Wednesday, December 3, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 & PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI KETIGA

Tarikh: 2 Disember 2014
Masa: 6.30 pagi - 10.00 malam 
Tempat: Institut Sukan Negara & Majlis Sukan Negara

Hari ketiga kem dimulakan dengan perhimpunan pagi pada jam 6.30 pagi.Para atlet berkumpul dan menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya Pegawai dari Majlis Sukan Negara memberikan taklimat tentang perjalanan kem untuk hari ketiga.

Pada jam 8.00 pagi, atlet berkumpul di Institut Sukan Negara (ISN) Untuk sesi ujian fizikal.Sesi dikendalikan oleh Unit Fisiologi ISN dan 4 ujian dijalankan kepada atlet merangkumi bahagian lower body dan upper body. Antara ujian yang dijalankan adalah standing throw.

Pada jam 10.30 pagi, sesi ujian fizikal diteruskan dan pada sesi ini para jurulatih yang diketuai oleh jurulatih Pelapis Serantau, Encik Sarandeliev Zhenya melakukan ujian kelenturan kepada para atlet.Ujian yang dijalankan iaitu Vertical Jump Test untuk mengetahui kekuatan kaki atlet.
Sesi diteruskan pada jam 2.00 petang di mana para atlet menjalani latihan standing clean dan back squat. Latihan ini dijalankan bagi meningkatkan teknik dalam angkatan clean & jerk.

Pada jam 4.30 petang, satu sesi ceramah tentang Pengambilan Bahan Terlarang yang dikendalikan oleh Pegawai dari Unit Anti Doping ISN, Encik Murali A/L Paramasivam. Atlet diberi penerangan tentang jenis jenis bahan terlarang dan kesan negatif pengambilan bahan terlarang kepada atlet.

Sesi terakhir pada hari ketiga adalah sesi Team Building. Sesi ini dikendalikan oleh para Pegawai Pembangunan Negeri Cawangan Pelapis. Atlet diminta menyelesaikan masalah secara berkumpulan di dalam management games. Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk menerapkan kerjasama sesama atlet dan untuk meningkatkan keyakinan diri para atlet. Sesi berakhir pada jam 10.00 malam dan atlet bersurai.

LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.