Sunday, March 24, 2013

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 Tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 Sabah

Tarikh. : 24 Mac 2013
Masa : 5:00 petang - 6:00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Stadium Likas,Sabah

Mesyuarat Pengurus Pasukan Angkat Berat diadakan awal sehari sebelum bermula kejohanan iaitu pada 25 Mac hingga 27 Mac 2013. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato Ong Poh Eng selaku Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia.Pada mesyuarat ini,sebanyak 16 kontingen telah melapor diri dan disahkan akan bertanding bagi kejohanan ini. Antara negeri dan pasukan yang bertanding adalah Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Wilayah Persekutuan,Negeri Sembilan,Johor,Kelantan,Pahang,Sabah,Sarawak,ATM,PDRM,Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau. Bagi penyertaan mengikut atlet pula, seramai 84 atlet lelaki dan 41 atlet wanita mengesahkan penyertaan.

Berikut merupakan jadual terkini 25 Mac 2013 bagi Kejohanan Angkat Berat Bawah 20 tahun dan Terbuka Kebangsaan 01/2013 Sabah :

10:30 pagi
Kat 48 kg dan 53 kg (wanita)

12:30 tengahari
Kat 52 kg dan 56 kg (lelaki)

2:30 petang
Kat 62 kg (lelaki)

4:30 petang
Kat 69 kg (lelaki)

Sekian

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.