Wednesday, December 7, 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI KE-X PERLIS 2011 (6/12/2011)


Pergerakan pegawai & anggota Cawangan Pelapis bersama jurulatih & atlet Pelapis Kebangsaan sukan angkat berat telah selamat tiba pada jam 6.00 petang (6hb / Selasa) manakala atlet-atlet Pelapis Serantau (ASZS) pada jam 10.00 malam di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis yang merupakan Perkampungan Sukan bagi Karnival pada kali ini.

Seterusnya pada jam 8.30 mlm, Urusetia Cawangan Pelapis bersama Pegawai Cawangan Pengurusan Kejohanan telah mengadakan perbincangan dengan pihak Urusetia Pengelola (USPTN Perlis) di MSN Perlis bagi membincangkan status terkini persiapan:
- Penginapan Kontinjen & Pegawai Teknikal
- Pengesahan Pegawai Teknikal yang akan bertugas.
- Venue & peralatan pertandingan.
- Pengangkutan Dalaman.
- Mesyuarat Pengurus Pasukan.
- Buku Profile Mesyuarat (mengikut sukan).
- Lain-lain perkara melibatkan upacara penyampaian pingat, sistem statistik & keputusan serta perubatan.

Setakat ini, pihak pengelola telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua kontinjen & akan menyelesaikan beberapa masalah-masalah kecil dalam tempoh terdekat ini.

Azrul Hisyam

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.