Friday, December 16, 2011

LAPORAN HARIAN PASUKAN MEMANAH PELAPIS

LAPORAN HARIAN

PENYERTAAN KE KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 3, 2011.
KOTA KINABALU, SABAH

KEKUATAN PASUKAN : 11 ATLET (7 PK / 4 PS), 2 J/LATIH & 1 PENGURUS.
VENUE : LAPANGSASAR MEMANAH SAA, LIKAS
PENGINAPAN : SHANGRI LA HOTEL, KOTA KINABALU

Hari 1 : 12 Dec 2011 (Isnin)

Berlepas ke Kota Kinabalu dengan pesawat Airasia tepat jam 10.00 pagi.
Tiba di KK jam 12.30 t/hari terus ke Shangri La Hotel. Taklimat
pasukan diadakan jam 3 ptg.

Hari 2 : 13 Dec 2011(Selasa)

Latihan penyesuaian dilakukan di lapangsasar memanah SAA, Likas
bermula jam 8.00 pg dan tamat jam 12.30 t/hari. Cuaca kurang baik hari
ini - hujan lebat dan angin kencang. keadaan padang yang becak dan
berlumpur menyebabkan pihak penganjur mengambil keputusan memindahkan
venue kejohanan ke padang ragbi yang terletak bersebelahan.

Taklimat pasukan diadakan jam 8.00 mlm bagi menerangkan jadual
kejohanan, pergerakan dan sasaran.

Hari 3 : 14 Dec 2011 (Rabu)

Pasukan bergerak ke venue jam 7.00 pg dan sighters dijalankan tepat
jam 8.30 pg. Tackle inspection dibuat jam 10.30 pg. Mesyuarat pengurus
pasukan jam 11.15 pg.

Atlet menamatkan sighters jam 12.30 t/hari dan pulang ke penginapan.

Upacara perasmian pembukaan diadakan jam 3.00 ptg oleh Dato' Peter
Pang. Pasukan pulang ke penginapan jam 5.50 ptg.

Taklimat pasukan diadakan jam 8.00 mlm.

Hari 4 : 15 Dec 2011 (Khamis)

Pasukan lelaki yang terdiri daripada 7 atlet PK bertanding di sesi
pagi bergerak ke venua jam 6.30 pg. Pertandingan hari ini acara Single
FITA pusingan kelayakan jarak 90m & 70m jam 7.45 pg.

Pertandingan berjalan dlm cuaca yang baik dgn angin sederhana.

Pertandingan sesi pagi tamat jam 11.45 pg. Keputusan pertandingan
adalah seperti berikut :

No.                 Nama atlet                       90m            70m

1.  Mohd Faris Haziq                            254/21         309/6
2.  Atiq Bazil Bakri                               266/17         308/9
3.  Mohd Firdaus Ishak                         274/11         291/20
4.  Syafiq Izzuddin Sulaiman                 270/13         291/21
5.  Mohd Alif Adha Hassan                   253/22         286/24
6.  Nazir Omar                                    281/6           285/26
7.  Hezriq Ahmad Merana                    230/32         272/31

Atlet wanita yang terdiri daripada 4 atlet PS memulakan pertandingan
acara Single FITA jarak 70m & 60m tepat jam 1.30 ptg dan tamat jam
5.00. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

No.                Nama atlet                       70m          60m

1.  Siti Rasyidah Kamar Basah             283/2         299/2
2.  Farah Amalina Azhar                      278/3          295/3
3.  Adibah Tajuddin                              259/7         284/5
4.  Siti Nor Hatika Ibrahim                    212/7          251/14

Ulasan :

1. Pencapaian atlet2 PK secara keseluruhannya amat mendukacitakan.
Tiada alasan yang dapat saya berikan setakat ini kerana mereka
seharusnya mampu melakukan lebih baik berdasarkan persediaan rapi yang
dibuat sebelum ke kejohanan ini. Malah kita telah memberikan layanan
terbaik serta keselesaan kepada mereka sebaik tiba di Kota Kinabalu.

2. Pencapaian atlet wanita agak baik dengan kejayaan 2 pingat perak
dan 2 gangsa pada hari pertama melalui Siti Rasyidah & Farah Amalina.
Walau bagaimanapun Siti Nor Hatika dilihat menghadapi sedikit masalah
dalam mengawal bow dan agak terburu2.

3. Hezriq Ahmad Merana yang diberi peluang meningkatkan prestasi dalam
tempoh 6 bulan dilihat tidak menunjukkan perubahan.

4. Esok akan berlangsung acara Single FITA jarak 50m & 30m. Diharap
atlet2 ini mampu bengkit memperbaiki kedudukan sebelum memulakan acara
Olympic Round lusa.

Sekian.
A. Rahimi

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.