Thursday, April 28, 2011

Selamat Hari Lahir En Jefri dan warga Pelapis - Bulan April

Disamping semua pegawai sibuk berbengkel, satu majlis ringkas sambutan hari lahir semua pegawai dan anggota warga Pelapis termasuk Pengarah Cawangan Pelapis iaitu En Jefri Ngadirin telah disambut.

SELAMAT HARI LAHIR!!

HADIAH DARIPADA USPTN PERAK

HADIAH DARIPADA SEMUA KUN




Bengkel Pengukuhan KUN dan SDO 2011

Pada sesi petang pula, bengkel ini diteruskan dengan taklimat daripada En Suhardi Alias, Pengarah Cawangan Organisasi MSN yang bertajuk 'Penajaan'. Dengan kaedah taklimat yang unik, beliau telah berjaya menarik perhatian peserta bengkel dan isu penajaan ini dapat dibincangkan dengan lebih baik.

Sesi seterusnya pula diteruskan dengan taklimat oleh En Ibni Amin Busu, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu yang membawa tajuk ' Program Dari Akar Umbi'. Pengalaman beliau dalam mengendalikan program latihan atlet serta penganjuran Sukan Malaysia ( SUKMA ) 2008 telah dikongsi bersama. Sesi petang semalam diakhiri dengan taklimat bertajuk ' Pengurusan Masa' oleh Prof MADYA Dr Mohd Shariff daripada UTM Skudai.

Peserta bengkel juga turut diberi penerangan berkaitan pelaksanaan program latihan di negeri-negeri oleh beberapa orang pegawai pembangunan negeri untuk dikongsi bersama.










Wednesday, April 27, 2011

Bengkel Pengukuhan KUN dan SDO 2011

Hari kedua bengkel pengukuhan ini dimulakan dengan sesi pembentangan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah ( SPTS ) oleh Tuan Haji Harmiles daripada Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesi berikutnya pula, semua peserta bengkel diberi taklimat berkaitan pelaksaan program di universiti oleh En Naim bin Mohamad daripada Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).








Tuesday, April 26, 2011

Bengkel Pengukuhan Pegawai Negeri

Sekarang sedang berlangsung sesi penerangan bagi program Pelapis Negeri.

Diharap pengerak di peringkat negeri akan lebih faham tentang pelaksanaan program latihan di peringkat negeri.

Bengkel Pengukuhan KUN dan SDO 2011

SELAMAT BERBENGKEL KEPADA SEMUA

Bengkel Pengukuhan Ketua Unit dan Pegawai Pembangunan Negeri USPTN 2011

Cawangan Pelapis sedang menganjurkan bengkel pengukuhan Ketua Unit Negeri ( KUN ) dan Pegawai Pembangunan Negeri ( PPN ) USPTN di Johor Bharu. Bengkel yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 28 April telah dihadiri oleh seramai 74 orang pegawai. Pihak Cawangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor yang sudi merasmikan bengkel ini sebentar tadi.

Selamat berbengkel kepada semua.


Azrul Hisyam

Sunday, April 24, 2011

LAPORAN KEPUTUSAN KEJOHANAN CHEIF MINISTER CUP MELAKA 2011



LAPORAN KEPUTUSAN KEJOHANAN CHEIF MINISTER CUP 2011


TARIKH: 24 APRIL 2011
TARAF: 1.2
TEMPAT: MELAKA:
DISTANCE: 156KM
JUMLAH RIDER :76
JUMLAH PASUKAN : 17

PASUKAN YANG MENYERTAI

1. TERENGGANU PRO CYCLING ASIA
2. MALAYSIA NATIONAL TEAM
3. CUTOM CYCLING INDONESIA
4.SUREN CYCLING TEAM-IRAN
5.LETU CYCLING TEAM
6. OCBC SINGAPORE
7. BRUNEI
8.AKADEMI SERANTAU
9.JOHOR
10.ATM
11. POLICE
12. PAHANG
13.PARACYCLING TEAM
14.PELAPIS KEBANGSAAN MSN
15. TENTERRA DARAT
16. TERENGGANU
17. UTEM CYCLING


KEPUTUSAN RASMI PEMENANG 1ST - 10 PLACING

1. MALEKI MIZAN HASAN - SUREN IRAN   TIME - 3:50:51
2. SHIRISISAN HAMID- SUREN IRAN  TIME - 3:50:51
3. MEHRABI AZAR RAHIM-SUREN IRAN  TIME - 3:50:51
4. AHMAD FALANIE ALI-MALAYSIA  TIME - 3:53:31
5. NUR AMIRUL MARZUKI- TERENGGANU PRO CYCLING TEAM TIME - 4:00:11
6. NIK MOHD AZWAN - POLICE- TIME - 4:00:11
7. MOHD FAUZAN LUFTI - POLICE TIME - 4:00:23
8. ANUAR MANAN- TSG - TIME - 4:00:23
9. SAYUTI ZAID- UTEM- TIME - 4:01:08
10. SHAHRUL MAT AMIN- TSG - TIME - 4:01:10

KEPUTUSAN MELIBATKAN ATLET PELAPIS

NO. 12 - MUHD ZULHILMIE AFIF -PELAPIS KEBANGSAAN- TIME - 4:03:00
NO. 21 . MOHD AL-GHAZALI -PELAPIS KEBANGSAAN - TIME - 4:11:44
DNF- MOHD FATTAH AMRI ZAID- PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD FARHAN AMRI ZAID- PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD FAKARUDDIN DAWOD- PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- AMIRUL ANUAR JAFRI -PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- WAN SHAZWAN AFIQ -PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD EKBAR DAMANHURI -PELAPIS SERANTAU
DNF- MOHD ELMI JUMARI-ASZU
DNF- MOHD NUR SYAFIQ -ASZU

HANYA 26 PELUMBA SAHAJA YANG BERJAYA MENAMATKAN PELUMBAAN DARIPADA 76 PELUMBA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.

HADIAH BERUPA WANG DIBERIKAN DARI TEMPAT PERTAMA HINGGA KE 20.

SEKIAN TERIMA KASIH

Laporan disediakan:
Azrain

Saturday, April 23, 2011

LAPORAN KEJOHANAN GRAND PRIX KEBANGSAAN SIRI 3/2011




TEMPAT: BUKIT KATIL, MELAKA.
STARTING : 9.00 AM
ACARA:

1) KATEGORI LELAKI TERBUKA - 156KM ( 26X 7 LAPS)
2) KATEGORI LELAKI JUNIOR -104KM ( 26X 4 LAPS)
3) KATEGORI WANITA TERBUKA - 104KM ( 26X 4 LAPS)

KEPUTUSAN RASMI MELIBATKAN ATLET PROGRAM PELAPIS

1)KATEGORI LELAKI JUNIOR
TOTAL RIDER 129
TOTAL TEAM - 16

PERTAMA- MOHD SOFIAN NABIL OMAR BAKRI -PELAPIS KEBANGSAAN
KEDUA- MOHD AL AZANI ZAINAL - SSBP
KETIGA -HAMDAN HAMIDUN -PELAPIS KEBANGSAAN
NO.10- MOHD FAIZ IZUDDIN OMAR-PELAPIS SERANTAU
NO.16- MUHD FIRDAUS SARDI-PELAPIS SERANTAU
NO. 17- MOHD FAUZAN NOR AZMANUHD-PELAPIS SERANTAU
NO.20- AHMAD FAHMI FUAD -ASZU
NO.39- MOHD SHAHRIWAN -PELAPIS SERANTAU
NO.40- MOHD IMRAN ZUBIR-PELAPIS SERANTAU
NO- 61-MUHD ASMUI ALI-PELAPIS SERANTAU
DNF-MUHD ARFY QHAIRANT -PELAPIS KEBANGSAAN
DNF-MOHD FARHANIS ISHAK-PELAPIS SERANTAU
DNF- MUHD NAIMI NGAH-PELAPIS SERANTAU
DNF-MUHD FAIZ IBRAHIM- PELAPIS SERANTAU
DNF- MUHD FIRDAUS ABD KARIN-PELAPIS SERANTAU

2) KATEGORI WANITA TERBUKA
TOTAL RIDER 43
TOTAL TEAM- 11

PERTAMA- JU PHA SOMNET -PELAPIS KEBANGSAAN
KEDUA- MARIANA MOHD -MALAYSIA
KETIGA -MAZIATON MOHD RADZI -KEDAH
KEEMPAT- NURUL AHMAR BADEUZAMAN-SELANGOR
NO.5- LAURETTA EVA ADRIAN-PELAPIS KEBANGSAAN
NO.6- NOR AZIAN MASLIN- PELAPIS KEBANGSAN
NO.8- NURUL NADIA MOHD FAUZI-PELAPIS KEBANGSAAN
NO.11- NURAZIMAH AB RASHID- PELAPIS KEBANGSAAN
NO.14- UMMI HAMMIMAH MOHD-PELAPIS KEBANGSAAN

2) KATEGORI LELAKI TERBUKA
TOTAL RIDER 83
TOTAL TEAM- 17

PERTAMA- MOHD SHARUL MAT AMIN- TERENGGANU PRO CYCLING
KEDUA- MOHD ZAMRI SALLEH-ATM
KETIGA- MUHD AIM FAUZI-PAHANG
NO.15- AMIRUL ANUAR JAFRI -PELAPIS KEBANGSAAN
N0.23- MUHD ZULHILMIE -PELAPIS KEBANGSAAN
NO.24- WAN SHAZWAN AFIQ - PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD EKBAR ZAMANHURI-PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD AL GHAZALI-PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD FATTAH AMRI ZAID-PELAPIS KEBANGSAAN-
DNF - MOHD FAKARUDDIN DAWOD-PELAPIS KEBANGSAAN
DNF- MOHD FARHAN AMRI ZAID-PELAPIS KEBANGSAAN

HADIAH BERUPA PINGAT DISERTAKAN WANG TUNAI DARI TEMPAT PERTAMA KE 15 BAGI SETIAP KATEGORI

SEKIAN LAPORAN DARI MELAKA.
AZRAIN MOHAMED YUSOF

Friday, April 22, 2011

1,300 Atlet Pelapis Negeri Berkumpul Di Kota Bharu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama)

Seramai 1,300 atlet pelapis negeri berusia bawah 21 tahun akan berkampung pada Karnival Pelapis 2011 di Kota Baharu mulai 11 Mei depan yang akan menjadi platform bagi mengukur tahap pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata beberapa acara sukan yang tidak banyak kejohanan yang tidak dianjurkan dalam negeri seperti acara tinju, angkat berat, sepak takraw, gimnastik dan memanah akan dianjurkan dalam karnival lima hari itu.

"Objektif utama pihak MSN menganjurkan karnival itu ialah bagi menilai tahap pencapaian atlet pelapis di setiap negeri dan pada masa sama mengukur sejauh mana keberkesanan program latihan MSN di setiap negeri," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Jefri berkata jurulatih kebangsaan juga akan turun padang bersama-sama pegawai MSN bagi membuat penilaian sepanjang karnival itu.

Beliau berkata adalah menjadi tradisi negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) untuk turut mencari bakat baru bagi pasukan mereka.

"Saya harap atlet muda berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak melepaskan peluang ini bagi mendapat landasan awal untuk bertanding ke peringkat SUKMA sebelum melangkah ke kejohanan yang lebih tinggi," katanya.

Jefri berkata daripada pemerhatiannya, beliau berbangga dengan kesungguhan atlet muda peringkat negeri sepanjang karnival itu diperkenalkan pada tahun 2008.

"Sebelum ini, ramai bakat baru khususnya dari sukan tinju dan angkat berat dapat dicungkil menerusi karnival sebelum ini, diharap pada tahun ini lebih ramai lagi bakat baru dapat dicungkil di Kota Baharu nanti," katanya.

Karnival Pelapis Siri 2 akan diadakan di Perlis pada akhir tahun ini.

-- BERNAMA

Friday, April 15, 2011

Hari Terakhir Kejohanan Tinju Piala Dato' Bandar 2011(pelapis serantau)

Tarikh. : 15 April 2011
Masa : 3:00 ptg
Tempat: Stadium Titiwangsa Kuala
Kuala Lumpur

Hari terakhir kejohanan perlawanan akhir melibatkan kategori 46 kg, 49 kg, 52 kg,56 kg, 60 kg,64 kg,69 kg dan 75 kg. Seorang peninju Pelapis Serantau bertarung bagi merebut kejuaraan kategori 46 kg.

Keputusan kejohanan peringkat akhir (pelapis serantau)

1. Mohd Hafizuddin Hakim(kat46 kg)
Keputusan: Menang kepada peninju
3 DIV A (Mohd Faisal Shafie)

Turut bertanding bagi perlawanan akhir adalah seorang peninju dari skuad Elit dan dua peninju Pelapis Kebangsaan yang mewakili negeri masing-masing.

Keputusan kejohanan peringkat akhir(elit/pelapis kebangsaan)

1.Mohd Fuad(ELIT/N.Sembilan)
(kat 49 kg)
Keputusan:Menang kepada peninju
Darat A(Tuan Zaharonizam)

2.Mohd Subrie Kamis(PK/Pahang)
(kat 52 kg)
Keputusan:Menang kepada peninju
1 BDE(Mohd Hafis Ismail)

3.Khir Akyazlan(PK/Perak)
(kat 64 kg)
Keputusan:Menang kepada peninju
PDRM(Faizal Yahedin)

Perlawanan hari terakhir tamat pada jam 6:00 ptg dan di langsungkan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Bagi peninju terbaik diperolehi oleh Mohd Subrie Kamis(PK/Pahang) dan Peninju berpotensi diperolehi oleh Mohd Hafizudin Hakim(pelapis serantau).Johan keseluruhan diperolehi oleh pasukan TLDM.

Syamsul Afzan
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 14, 2011

Hari Keempat Kejohanan Tinju Piala Dato' Bandar 2011(pelapis serantau)

Tarikh. : 14 April 2011
Masa : 3:00 ptg-7:00 malam
Tempat: Stadium Titiwangsa Kuala
Kuala Lumpur

Hari keempat kejohanan melibatkan perlawanan separuh akhir yang mana seramai 2 peninju Pelapis Serantau bertarung bagi melayakkan diri ke peringkat akhir.

Keputusan kejohanan peringkat separuh akhir (pelapis serantau)

1. Mohd Hafizuddin Hakim(kat46 kg)
Keputusan: Menang kepada peninju
Pahang(Nik Mohd Shahrul)

2. Mohd Shahrul Nizam(kat 52 kg)
Keputusan: Kalah kepada peninju
1 BDE (Mohd Hafis Ismail)

Perlawanan hari keempat tamat pada jam 7:00 mlm dan akan bersambung pada 15 April 2011 pada jam 3:00 petang.Bagi perlawanan esok,ia adalah acara akhir bagi menentukan pemenang pada setiap kategori. Seorang peninju pelapis serantau layak ke peringkat akhir iaitu Mohd Hafizuddin(kat 46 kg).

Syamsul Afzan
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kejohanan Tinju Piala Dato Bandar 2011- Video

Kuala vs ATM 1





Wednesday, April 13, 2011

Hari Ketiga Kejohanan Tinju Piala Dato' Bandar 2011(pelapis serantau)

Tarikh. : 13 April 2011
Masa : 3:00 ptg-10:00 malam
Tempat: Stadium Titiwangsa Kuala
Kuala Lumpur

Hari ketiga kejohanan melibatkan perlawanan suku akhir yang mana seramai 6 peninju Pelapis Serantau bertarung bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Keputusan kejohanan peringkat suku akhir (pelapis serantau)

1. Mohd Hafizuddin Hakim(kat46 kg)
Keputusan: Menang kepada peninju
10 BDE A(Ramlan Seti)

2. Ilham Mohamad(kat 49 kg)
Keputusan: Kalah kepada peninju
Melaka(Bumbung Budam)

3. Mohd Shahrul Nizam(kat 52 kg)
Keputusan: Menang kepada peninju
TLDM B(Razif Daud)

4. Mohamad Asraf(kat56kg)
Keputusan:Kalah kepada peninju
TLDM B(Affendy Kalai)

5. Mohd Saiful Azizul (kat 64 kg)
Keputusan: Kalah kepada peninju
3 DIV A(Mohd Sulaiman)

6. Mohd Hanafi(kat 69 kg)
Keputusan:Kalah kepada peninju
DARAT A(Mohd Rozaihan)

Perlawanan hari ketiga tamat pada jam 10:00 mlm dan akan bersambung pada 14 April 2011 pada jam 3:00 petang.Bagi perlawanan esok,ia adalah kemuncak bagi penentuan ke peringkat akhir. Seramai 2 peninju pelapis serantau layak ke peringkat separuh akhir iaitu Mohd Hafizuddin(kat 46 kg) dan Mohd Shahrul Nizam(kat 52 kg).

Syamsul Afzan
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

We should learn from them

Tuesday, April 12, 2011

Hari Kedua Kejohanan Tinju Piala Dato' Bandar 2011(pelapis serantau)

Tarikh. : 12 April 2011
Masa : 3:00 ptg-9:00 mlm
Tempat: Stadium Titiwangsa Kuala
Kuala Lumpur

Hari kedua kejohanan menurunkan 3 peninju skuad Pelapis Serantau dari kategori 52 kg,56 kg dan 60 kg.

Keputusan kejohanan pusingan kedua (pelapis serantau)

1. Nor Mohamad Zamani(kat 52kg)
Keputusan: Kalah kepada peninju
1 BDE (Hafis Ismail)

2. Mohd Shahrul Nizam(kat 52 kg)
Keputusan: Menang kepada peninju
10 BDE A( Che Amran Harun)

3. Mohamad Asraf(kat56kg)
Keputusan:Menang kepada peninju
Sarawak(Zahid Haizan)

4. Mohamad Khairol Kalai(kat60kg)
Keputusan: Kalah kepada peninju
Darat B(Saiful Azmi)

Perlawanan hari kedua tamat pada jam 9:00 mlm dan akan bersambung pada 13 April 2011 pada jam 3:00 petang.Bagi perlawanan esok(13 April 2011),skuad pelapis serantau akan menurunkan 6 peninju di peringkat suku akhir iaitu Mohd Hafizudin(46kg),Ilham Mohamad(49kg),Shahrul Nizam(52kg),Mohamad Asraf(56kg),Mohd Hanafi(69kg) dan Mohd Saiful(64kg).

Syamsul Afzan
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Why cycling considered as one of the dangerous sport

Monday, April 11, 2011

Kejohanan Tinju Piala Dato Bandar 2011

Tarikh. : 11 April 2011
Masa : 3:30 ptg-10:30 mlm
Tempat: Stadium Titiwangsa Kuala
Kuala Lumpur

Hari pertama kejohanan dimulakan dengan perlawanan bagi kategori 52 kg.Pada jam 5:00 ptg,kejohanan dihentikan seketika bagi Perasmian Kejohanan Tinju Piala Dato Bandar 2011. Kejohanan ini dirasmikan oleh YBhg Dato' SK Sivamany dan turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam DBKL.

Bagi hari pertama kejohanan, Skuad Pelapis Serantau menurunkan 7 peninju dari kategori 46 kg,49 kg, 52 kg,56 kg,60 kg dan 64 kg.

Keputusan kejohanan pusingan pertama (pelapis serantau)

1. Nor Mohamad Zamani(kat 52kg)
Keputusan: Menewaskan peninju 3
DIV (Muhamad Amin Abu)

2. Mohd Shahrul Nizam(kat 52 kg)
Keputusan: Menewaskan peninju
Terengganu( Mohd Isamodin)

3. Mohamad Asraf(kat56kg)
Keputusan:Menewaskan peninju
Pahang(Mohamad Fitri)

4. Mohamad Khairol Kalai(kat 60kg)
Keputusan:Menewaskan peninju
BDE B(Mohd Azli)

5. Mohd Hafizuddin Hakim(kat 46kg)
Keputusan:Menewaskan peninju
Pulau Pinang(Mohamad Azlan)

6. Ilham Mohamad(kat 49kg)
Keputusan:Menewaskan peninju 3
DIV B (Mohd Fairul Nizam)

7. Mohamad Saiful (kat 64kg)
Keputusan:Menewaskan peninju 10
BDE B(Mohamad Illyin)

Perlawanan hari pertama tamat pada jam 10.30 mlm dan akan bersambung pada 12 April 2011 pada jam 8:00 pagi

Syamsul Afzan
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone