Thursday, August 26, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Gimrama

Lee Wan Nin telah memberikan persembahan terbaik beliau dan hampir-hampir membuat kejutan untuk memungut sekurang-kurangnya pingat gangsa bagi 'individual all round petang tadi di Bishan Sports Hall. Beliau yang seringkali menerima tepukan gemuruh daripada penonton telah memungut sebanyak 98.200 mata dan menduduki tempat keempat dibelakang gimnas daripada Jerman dengan mata 98.875.

Tahniah!








Sukan Olimpik Remaja 2010

Pelayaran

Perlumbaan ke 16 dan terakhir bagi acara Byte CII, pelayar-pelayar muda negara hanya mampu menduduki tempat ke 7 bagi Khairunnneeta Mohd Afendy dan ke 18 bagi Mohd Amirul Shafiq. Sukan pelayaran telah menutup tirai hari ini pada jam 1.30 petang di National Sailing Centre.





Majlis Berbuka Puasa di ASZS

Salam

Majlis berbuka puasa di Akademi Serantau Zon Selatan telah diadakan pada 25 Ogos 2010. Majlis yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, wakil dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor, ISN setelit Johor, atlet dan jurulatih ASZS dan SSBP serta pegawai dari USPTN Johor dan MSNJ. Majlis yang dimulakan dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah telah disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada USPTN Johor yang telah menganjurkan Majlis ini dengan hidangan yang begitu lazat.



Wednesday, August 25, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Gimrama

Sukan gimrama telah bermula pada hari ini dan atlet negara, Lee Wan Nin telah memulakan cabaran negara dengan berada di kedudukan ke 5 selepas memungut sebanyak 96.400 mata dibelakang gimnas Rusia, Belarus, German dan Bulgaria bagi acara Individu All Round. Beliau akan turun beraksi pada esok petang ( 1.30 pm ) bagi pusingan akhir di Bishn Sports Hall.

Selamat Maju Jaya.









Tuesday, August 24, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Pingat Kedua

Kompleks Renang Toa Payoh sekali lagi telah menjadi medan kepada atlet negara untuk memungut pingat kedua ( Perak ) negara di temasya Sukan Olimpik Remaja. Atlet terjun negara, Pandelela Pamg Rinong telah mendapat pingat perak kedua negara setelah gagal memberi saingan kepada atlet daripada China.

Tahniah!!










Sunday, August 22, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Akuatik - Terjun

Ooi Tze Liang telah memulakan cabaran beliau hari ini untuk acara 3m Springboard di Kompleks Renang Toa Payoh. Semasa pusingan kelayakan, belian telah mnduduki tempat kelapan daripada 13 orang penerjun dan telah layak ke peringkat akhi malam tadi. Namun, beliau hanya berjaya memperbaiki kedudukan beliau ke tempat ketujuh ( 7 ) pada acara akhir malam tadi.







Sukan Olimpik Remaja 2010

Pingat Pertama

Sekalung tahniah diucapkan kepada atlet terjun negara, Pandelela Pamg yang telah menyumbangkan pingat pertama negara ( Perak ) melalui acara 10m Platform wanita sebentar tadi.












Sukan Olimpik Remaja 2010

Olahraga

Dua orang atlet negara hari ini turun beraksi pada sesi petang bagi acara akhir kategori A dan B. Navinraj Subramaniam ( ;ompat tinggi ) yang telah melepasi pusingan awal telah berjaya ke peringkat akhir A namun beliau hanya mampu menduduki tempat ke 8 dengan lompatan 2.08m. Manakala Mohd Ajmal Aiman ( berpagar ) yang baru sembuh daripada demam telah mendapat tempat ke 4 bagi kategori akhir B dengan catatan masa 14.48s.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlet yang telah mempamerkan semangat yang tinggi.





Saturday, August 21, 2010

YOG update: Diving 10m Platform Women Final

The 1st medal won by Pandalela Phang here at Toa Payuh. Finishing behind the mighty China, she nearly create an upset leading all diver in the 3rd dive.

Congratulation to her and Malaysian Contingent.
Sent from my BlackBerry Wireless Handheld
Powered by Gee! from StarHub

YOG Update: Diving

Malaysia still trying to get it 1st ever medal in YOG 2010. Pandalela enter the Toa Payoh Swimming complex with much hope today in 10m platform perliminary round. 12 diver from China to Brazil compete in this round and all of them will proceed to the final for another 4 dive. All eye is at China diver who comes with a big reputation as world class diver.

Pandalela registered a total 413.30 and rank 2nd in this preliminary round.

Good luck to Pandalela tonite in the final round.

Sent from my BlackBerry Wireless Handheld
Powered by Gee! from StarHub

Sukan Olimpik Remaja 2010

Pelayaran

Assalamualaikum

Day 4 selepas lay day pada hari khamis.

20hb ogos 2010
Seperti biasa coach meeting pada jam 10 pg.tiada isu.Cuma setiap hari
akan dijalankan 3 perlumbaan bg melengkapkan siri.
pelayar menyiapkan bot.
Hujan dan ribut mula turun pada pagi tadi hampir 2 jam.
Pada jam 11.30pg pelayar mula turun kelaut dalam keadaan angin
melebihi 12 knts.Sesuatu yang sukar bagi pelayar kita.
Race ke 5
BOYS:course-O2- Black flag dinaikan
bermula pada jam 12.09tghari dibhgn pin end bot dgn baik tetapi tidak
mempunyai ckp speed kerana terdapat ramai pelayar lain berada diatas
beliau.Beliau terpaksa mengabil sedikit speed utk mendapat clear
wind.Akibat terlalu lama bermain disebelah kanan tanpa bermain sedikit
menyebabkan belaiu sedikit ketinggalan dan berada di kelompok 20
teratas.tidak bnayak perubahan sehingga ke penamat ditangga ke 17.

GIRLS:course i2- mula 12.23 tghari.
Neeta yang membuat start dibhgn tgh terlalu rapat dgn pelayar lain
menyebabkan sukar utk keluar.Angin yang sedikit kuat dimana dilihat
neeta tidak mampu utk bersaing dgn pelayar eropah yang mempunyai
sedikiit kelebihan berat.Neeta yang bnyak sailing spedd tiidak dpt
mengawal bot kerana kurang berat.Terlalu lama bermain disebelah kanan
menyebabkan ketinggalan yg agak jauh.berada dikelompok 20.Tiada bnyk
dpt dilakukan dimana menamatkan perlumbaan ditangga ke 17.
Race ke 6.
BOYS:bermula pada jam 1.27ptg-Black flag dinaikan.Angin 8--10-Choppy
Bermula dibahagian tgh sedikit masalah kerana tiada speed utk melepasi
pelayar yg berada diatas.Terpaksa mengambil speed utk mendapt clear
wind.Bermain disebelah yang dilihat sedikit kelebihan tetapi terlalu
lama dan tidak melihat kepada fleet yg dtg dari arah kanan.berada
dikelompok 20 teratas dan tamat pada kedudukan 16.

GIRLS:bermula pada jam 1.37ptg bermula dibhg bot pegawai
perlumbaan.Berada di second liner menyebabkan sukar utk melepasi
pelayar yg berada diatas.membuat tacking dan bermain disebelah
kanan.berada dikelompok 10 teratas setelah membuat pusingan di penanda
pertama sehingga ke 4.Bermain lama disebelah kanan menyebabkan sedikit
ketinggalan dimana pelayar yang bermain disebelah kanan dpt memotong
beliau.menamatkan perlumbaan ditangga ke 15.

Standing;
BOYS:ke 19 jatuh dari tangga ke 11 -mata 67
GIRLS:ke 10 jatuh dari tangga ke 6 - mata 51
Hanya 2 perlumbaan sahaja dpt dijalan kan kerana tiada angin.
Esok dijangka 3perlumbaan lagi akan dijalankan.
Keseluruhan 6 perlumbaan telah dijalan kan dan tinggal lagi 10
perlumbaan.Masih mempunyai peluang kerana boleh dikatakan pelayar lain
juga mempunyai mata keseluruhan yg tidak jauh bg kedua-dua pelayar
kita.

Noorhisham Mat Noor
Jurulatih