Friday, December 5, 2014

KEM ANGKAT BERAT SIRI 2/2014 & PEMILIHAN SEMPENA TEMASYA YOG 2018 : HARI KELIMA

Tarikh: 4 Disember 2014
Masa: 6.30 pagi - 9.30 malam
Tempat: Majlis Sukan Negara

Hari kelima kem dimulakan dengan sesi perhimpunan pagi. Atlet berkumpul dan seperti biasa menyanyikan lagu Negaraku bagi menaikkan semangat patriotik.


Pada jam 8.30 pagi, atlet berkumpul di Majlis Sukan Negara di mana satu pertandingan mini akan dijalankan. Pertandingan mini ini dijalankan untuk melihat sejauh mana atlet mengaplikasikan teknik yang diajar semasa latihan.

Format pertandingan adalah atlet dipecahkan mengikut kumpulan dan akan bertanding sebagai pasukan. Pasukan diagihkan mengikut jumlah angkatan terbaik semasa kejohanan dicampurkan supaya setiap kumpulan seimbang.

Pertandingan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Sebanyak 3 kumpulan melakukan angkatan snatch dan clean & jerk pada sebelah pagi. Pertandingan disambung semula pada sesi petang di mana 3 lagi kumpulan melakukan angkatan.

Bagi keputusan pertandingan dimenangi kumpulan 1 dengan jumlah angkatan jumlah angkatan 681 kg diikuti kumpulan 2 dengan jumlah angkat 676 kg dan tempat ketiga milik kumpulan 5 dengan jumlah angkatan 657 kg. Atlet yang melakukan angkatan tertinggi bagi kategori lelaki adalah Elson Edwards dengan angkatan 205 kg manakala bagi atet wanita angkatan tertinggi oleh Nur Atikah Sobri dengan angkatan 135 kg.

Pada jam 8.00 malam, satu sesi rumusan kem dijalankan di mana atlet diminta memberikan maklumbalas berkenaan kem yang disertai. Jurulatih juga membuat maklumbalas dan rumusan berkenaan aktiviti yang dijalankan sepanjang 5 hari kem berlangsung. Sesi maklumbalas dan rumusan kem berakhir pada jam 9.30 malam dan atlet dan jurulatih bersurai.
LAPORAN OLEH,
MOHD ZAIRUL FAIZ ZANUDIN

PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.