Monday, January 13, 2014

Kejohanan Hong Kong International Track Cup 2014

Tarikh: 11 Januari 2014
Tempat: Hong Kong

Hari semalam pasukan junior menerusi Muhamad Firdaus Mohd Zonis acara keirin men junior telah berjaya memenangi pingat emas. Menurut laporan jurulatih walaupun dihimpit 3 pelumba Hong Kong tetapi beliau berjaya mengatasi di pusingan terakhir.

Manakala pelumba wanita junior Farina Shawati Mohd Adnan telah memperolehi pingat perak apabila tewas kepada pelumba dari negara China dengan 1-2 didalam acara sprint akhir. Ini pengalaman yang amat baik bagi beliau setelah berehat panjang bagi menumpukan peperiksaan SPM.

Keputusan lain di dalam acara elit Rizal Tisin hanya berjaya menduduki tempat ke 11 dalam acara keirin manakala percapaian terbaik menerusi Muhd Edrus Yunus iaitu tempat ke 4 juga acara yang sama.

Manakala Ummi Hamimah kalah dipusingan kedua kepada pemenang pingat gangsa olimpik dari Hong Kong Lee Wai Tze didalam acara sprint.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.