Friday, February 27, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 – 2022/2023 : 27 FEBRUARI 2015

Tarikh : 27 Februari 2015 (Jumaat)
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan

Pada 12 Februari 2015 yang lalu, Yang Berhormat Encik Khairy Bin Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengumumkan penstrukturan semula dua institusi sukan terbesar di Malaysia iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Melalui pengumuman tersebut beberapa perubahan dijalankan demi kebaikan dan pembangunan sukan di Malaysia.

Antara gerakan tindakan yang dilangsungkan bagi menghadapi perubahan ini ialah dengan menganjurkan bengkel penulisan ‘blueprint’ yang melibatkan 19 sukan. Bengkel yang pertama telah dijalankan pada 13 hingga 15 Februari 2015 yang lalu yang mana dijalankan khas bagi sukan Sepak Takraw bertempat di Hotel Palace of Golden Horses.

Kali ini merupakan bengkel fasa pertama yang melibatkan 9 sukan iaitu Angkat Berat, Akuatik, Badminton, Berbasikal, Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran serta Skuasy. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan Pelan Rancangan Pembangunan Sukan Jangka Panjang (Blueprint) bagi  tempoh pelaksanaan 2015-2022/2023 dengan kerjasama beberapa peemegang taruh iaitu Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK). Melalui pelan ini semua p6gram latihan dapat diselaraskan secara berstruktur bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan sukan secara holistic dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Setiap sukan telah ditetapkan moderator khas bagi melancarkan perjalanan bengkel iaitu :
  1. Dr. Lim Boon Hooi – Sukan Akuatik
  2. Prof. Madya Zulkifli Kadir – Sukan Angkat Berat
  3. Mohammed Sadek Mustaffa – Sukan Berbasikal
  4. Tn. Hj Zainal Abidin Rawop – Sukan Badminton
  5. Dr. Jeffrey Low Fook Lee – Sukan Memanah
  6. Dr. Nur Ikhwan Mohamad – Sukan Menembak
  7. En. Wong Ah Jit – Sukan Skuasy
  8. En. Zainal Abas – Sukan Olahraga
Pendaftaran peserta dijalankan pada hari pertama bermula pada jam 12.30 tengahari dan diteruskan dengan perasmian bengkel oleh Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSNM. Beliau turut membentangkan hala tuju program Majlis Sukan Negara dan diteruskan dengan pembentangan oleh Datuk Danyal Balagopal daripada MOM. Sesi pertama program bermula pada jam 8.30 malam dengan perbincangan mengikut sukan iaitu Pendahuluan, SWOT, dan Pelan Pembangunan.

Bengkel seterusnya ditangguhkan pada jam 10.30 malam dan akan bersambung semula pada hari esok (28 Fenbuari 2015).
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.