Friday, March 8, 2013

KEJOHANAN H.H THE AMIR OF KUWAIT 2ND. INTERNATIONAL SHOOTING GRAND PRIX 2013


Salam.....
Laporan Hari Kelima :
Tarikh : 06 Mac 2013 (Rabu)
Masa : 7.00am - 3.00pm
Keadaan cuaca : 20 c
Tempat : Hotel - Lapangsasar
Pada hari semalam, 2 acara yang disertai oleh atlet Pelapis Kebangsaan telah dijalankan.  Acara tersebut adalah 10m air rifle (w) dan 50m rifle prone (m). Di dalam acara 10m air rifle (w), seramai 50 orang atlet dari 15 buah negara telah mengambil bahagian dan ada di antaranya adalah atlet yang pernah mengambil bahagian di dalam sukan Olimpik pada tahun lalu dan 2 orang atlet yang terlibat dalam acara ini adalah Aida Natasya Mohd. Rasip dan Nur Dayana Hijrah Danial Ng.  Manakala bagi acara 50m rifle prone (m) pula disertai oleh Razi Aizat Adzha, Nik Mohd. A'imullah Supardi dan Mohd. Lutfi Othman.  Dalam acara ini juga melibatkan seramai 56 orang atlet dari 16 buah negara. 
Seperti hari sebelum, penggunan peraturan baru telah digunapakai bagi setiap acara yang dijalankan disini dan ini juga merupakan percubaan pertama di peringkat antarabangsa.  Keputusan dalam semua acara mempunyai nilai perpuluhan sebagai contoh 10.9 berbeza dari permarkahan terdahulu yang menunjukkan 10 adalah mata tertinggi. 
Acara dimulakan serentak pada jam 8.45am dan berakhir pada jam 9.50am bagi acara 10m air rifle (w) dan 50m prone (m).  Walau bagaimanapun, 15 minit awal (8.45 - 9.00am) merupakan tempoh percubaan bagi setiap acara dan pertandingan sebenar bermula pada jam 9.00am.
Pada jam 10.15 pula latihan (PET) untuk acara 50m rifle 3 position (w), 10m air pistol (w) dan 10m air pistol (m) telah dijalankan.
Berikut adalah keputusan bagi atlet Pelapis Kebangsaan :
10m air rifle (w) :
1. Aida Natasya Mohd. Rasip - 404.6 (rank 28/50)
2. Nur Dayana Hijrah Danial Ng - 397.6 (rank 40/50)
50m rifle prone (m) :
1. Nik Mohd. A'imullah Supardi - 611.7 (rank 18/56)
2. Mohd. Lutfi Othman - 611.1 (rank 21/56)
3. Razi Aizat Adzha - 599.7 (rank 44/56)
Keputusan AKHIR :
10m air rifle (w):
1. Arsovic Andrea (SRB) -207.4
2. Dvorsak Ziva (SLO) - 205.8
3. Ghatkar Pooja (IND) - 183.3
50m rifle prone (m) :
1. Debevec Rajmond (SLO) - 206.6 (s-off 10.1)
2. Yermakov Alexander (KAZ) - 206.6 (s-off 8.7)
3. Mirosavljev Nemanja (SRB) - 184.6
Untuk hari ini, 2 acara yang melibatkan atlet Pelapis Kebangsaan akan dipertandingkan iaitu 50m rifle 3 position (w) dan 10m air pistol (w) dan acara tersebut sedang berjalan sekarang.  Suhu pada ketika ini adalah 13 c dan waktu sekarang tepat jam 10.07am.
Berikut adalah gambar pertandingan dan PET yang telah berlangsung semalam (06 Mac 2013) :
Norjihan melapor dari Kuwait

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.