Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Happy New Year to all Pelapis extended Families. May you and your families will have fabulous 2012.

We hope Pelapis Program will produce more elite athletes year, more international achievement and foremost all athletes, coaches and official will work as one team to achieve all KPI set for 2012.

Happy New Year 2012

Friday, December 30, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

Hari kedua perlumbaan di Devonport Athletic Club, Devonport telah menyaksikan pelumba-pelumba muda negara menampakan kesungguhan untuk mencabar pelumba-pelumba yang lebih ternama.

Mohd Firdaus Zonis telah memenangi acara "Junior Division 1 Grade A Scratch" sementara rakan sepasukan Muhd Afiq Huznie menduduki tempat keempat. Mohd Firdaus Zonis sekali lagi meneruskan hari cemerlang beliau apabila memenangi acara "Junior Division 1 1km Handicap". Hari ini sekali lagi pelumba tunggal wanita negara, Noor Azian berjaya menempatkan diri ditempat kedua didalam acara "Grade B Women's Scratch".

Didalam acara "2km Handicap", Hamdan Hamidun berjaya menduduki tempat ketiga manakala Muhamad Firdaus Suardi sekadar menamatkan perlumbaan didalam acara akhir ini. Tiga pelumba negara Faizizzuddin, Hamdan dan Ahmad Fahmi masing-masing menduduki tempat ketiga, keempat dan kelima didalam acara "Grade B Men's Scratch". Noor Azian sekali lagi hampir mencipta kejutan apabila berjaya mencabar pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman seperti Amy Cure dari Australia yang merupakan juara remaja dunia dengan menduduki tempat kelima keseluruhan.

Tiada perlumbaan pada hari esok dan perlumbaan akan disambung pada 1 Januari 2012 di Burnie. Sekian laporan dari Tasmania.

Thursday, December 29, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

The Devonport Athletic Club, Devonport merupakan venue perlumbaan untuk hari ketiga dan juga keempat. Perlumbaan hari ketiga bermula jam 3.30 petang waktu tempatan.

Mohd Firdaus Zonis memulakan hari cemerlang pasukan Malaysia dengan memenangi tempat kedua acara "Junior Division 1 Grade A Scratch" manakala Muhd Afiq Huznie ditempat keempat. Didalam acara "Women's Handicap 1km", pelumba tunggal negara, Nor Azian berjaya menduduki tempat ketiga sekaligus mencipta sejarah pelumba junior wanita pertama negara yang berjaya didalam acara akhir didalam kejohanan ini.

Mohamad Fakhruddin Dawod hanya berjaya menduduki tempat kelima dikalangan 15 pelumba didalam acara "Men's Handicap 1km". Walau bagaimanapun, beliau berjaya menebus kehampaan dengan menduduki tempat ketiga didalam acara "Men's Grade B Scratch". Didalam acara yang sama, seorang lagi pelumba negara, Hamdan Hamidun telah berjaya menduduki tempat kedua.

Acara terakhir untuk hari ketiga bagi pelumba negara iaitu "Men's Handicap Scratch 2km" dimana sekali lagi Hamdan Hamidun berjaya menduduki tempat keempat dan kesembilan bagi Mohamad Fakhruddin Dawod. Secara keseluruhannya prestasi pelumba-pelumba negara semakin meningkat pada hari ketiga perlumbaan berbanding dua hari sebelumnya. Perlumbaan hari keempat akan dijalankan di venue yang sama bermula jam 3.30 petang waktu tempatan.

Sekian laporan dari Tasmania.

Wednesday, December 28, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

Perlumbaan hari kedua telah berlangsung di The Silverdome, Launceston kira-kira 120km dari tempat penginapan. Perlumbaan hari ini dijalankan didalam velodrom tertutup melibatkan lebih banyak acara dipertandingkan berbanding hari semalam.

Pelumba negara melalui Muhd Afiq Huznie telah berjaya mendapat tempat ketiga didalam acara "Junior 1A Grade Scratch". Beliau sekali lagi mengulangi kejayaan didalam acara "Junior 1 1km" dengan kedudukan tempat kedua manakala rakan sepasukan, Mohd Firdaus Zonis ditempat keempat. Penantian Muhd Afiq Huznie berakhir apabila berjaya menjuarai acara "Junior 1A Grade Scratch 5.7km" dan rakan sepasukan Mohd Firdaus Zonis ditempat kelima.

Bagi acara "B Grade Scratch 5.7km", Hamdan Hamidun hanya berjaya dikedudukan kelima terbaik dikalangan pelumba-pelumba negara yang lain. Mohamad Fakhruddin Dawod berjaya menduduki tempat kelima didalam acara "Lightning Handicap 1km" manakala Noor Azian ditempat keempat didalam acara "B Grade Scratch".

Perlumbaan hari ketiga dan keempat akan berlangsung di Devonport. Sekian laporan dari Tasmania.

Tuesday, December 27, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

Hari pertama perlumbaan dijalankan di Latrobe Bicycle Race Club, Recreation Ground, Latrobe. Perlumbaan bermula tepat jam 2 petang dimana pelumba- pelumba lelaki negara telah menyertai acara scratch bawah 17 tahun dan senior, 2km bawah 17 tahun dan senior, 3km senior dan juga 5km. Manakala pelumba tunggal wanita telah menyertai acara 1km, 2km dan 3km (Gred B).

Bagi acara scratch bawah 17 tahun, Muhd Afiq Huznie telah dinafikan tempat kedua kerana telah menggunakan gear yang salah bagi acara tersebut. Walau bagaimanapun, kehampaan Muhd Afiq terbalas apabila berjaya menduduki tempat ketiga didalam acara 2km bawah 17 tahun.

Pelumba-pelumba lain agak tidak bernasib baik didalam acara final masing-masing cuma pencapaian terbaik datang dari Hamdan Hamidun yang berjaya menduduki tempat keempat didalam acara 5km.

Keseluruhan pencapaian pelumba-pelumba negara ditahap yang membanggakan kerana saingan yang diterima daripada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dan ternama diperingkat antarabangsa yang juga merupakan juara dunia, juara dunia remaja, pelumba kelab profesional dan juga pelumba-pelumba yang mewakili negara ke peringkat olimpik seperti Simon Van Velthoven (NZ), Franco Marvulli (Switzerland), Alexander Serov dan Ivan Kovalev (Russia) dan juga Nishitani Taiji (Jepun)

Perlumbaan hari kedua akan dilangsungkan di velodrom tertutup di Launceston. Sekian laporan dari Ulverstone,Tasmania.

Monday, December 26, 2011

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal Tasmania Karnival Basslink Series 2011

Hari kedua berada di Ulverstone, Tasmania dengan suhu kira-kira 18 darjah celcius dengan basikal tiba pada jam 10 pagi dari Melbourne.

Sejurus tiba, setiap atlet memasang basikal masing-masing bagi menyertai perlumbaan pertama keesokan harinya di pekan Latrobe kira-kira 20km dari tempat penginapan.

Kesemua atlet dan jurulatih berada di dalam keadaan sihat.

Sekian laporan dari Ulverstone, Tasmania.

Sunday, December 25, 2011

Kejohanan Berbasikal Tasmania Carnival Series 2011

Tarikh : 24 Dis 2011 - 3 Jan 2012
Tempat : Tasmania, Australia

Kejohanan tahunan pada kali ini disertai oleh atlet daripada Program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau. Seramai 10 orang atlet dan 2 orang jurulatih iaitu Junaidi Mohamad Nasir dan Hishamuddin Mohd Zaki. Atlet-atlet yang akan bertanding adalah seperti berikut:

1.Muhammad Firdaus Mohd Zonis
2.Muhammad Firdaus Suardi
3.Ahmad Fahmi Farhan
4.Hamdan Hamidun
5.Muhamad Afiq Huznie Othman
6.Low Jin Ming
7.Muhammad Asri Suraizi
8.Muhammad Faizizzuddin
9.Mohamad Fakhruddin
10.Noorazian Maslin

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne mengambil masa hampir 8 jam seterusnya ke Launceston, Tasmania. Sedikit mendukacitakan kerana kesemua basikal tidak dapat tiba sekali dengan pasukan dan hanya akan sampai keesokan harinya kerana berlaku ribut di Melbourne.

Agak bernasib baik kerana tiada perlumbaan pada hari esok dan hanya akan bermula pada 27 Dis 2011. Hampir 99 peratus kedai tutup disebabkan perayaan krismas dan agak menyukarkan pasukan untuk mencari makanan.

Sekian laporan dari Tasmania.

Thursday, December 22, 2011

Sesi lawatan dan latihan atlet memanah dari Riau Indonesia ke Akademi Serantau Zon Utara

Tarikh : 21 hingga 23 Disember 2011
Tempat : Pusat Latihan Memanah ASZU,Politeknik Seberang Perai
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Cuaca : Baik

Seramai 2 orang pegawai,3 orang jurulatih dan 8 orang atlet dari sukan memanah daripada Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia telah bertandang ke Malaysia untuk sesi latihan bersama atlet pelapis serantau. Akademi Serantau Zon Utara telah menjadi destinasi persinggahan dari pasukan memanah Riau untuk percubaan menguji kemampuan serta meninjau sejauh mana prestasi atlet sebelum menyertai kejohanan PON XVIII/2012 di Indonesia.

Latihan Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia diteruskan dengan latihan jarak 70 meter dan jarak 30 meter selama 2 jam sebelum bermula sightest dan 'scoring' pada jam 10.00 pagi. Semua atlet diberi masa selama 30 minit untuk sightest sebelum bermula 'scoring' untuk double 30 meter dan 70 meter.

Berikut keputusan bagi acara double 70 meter dan 30 meter

Double 70 meter
1) Mohd Lukman Fitri bin Jasli - 584 mata
2) Jisra Arif - 580 mata
3) Siti Nor Hatika bt Ibrahim - 491 mata
Nur Naseha bt Rusli dan Muhamad Ikram bin Joni tidak bertanding disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Double 30 meter
1) Irpan Sukrilah - 591 mata
2) Razak Alhadi.R - 599 mata
3) Adi Saputra - 630 mata
4) Younggi Raufanto - 632 mata
5) Sella Triadi - 637 mata
6) Tia Arnila - 536 mata
7) Hannanie bt Jae Sung Han - 641 mata

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Riau, Indonesia kerana memilih Akademi Serantau Zon Utara sebagai medan latihan. Pasukan memanah Riau juga menjemput dan mengalu-alukan kedatangan pasukan malaysia ke Riau untuk menjalani latihan bersama. Pasukan Riau juga melihat akan peluang untuk menyertai karnival pelapis sebagai medan ujian kepada atlet2 serta dapat menjalinkan hubungan rapat diantara Indonesia dan Malaysia. Diharap kerjasama 2 serumpun ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian.

Laporan oleh:
Suhaimi