Friday, February 27, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 – 2022/2023 : 27 FEBRUARI 2015

Tarikh : 27 Februari 2015 (Jumaat)
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan

Pada 12 Februari 2015 yang lalu, Yang Berhormat Encik Khairy Bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan penstrukturan semula dua institusi sukan terbesar di Malaysia iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Melalui pengumuman tersebut beberapa perubahan dijalankan demi kebaikan dan pembangunan sukan di Malaysia.

Antara gerakan tindakan yang dilangsungkan bagi menghadapi perubahan ini ialah dengan menganjurkan bengkel penulisan ‘blueprint’ yang melibatkan 19 sukan. Bengkel yang pertama telah dijalankan pada 13 hingga 15 Februari 2015 yang lalu yang mana dijalankan khas bagi sukan Sepak Takraw bertempat di Hotel Palace of Golden Horses.

Kali ini merupakan bengkel fasa pertama yang melibatkan 9 sukan iaitu Angkat Berat, Akuatik, Badminton, Berbasikal, Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran serta Skuasy. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan Pelan Rancangan Pembangunan Sukan Jangka Panjang (Blueprint) bagi  tempoh pelaksanaan 2015-2022/2023 dengan kerjasama beberapa peemegang taruh iaitu Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK). Melalui pelan ini semua p6gram latihan dapat diselaraskan secara berstruktur bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan sukan secara holistic dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Setiap sukan telah ditetapkan moderator khas bagi melancarkan perjalanan bengkel iaitu :
  1. Dr. Lim Boon Hooi – Sukan Akuatik
  2. Prof. Madya Zulkifli Kadir – Sukan Angkat Berat
  3. Mohammed Sadek Mustaffa – Sukan Berbasikal
  4. Tn. Hj Zainal Abidin Rawop – Sukan Badminton
  5. Dr. Jeffrey Low Fook Lee – Sukan Memanah
  6. Dr. Nur Ikhwan Mohamad – Sukan Menembak
  7. En. Wong Ah Jit – Sukan Skuasy
  8. En. Zainal Abas – Sukan Olahraga
Pendaftaran peserta dijalankan pada hari pertama bermula pada jam 12.30 tengahari dan diteruskan dengan perasmian bengkel oleh Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSNM. Beliau turut membentangkan hala tuju program Majlis Sukan Negara dan diteruskan dengan pembentangan oleh Datuk Danyal Balagopal daripada MOM. Sesi pertama program bermula pada jam 8.30 malam dengan perbincangan mengikut sukan iaitu Pendahuluan, SWOT, dan Pelan Pembangunan.

Bengkel seterusnya ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan akan bersambung semula pada hari esok (28 Fenbuari 2015).
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN

Wednesday, February 25, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN MELAKA 2015 (23.02.2015)

AUDIT 8 FAIL

Audit program dan pemantauan oleh pengurus sukan pelapis negeri merupakan amalan setiap tahun bagi memantau sebarang permasalahan ataupun penambahbaikan setelah teguran yang dibuat pada tahun yang sebelumnya. Berikut adalah laporan audit program dan pemantauan pusat latihan :

1. Maklumat pusat latihan
- Tidak menggunakan borang yang disediakan. ‎Maklumat kurang lengkap seperti gambar pusat dan maklumat PLN.

2.Maklumat / Data Jurulatih
- Lengkap

3.Laporan Bulanan JSM 
- Lengkap

4. Maklumat Data Sains sukan
- Maklumat yang ada ialah rumusan ujian ISN setelite. Tidak semua sukan dibawah program terlibat dalam ujian tersebut.

5. Periodisasi Mengikut Sukan 
- Tidak semua sukan mempunyai pelan priodisasi.

6. Maklumat data atlet/ Pencapaian
- Tidak menggunakan borang yang sedia ada. 

7. Takwim Tahunan dan Temasya Sukma - Tidak lengkap. Ada sukan masih tidak ada rekod penyertaan sukma.

8. Inventori Peralatan
- Lengkap.

Dari segi audit program iaitu 8 fail utama yang perlu disediakan, maklumat masih kurang dan perlu diperbaiki. Teguran telah dibuat dan para pegawai PPN diminta untuk merancang mesyuarat JKK serta ujian kecergasan dan spesifik bagi sukan masing-masing.

Pemantauan PLN

1. Sukan Memanah
Latihan dijalankan sebanyak 6 kali seminggu. Kehadiran atlet ketika pemantauan adalah memuaskan. Pihak ISN Melaka turut membantu dari segi latihan bebanan dan sesi psikologi kepada atlet dalam program. Seramai 28 orang atlet sukan memanah dibawah program pelapis.

2. Sukan Tenis
Seramai 20 orang atlet sukan tenis berada dibawah program. Manakala latihan pula diadakan sebanyak 4 kali seminggu.

3. Sukan Skuasy
Seorang JPM dan 2 org JSM dil‎antik untuk mengendalikan program latihan. Seramai 61 org dalam program.Latihan dijalankan 6 kali seminggu. Pihak ISN membantu dalam latihan bebanan dan ujian kecergasan.

4. Sukan Olahraga
Latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran atlet kurang memuaskan semasa pemantauan kerana cuti sekolah.
LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, February 11, 2015

MESYUARAT KETUA UNIT NEGERI BIL 01/2015 : 9-11 FEBRUARI 2015

TARIKH : 10 - 11 FEBRUARI 2015 
TEMPAT : BILIK RAJAWALI, CASA MSNM

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 01/2015 dilangsungkan pada hari kedua dan ketiga dengan sesi pembentangan Program Latihan Negeri 2014 / 2015. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang terlibat pada hari kedua (10 Februari 2015) ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Manakala pada pagi hari kedua pula diteruskan dengan USPTN Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Di dalam sesi ini, Ketua Unit / Pemangku Unit Negeri membentangkan pelaksanaan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014. Dari segi pelaksanaan program latihan bagi tahun 2014, antara elemen-elemen yang terlibat ialah maklumat atlet, jurulatih, pelaksanaan program binaan, penyertaan dan prestasi atlet dalam pertandingan dalam dan luar negara serta capaian KPI tahun 2014. Manakala dari segi perancangan tahun 2015 pula antara elemen yang terlibat ialah maklumat terkini berkaitan kakitangan USPTN, atlet, jurulatih, dan pusat latihan. Perancangan program binaan serta sasaran KPI bagi tahun 2015 turut dibincangkan dalam setiap pembentangan.

Di akhir mesyuarat ini, Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin mengingatkan agar semua kakitangan di USPTN dan cawangan Pelapis sendiri agar menunjukkan lebih sifat kepimpinan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing bagi meningkatkan prestasi tadbir urus di peringkat negeri. Selain itu, perancangan di peringkat negeri haruslah diperhalusi dan menjaga hubungan baik dengan agensi-agensi luar. Beliau juga turut berpesan agar para PPN dan semua kakitangan untuk lebih proaktif dalam menjalankan tugas masing-masing.

Setelah berakhir sesi rumusan, mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari sehingga mesyuarat ketua unit bil. 02/2015 yang seterusnya nanti.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN CAWANGAN PELAPIS

Tuesday, February 10, 2015

MESYUARAT KETUA UNIT NEGERI BIL 01/ 2015 : 09 - 11 FEBRUARI 2015

TARIKH : 9 FEBRUARI 2015 
MASA : 2.30 PM - 6.30 PM
TEMPAT : BILIK RAJAWALI, CASA MSNM

Seperti amalan tahun-tahun yang sebelumnya, cawangan Pelapis akan mengadakan mesyuarat dengan Ketua Unit / Pemangku Ketua Unit Negeri bersama wakil Pegawai Pembangunan Negeri (PPN). Jumlah kehadiran adalah seperti berikut :

Pengarah Cawangan                                    : 1 orang
Ketua Unit Cawangan Pelapis                       : 4 orang
Pegawai Cawangan                                      :12 orang
Ketua Unit / Pemangku Ketua Unit Negeri    : 13 orang
PPN                                                              : 16 orang

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin diteruskan dengan penerangan berkenaan hala tuju dan fokus cawangan bagi tahun 2015. Antara agenda utama dalam mesyuarat kali ini ialah berkaitan pentadbiran, kewangan, sistem rating USPTN dan juga maklumat terkini program iaitu Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri. 

Mesyuarat berakhir pada jam 6.30 petang dan bersambung semula pada pagi 10 Februari 2015 bagi sesi pembentangan Program Latihan mengikut Negeri bagi tahun 2014 dan perancangan 2015.
LAPORAN OLEH, 
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS MSNM