Thursday, March 14, 2013

Klinik Sukan Terjun USPTN Sarawak 2013

Klinik Sukan Terjun USPTN Sarawak, 12 Mac 2013, Kuching

Dalam usaha untuk mengilap lebih ramai atlet muda dan berbakat dalam sukan Terjun, pihak USPTN Sarawak telah memulakan langkah awal dengan penganjuran Klinik Pengenalan Sukan Terjun USPTN Sarawak pada 12 Mac 2013 di Pusat Kecemerlangan Sukan Akuatik Kuching.

Program ini adalah kesinambungan program TID Sukan Terjun yang telah diadakan pada bulan Februari di beberapa buah sekolah antaranya ialah SK St Joseph, SJK Chung Hua 5, SK Laksamana, SK Green Road, SK Wira Jaya dan SK Sungai Stutong.

Untuk program klinik ini seramai 70 atlet, 40 ibu bapa & 5 orang guru pengiring telah hadir ke program ini yang bertujuan memberikan pendedahan awal mengenai sukan Terjun.  Selain itu turut sama turun padang adalah bekas atlet negara dan juga Jurulatih Penuh Masa Program Pelapis Kebangsaan Yeoh Ken Nee.  Pengisian program telah dibahagikan kepada  3 sesi iaitu sesi pengenalan sukan terjun, tayangan video klip 3 atlet negara serta demo latihan di dry gym dan di kolam.

Diharap dengan adanya program seumpama ini lebih ramai lagi bakat atlet dicungkil di masa akan datang.

Laporan disediakan oleh:
Nurehsan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.