Wednesday, February 11, 2015

MESYUARAT KETUA UNIT NEGERI BIL 01/2015 : 9-11 FEBRUARI 2015

TARIKH : 10 - 11 FEBRUARI 2015 
TEMPAT : BILIK RAJAWALI, CASA MSNM

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 01/2015 dilangsungkan pada hari kedua dan ketiga dengan sesi pembentangan Program Latihan Negeri 2014 / 2015. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang terlibat pada hari kedua (10 Februari 2015) ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Manakala pada pagi hari kedua pula diteruskan dengan USPTN Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Di dalam sesi ini, Ketua Unit / Pemangku Unit Negeri membentangkan pelaksanaan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014. Dari segi pelaksanaan program latihan bagi tahun 2014, antara elemen-elemen yang terlibat ialah maklumat atlet, jurulatih, pelaksanaan program binaan, penyertaan dan prestasi atlet dalam pertandingan dalam dan luar negara serta capaian KPI tahun 2014. Manakala dari segi perancangan tahun 2015 pula antara elemen yang terlibat ialah maklumat terkini berkaitan kakitangan USPTN, atlet, jurulatih, dan pusat latihan. Perancangan program binaan serta sasaran KPI bagi tahun 2015 turut dibincangkan dalam setiap pembentangan.

Di akhir mesyuarat ini, Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin mengingatkan agar semua kakitangan di USPTN dan cawangan Pelapis sendiri agar menunjukkan lebih sifat kepimpinan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing bagi meningkatkan prestasi tadbir urus di peringkat negeri. Selain itu, perancangan di peringkat negeri haruslah diperhalusi dan menjaga hubungan baik dengan agensi-agensi luar. Beliau juga turut berpesan agar para PPN dan semua kakitangan untuk lebih proaktif dalam menjalankan tugas masing-masing.

Setelah berakhir sesi rumusan, mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari sehingga mesyuarat ketua unit bil. 02/2015 yang seterusnya nanti.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN CAWANGAN PELAPIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.