Monday, January 13, 2014

Kejohanan Hong Kong International Track Cup 2014

Tarikh: 11 Januari 2014
Tempat: Hong Kong

Hari semalam pasukan junior menerusi Muhamad Firdaus Mohd Zonis acara keirin men junior telah berjaya memenangi pingat emas. Menurut laporan jurulatih walaupun dihimpit 3 pelumba Hong Kong tetapi beliau berjaya mengatasi di pusingan terakhir.

Manakala pelumba wanita junior Farina Shawati Mohd Adnan telah memperolehi pingat perak apabila tewas kepada pelumba dari negara China dengan 1-2 didalam acara sprint akhir. Ini pengalaman yang amat baik bagi beliau setelah berehat panjang bagi menumpukan peperiksaan SPM.

Keputusan lain di dalam acara elit Rizal Tisin hanya berjaya menduduki tempat ke 11 dalam acara keirin manakala percapaian terbaik menerusi Muhd Edrus Yunus iaitu tempat ke 4 juga acara yang sama.

Manakala Ummi Hamimah kalah dipusingan kedua kepada pemenang pingat gangsa olimpik dari Hong Kong Lee Wai Tze didalam acara sprint.

Sekian.

Kejohanan Hong Kong International Track Cup 2014

Tarikh: 10 Januari 2014
Tempat: Hong Kong

Salam tuan,

Berikut adalah keputusan pelumba pelumba pelapis dan elit di kejohanan Hong Kong International Track Cup 2014 yang diadakan semalam. Menurut jurulatih Junaidi Nasir sebanyak 14 negara menyertai pertandingan ini. Velodrome baru disiapkan sejak sebulan lalu dengan menelan kos 1.13 billion hong kong dollar. Semua perbelanjaan di tanggung oleh kerajaan.

1km men Junior
Gold - Muhd Firdaus Mohd Zonis

500m women junior
Bronze-Farina Shahwati Mohd Adnan

3km Individu Pursuit men junior
Bronze -Muhd Afiq Huznie Othman

1km Men elit
Bronze-Muhd Fakharuddin Dawod

Hari ini melibatkan acara sprint dimana Farina Shahwati melangkah ke pusingan kedua setelah membuat masa terpantas dan juga catatan masa terbaik beliau di peringkat kelayakan.

sekian.