian ini lebih spesifik untuk sukan angkat berat kerana jurulatih mengambil ukuran ketika atlet melakukan teknik clean & jerk.

Pada jam 10.30 pagi, atlet melakukan sesi latihan clean & jerk. Latihan clean pull combination dijalankan bagi memperbaiki teknik clean para atlet.

Sesi bersambung pada jam 2.00 petang di mana sesi latihan disambung. Pada sesi ini atlet menjalani latihan straight knee snatch dan jerk from block. Latihan ini bertujuan untuk memperbaiki teknik snatch atlet.

Pada jam 4.30 petang, sesi tayangan video dijalankan. Pada sesi ini tayangan video rekod dunia yang dilakukan dalam temasya seperti sukan Olimpik dan sukan Asia. Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk menunjukkan teknik angkatan yang betul dari atlet bertaraf dunia. Sesi berakhir pada jam 6.30 petang.

Tiada sesi dijalankan pada waktu malam kerana atlet diberikan rehat bagi persediaan kepada mini pertandingan yang akan dijalankan pada hari kelima kem.
LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN

PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.