Thursday, March 28, 2013

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) - HARI KETIGA


Latihan dijalankan seperti biasa dibawah kendalian JLN Zhang Nan. Latihan pada hari ini lebih berat dan kuantiti ditambah bagi menyesuaikan atlet dengan latihan sepenuh masa berbanding latihan yang dijalani dinegeri yang lebih kepada latihan separuh masa. 

JLN Zhang Nan telah memberi tumpuan kepada kekuatan tangan dan juga bahagian atas badan (upper body) yang mana merupakan salah satu asas kepada sukan gimnastik artistik ini.

Aktiviti malam lebih kepada aktiviti untuk merehatkan badan dan minda atlet dimana aktiviti berbentuk 'fun games' disamping tayangan video setelah penat seharian berlatih. Latihan seperti biasa pada keesokan hari dan satu 'mini competition' akan dijalankan pada sebelah petang.

Wednesday, March 27, 2013

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 20 TAHUN DAN TERBUKA KEBANGSAAN 01/2013 SABAH

Tarikh : 27 Mac 2013
Masa : 8:30 pagi -12:30 tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna,Stadium
Likas, Sabah

Hari terakhir kejohanan melibatkan kategori 94 kg, +94 kg (bawah 20 tahun), 105 kg dan +105 kg (lelaki). Penyertaan bagi kategori+ 94 kg adalah seramai 9 atlet dan 94 kg seramai 1 atlet. Bagi kategori 105 kg (lelaki), penyertaan seramai 3 atlet dan +105 kg melibatkan penyertaan 2 atlet. Berikut merupakan keputusan kejohanan :

Kat 94 kg

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Mohd Ekwaan Aziz (PRK) 113 kg
2. Mohd Nasir Roslan (PHG) 109 kg
3. Mohd Mustaqim (KEL) 107 kg

Clean n Jerk

1. Mohd Ekwaan Aziz (PRK) 141 kg
2. Mohd Nasir Roslan (PHG) 140kg
3. Adib Mohd Mobil (JHR) 125 kg

Kat +94 kg (lelaki)

Terbuka

Snatch
-

Clean n Jerk
1. Elisha Louis Tan Kim Ho (PK/ATM) 150 kg

10:30 pagi

Kat 105 kg

Snatch
1. Ku Azrul Ku Othman (PLS) 136 kg

Clean n Jerk
1. Ku Azrul Ku Othman (PLS) 165 kg
2. Mohd Zafril (ATM/Elit) 155 kg
3. Mohd Raduan (N9) 148 kg

Kat +105 kg

Snatch
1. Azim Najmi (ATM/Elit) 142 kg
2. Mohd Syafiq (SEL) 141 kg

Clean n Jerk
1. Azim Najmi (ATM/Elit) 173 kg
2.Mohd Syafiq (SEL) 172 kg

Kejohanan tamat pada jam 12:00 tengahari.

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kejohanan Memanah MSSM 2013







Salam  1 Malaysia

Kejohanan yang masuk hari ke empat hari ni mempertandingkan jarak 30 meter bagi lelaki dan wanita bawah 18 dan 15 tahun. Kerancakan kejohanan terpaksa diberhentikan sementara kerana hujan lebat yg turun selama 30 minit.

Berikut adalah keputusan hari ke tiga untuk makluman :

Lelaki bawah 15 tahun 50 meter
1. Ariffuddinur - Selangor (PN) 328 mata
2. Mohd Zarif - Terengganu (YOG) 318 mata
3. Dennis Koay Tingfan - P.Pinang 316 mata

Lelaki bawah 15 tahun 40 meter
1. Arifuddinur - Selangor (PN) 323 mata
2. Mohd Zarif - Terengganu (YOG) 320 mata
3. Muhammas Zulhafiz -Selangor (PN) 316 mata

Wanita bawah 15 tahun 50 meter
1. Wan Farah Aina - Sarawak 319 mata
2. Syarfa Zulaikha - P.Pinang (PN) 318 mata
3. Teoh Wen Zhing - P.Pinang (YOG) 316 mata

Wanita bawah 15 tahun 40 meter
1. Wan Farah Aina - Sarawak 299 mata
2. Nur Izaaz Afiqah - Perak 298 mata
3. Teoh Wen Zhing - P.Pinang (YOG) 298 mata

Lelaki bawah 18 tahun 50 meter
1. Adam Wong - Sabah (PN) 319 mata
2. Mohd Idris Shah - Selangor (PN) 314 mata
3. Mohd Ikram Joni - Kelantan (Elit) 311 mata

Wanita bawah 18 tahun 60 meter
1. Nur Aliya - Melaka (Elit) 307 mata
2. Loke Shin Hui - P.Pinang (YOG) 300 mata
3. P Syaraniya - P.Pinang (PN) 299 mata

Wanita bawah 18 tahun 50 meter
1. Nur Aliya - Melaka (Elit) 286 mata
2. Nur Syafiqa - Kelantan (PN) 286 mata
3. Caryn Sim Zia Liang - Johor ( PN) 279 mata

Sekian untuk makluman.

Tuesday, March 26, 2013

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 20 TAHUN DAN TERBUKA KEBANGSAAN 01/2013 SABAH

Tarikh : 26 Mac 2013
Masa : 2:30 petang - 6:00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna,Stadium
Likas,Sabah

Bersambung sesi kedua bagi kategori 85 kg (lelaki), 69 kg wanita, 75 kg wanita dan + 75 kg wanita. Bagi kaegori 85 kg lelaki,seramai 9 atlet bertanding manakala bagi kategori 69 kg (wanita), melibat 3 atlet, kategori 75 kg seramai 4 atlet dan kategori +75 kg,seramai 2 atlet.

Berikut merupakan keputusan kejohanan :

2:30 petang

Kat 85 kg (lelaki)

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Mohd Hanie Musa (PLS) 105 kg
2.Sylvestian Kirinus(SBH) 95 kg
3.Jessel De Jayes (SBH) 85 kg

Clean n Jerk

1. Mohd Hanie Musa (PLS) 131 kg
2.Sylvestian Kirinus(SBH) 130 kg
3.Jessel De Jayes (SBH) 118 kg

Terbuka

Snatch
1. ZUlkefli Che Ros (ATM) 131 kg
2. Ku Mohd Yuzir (KDH/PK) 120 kg
3. Mohd Nor Saiful (SEL) 120 kg

Clean n Jerk
1. ZUlkefli Che Ros (ATM) 165 kg
2. Ku Mohd Yuzir (KDH/PK) 145 kg

4:00 petang

Kat 69 kg

Bawah 20 tahun

Snatch
-
Clean n Jerk
1. Najwa Aqilah (KEL) 65 kg

Terbuka

Snatch
1. Norkhasida (ATM/Elit) 76 kg
2. Khairani Abd Malek (JHR) 75 kg

Clean n Jerk
1. Norkhasida (ATM/Elit) 98 kg
2. Khairani Abd Malek (JHR) 97 kg

Kat 75 kg

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Jabriella Toe Samuel (WP/PS) 61 kg

Clean n Jerk
1. Jabriella Toe Samuel (WP/PS) 75 kg

Terbuka

Snatch
1. Intan Ayuni (PTRJYA ) 83 kg
2. Siti Aisyah Rosli (KEL/PS) 76 kg
3. Nor Hasliza (ATM) 75 kg

Clean n Jerk
1. Intan Ayuni (PTRJYA ) 103 kg
2. Siti Aisyah Rosli (KEL/PS) 90 kg

Kat +75 kg

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Nur Syafiqa (PHG) 60 kg

Clean n Jerk
1. Nur Syafiqa (PHG) 80 kg

Terbuka

Snatch
1. Nurjannah Batrisyah (ATM/Elit) 90 kg

Clean n Jerk
1. Nurjannah Batrisyah (ATM/Elit) 123 kg

Tamat kejohanan pada pagi ini dan akan bersambung esok bagi kategori 94 kg, 105 kg dan +105 kg (lelaki)

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT BAWAH 20 TAHUN DAN TERBUKA KEBANGSAAN 01/2013 SABAH

Tarikh. : 26 Mac 2013
Masa : 8:30 pagi - 1:30 tengahari
Tempat : Dewan Serbaguna,Stadium
Likas,Sabah

Hari kedua kejohanan melibatkan kat 77 kg (lelaki), 58 kg (wanita), 63 kg(wanita) bagi sesi pertama. Bagi kategori 77 kg (lelaki),seramai 10 atlet bertanding, manakala bagi kategori 58 kg (wanita), penyertaan seramai 9 atlet dan 5 atlet bagi kategori 63 kg (wanita)Berikut merupakan keputusan kejohanan :

8:30 pagi

Kat 77 kg (lelaki)

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Mohd Aliff Taib (PP) 105 kg
2. Mohd Hafifi Haikal (KEL) 100 kg
3. Adriel Benjamin (SBH) 97 kg

Clean n Jerk
1. Mohd Aliff Taib (PP) 131 kg
2.Ahmad Syukri Razali (PHG) 125 kg
3. Mohd Afifi Haikal (KEL) 120 kg

Terbuka

Snatch

1. Khairul Anuar (PHG/PK) 127 kg
2.Ahmad Firdaus (PDRM) 110 kg
3.Lawrance Bell (SBH) 108 kg

Clean n Jerk
1. Khairul Anuar (PHG/PK) 150 kg
2. Mohd Nor Soleh (PDRM) 125 kg

10:30 pagi

Kat 58 kg (wanita)

Bawah 20 tahun

Snatch
1. Nurfariesha Iwana (KEL/PS) 70 kg
2.Fatin Atiqah (PLS) 55 kg
3. Suhaila Muda (KEL/PS) 54 kg

Clean n Jerk
1. Nurfariesha Iwana (KEL/PS) 86 kg
2. Fessy Felix (SBH) 74 kg
3. Fatin Atiqah (PLS) 67 kg

Terbuka

Snatch
1. Freancy Titus (ATM/Elit) 75 kg
2. Nurul Qistina (PTRJYA) 58 kg

Clean n Jerk
1. Freancy Titus (ATM/Elit) 90 kg

Kat 63 kg (wanita)

Bawah 20 tahun

Snatch
1.Rosamira Ab Lah (KEL/PS) 60 kg
2. Lyana Azwanis (KEL) 47 kg

Clean n Jerk
1.Rosamira Ab Lah (KEL/PS) 70 kg
2. Elister Doloris (SBH) 63 kg
2. Lyana Azwanis (KEL) 58 kg

Terbuka

Snatch
1. Elyone Matin (PTRJYA) 80 kg

Clean n Jerk
1.Elyone Matin (PTRJYA) 95 kg
2.Nurfarisha Irwana (KEL/PS) 90 kg

Tamat kejohanan pada sesi pertama dan bersambung bagi kat 85 kg (lelaki) pada jam 2:30 petang dan seterusnya kategori 69 kg,+69 kg dan 75 kg (wanita) pada jam 4:00 petang


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

InKnowvation

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) - HARI PERTAMA

Tarikh: 25.03.2013

Sesi pertama dihari pertama kem bakat dimulakan dengan sesi ujian kecergasan yang telah dijalankan oleh kakitangan dari Unit Fisiologi Senam ISN. Seramai 52 orang atlet telah diuji dengan beberapa jenis ujian. Antara ujian-ujian yang telah dijalankan adalah seperti ujian kelenturan, kepantasan, kekuatan, keseimbangan dan juga aerobik. Seramai 13 orang jurulatih yang terdiri daripada jurulatih luar negara (JLN), jurulatih penuh masa (JPM) dan jurulatih sambilan (JSM) dari seluruh pusat latihan negeri (PLN) turut sama membantu.

Sesi malam seperti biasa semua atlet telah menjalani sesi "ice breaking" bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama atlet. Hari kedua kesemua atlet dan jurulatih akan menjalani sesi latihan yang akan diketuai oleh En. Zhang Nan selaku Ketua Jurulatih Sukan Gimnastik Artistik Program Pelapis Kebangsaan.
Sent by Maxis from my Alcatel® smartphone

Laporan disediakan oleh:
Megat 

Hari Terakhir - Kem Bakat Angkat Berat Bawah 15 Tahun












Hari terakhir 21 Mac 2013

Aktiviti hari terakhir kem bakat angkat berat bawah 15 tahun bermula pada pukul 8.30 pagi. 

Sesi pagi ini adalah ujian angkatan bagi semua atlet. Atlet dibahagikan mengikut kumpulan berat badan. Atlet lelaki 2 kumpulan dan atlet wanita 1 kumpulan. Sesi ujian berakhir pukul 1 tengahari. 10 daripada 16 atlet lelaki telah memecahkan rekod peribadi masing-masing manakala atlet wanita 2 orang daripada 9 orang telah memecahkan rekod peribadi. 

Pada akhir sesi, penyampaian hadiah disampaikan kepada atlet yang memperolehi jumlah angkatan yang tertinggi.

Hari Keempat - Kem Bakat Sukan Angkat Berat Bawah 15 tahun














Hari ke empat 20 Mac 2013

Hari Keempat Kem Bakat Angkat Berat bawah 15 tahun bermula pada pukul 8.00 pagi di trek stadium SMK Tunku Anum. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan renggangan. 

Setelah selesai, atlet diberikan latihan keseimbangan yang melibatkan core muscle. Kemudian atlet menjalani latihan bagi membina kekuatan kaki iaitu melompat anak tangga. Pada jam 10.00 pagi aktiviti tamat dan atlet dibawa melawat Muzium Padi pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. 

Aktiviti seterusnya bermula pukul 3.00 petang iaitu sesi Biomekanik yang diselia En. Izwan Zawaki dari Unit Biomekanik ISN Bukit Jalil. Beliau merakam dan mengulas teknik setiap atlet sambil dibantu oleh En.Md Noor Osman. Sesi Biomekanik tamat pada pukul 6.00 petang dan sesi malam bersambung pada jam 8.00 malam. 

Sesi malam adalah sesi terakhir dari pihak ISN iaitu Kecederaan Sukan yang disampaikan oleh En. Fauzan dari Unit Fisioterapi ISN Bukit Jalil. Sesi kecederaan sukan tamat pada pukul 10.00 malam. 

Hari kelima adalah hari ujian angkatan bagi atlet pada jam 8.00 pagi.