Thursday, December 8, 2011

KEM MENEMBAK PELAPIS KEBANGSAAN 2011

Hari Ketujuh

Tarikh : 7 Disember 2011
Masa : 7.30am - 11.00pm
Tempat : Kompleks Sukan Pelayaran Langkawi & Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM)
Jumlah Pegawai : 2 orang
Jumlah Atlet : 10 Orang Pelapis Kebangsaan
                      13 Orang Pelapis Negeri
Jumlah Coach : 4 Orang
Pegawai ISN : 2 orang

Laporan :

Pada hari ini latihan masih berjalan seperti biasa bermula dari jam 8.00am sehingga jam 1.00pm.  Pasukan Pelapis amat berbesar hati kerana menerima lawatan dari Laksamana Muda Dato' Musa Omar iaitu Panglima Rancang dan Operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang datang sempena 'LIMA di Langkawi'.  

Lawatan yang dibuat mengambil masa lebih kurang 30 minit dan beliau sempat beramah mesra bersama jurulatih serta atlet. Selain itu, beliau juga telah mengundang pasukan untuk makan tengahari bersama beliau di atas kapal pada esok hari (8 Disember 2011).  

Tamat sahaja latihan sesi petang, pasukan menembak telah pulang ke kompleks untuk menjalani sesi conditioning di bawah pengendalian Pn. Chee Yoon Peng (Apple) dari jam 5.00pm hingga jam 6.00pm.  

Sebelah malam pula, aktiviti bebas dijalankan tetapi atlet tidak dibenarkan keluar dari kawasan kompleks.  Mereka hanya berada di kawasan bangunan sambil melayari wifi yang ada di tingkat bawah bangunan.


Laporan disediakan oleh:
Norjihan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.