Wednesday, December 3, 2014

BENGKEL PPN BIL 3/2014 : HARI PERTAMA

2 Disember 2014, Kuala Lumpur - Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia sekali lagi menganjurkan Bengkel Pengurusan Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) yang mana merupakan kali ketiga bagi tahun 2014 dimana lokasi penganjuran ialah di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Disember 2014.

Bengkel PPN Bil 3/2014 ini melibatkan seramai 22 orang pegawai dari negeri yang mana kebanyakkannya merupakan pegawai yang baru dilantik di bawah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN). Selain itu, turut hadir ialah Ketua-Ketua Unit Cawangan Pelapis serta Pengurus Sukan Cawangan Pelapis. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi melihat pelaksanaan sukan oleh PPN pada tahun 2013 dan juga perancangan serta pelaksanaan pada tahun 2014 di negeri masing-masing.

Hari pertama bermula dengan taklimat bengkel bersama Puan Nurehsan Hasan, Ketua Unit Khidmat Sokongan dan diikuti dengan taklimat berkenaan Program Binaan dan Promosi oleh Ketua Unit Pelapis Negeri, Encik Rashid Ramli. Pembentangan oleh PPN pula dimulakan oleh PPN dari Perlis dan seterusnya Kedah.

Sesi malam pula diteruskan dengan Ucaptama daripada Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri Ngadirin. Pembentangan oleh PPN akan diteruskan pada esok hari pada jam 8.30 pagi di dewan yang sama.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.