
UCI WORLD JUNIORS TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP 2010
14/08/2010
Mohd Fattah dan Muhd Arfy Qhairant telah mengambil bahagian  dalam acara Keirin dengan jumlah pelumba seramai 40 orang. Pihak penganjur  telah membuat 6 heat bagi pusingan kelayakan dan hanya peserta pertama  setiap heat sahaja akan dipilih untuk masuk ke pusingan semi final. Mohd Fattah  hanya mampu mendapat tempat ke-2 dan juga telah diberi amaran kerana memasuki kawasan blue band. Muhd Arfy Qhairant pula mendapat tempat ke-6. Kedua-dua mereka layak untuk  bertanding pada pusingan repecharge.
Pada pusingan repecharge juga hanya tempat pertama sahaja  bagi setiap heat akan dipilih untuk masuk ke pusingan semi final.  Walaubagaimanapun, Mohd Fattah dan Arfy hanya mampu menduduki tempat ke-4 bagi  setiap heat.
Hanya seorang sahaja pelumba yang bertanding hari ini  iaitu Mohd Arfy Qhairant dalam acara 1KM Time trial. Seramai 39 pelumba telah  mengambil bahagian. Keputusannya ialah beliau hanya mampu menduduki tempat ke-32 dengan catatan masa 1;07.805s
Dengan ini tamatlah cabaran negara di kejohanan UCI WORLD JUNIORS TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP 2010 di Montichiari, Italy ini tanpa sebarang kutipan pingat.
Semoga dengan penyertaan Malaysia di kejohanan ini dapat memberi pengalaman dan juga panduan bagi pelumba negara untuk memberi saingan yang lebih sengit pada masa hadapan diperingkat dunia.
     
-- 
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Sunday, August 15, 2010
UCI WORLD JUNIORS TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.