Monday, March 18, 2013

Kem Bakat Angkat Berat Bawah 15 Tahun 2013


Unit Pelapis Negeri, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia sedang mengadakan Kem Bakat Angkat Berat Bawah 15 tahun seperti berikut :

Tarikh : 16-22 Mac 2012
Tempat : SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra, Kedah Darul Aman.

Jumlah peserta kem ini adalah 25 orang (16 Lelaki dan 9 Wanita) dari seluruh negara dan melibatkan 5 orang jurulatih dari negeri Kedah (2 orang),Pahang (1 orang) dan Kelantan (1 orang) serta dibantu oleh seorang jurulatih dari Akademi Serantau Zon Utara. Sasaran kumpulan umur adalah bawah 15tahun kerana ini merupakan platform penyediaan atlet bagi menghadapi Commonwealth Youth Games (CYG) 2015. 

Hari Pertama program bermula jam 8.00 pagi dengan aktiviti memanaskan badan dan latihan snatch, dimana jurulatih ingin melihat sejauh mana kemahiran teknik angkatan snatch. Sesi pagi berakhir jam 12.00 tghari. Sesi petang bersambung pada jam 3.00 dan latihan dijalankan adalah clean and jerk,squat dan overhead press. Walaupun atlet nampak keletihan, tetapi tetap bersemangat berlatih didalam dewan latihan angkat berat yang baru. Hari kedua 18 Mac 2013 akan bersambung pada jam 7.30 pagi.











No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.