Thursday, September 29, 2011

18th Mazandaran International Cycling Tour 2011


Salam, 

Berikut adalah sedikit laporan kejohanan Peringkat ke 2 Chalous - Ramsar 92km

Perlumbaan berlansung dalam keadaan hujan lebat untuk hari ke dua berturut-turut. Suhu semasa disini juga semakin sejuk sekitar 15 darjah selsius dan melibatkan 2 zon pecut serta 1 zon pendakian.Perlumbaan berlansung pada kelajuan sekitar 45km/j dan diterajui oleh pasukan kebangsaan Armenia,Algeria dan Uzbekistan.Semua pelumba negara berjaya menamatkan perlumbaan dan berkondisi sihat setelah 2 peringkat berlansung.54 dari 58 pelumba masih berjaya meneruskan perlumbaan bagi peringkat berikutnya.Berikut adalah sedikit rangkuman keputusan peringkat ke 2 ini :

1.Adel Barbari ( Algeria ) 2.36.11
2.Mher Mkrtehyan ( Armenia ) 2.36.53
3.Hovhonnes Hovhannisyan ( Armenia ) 2.36.53
5.Sofian Nabil ( Malaysia ) 2.37.17 (USD 100)
9.Mohd Faiz Izzudin (Malaysia ) 2.37.36 (USD 100)
35.Fahmi Farhan ( Malaysia) 2.41.32
39.Hamdan Hamidun (Malaysia) 2.41.32

Keseluruhan Individu:
1.Adel Barbari ( Algeria ) 4.19.56
2.Mher Mkrtehyan ( Armenia ) 4.20.38
3.Hovhonnes Hovhannisyan ( Armenia ) 4.20.57
5.Sofian Nabil ( Malaysia ) 4.21.25
9.Mohd Faiz Izzudin (Malaysia ) 4.21.46
31.Hamdan Hamidun (Malaysia) 4.25.42
32.Fahmi Farhan ( Malaysia) 4.26.07

Intermidiete Sprint :
1.Edvard Matosyan ( Armenia) 7 Mata
2.Aref Bigonah ( Tehran Traffic ) 5 Mata
3.Mohamed Bouzidi ( Algeria ) 5 Mata
4.Sofian Nabil (Malaysia) 3 Mata

K.O.M 
1.Adel Barbari ( Algeria ) 8 Mata
2.Mher Mkrtehyan ( Armenia ) 6 Mata
3.Hovhonnes Hovhannisyan ( Armenia ) 5 Mata
5.Sofian Nabil ( Malaysia ) 2 Mata

Berpasukan Keseluruhan:
1. Armenia 13.02.51
2. Algeria 13.03.22
3. Kashi Yazd 13.08.04
6. Malaysia13.08.55

Peringkat ke 3 Salmanshahr ke Mahmoudabad esok pula meliputi jarak 106 km beserta dua zon pecut di Km34.4 dan Km 63.4 manakala tiada zon pendakian ditawarkan.

Sekian.



Wednesday, September 28, 2011

18th Mazandaran International Cycling Tour 2011




Salam,

Berikut adalah sedikit laporan kejohanan Peringkat 1 Azadi Hotel - Telakabin 72.5 km

Kejohanan berjalan di dalam keadaan hujan lebat dan cuaca sejuk sekitar 18 darjah celsius.Walaupun agak sukar tetapi tahniah kepada pelumba kerana berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan cuaca sebegitu.Permulaan yang baik dan memuaskan pada hari ini kerana semua pelumba negara berjaya menamatkan perlumbaan dikalangan 58 peserta bertanding dari pada 12 pasukan yang menyertai kejohanan.

Keputusan Peringkat 1 :
1.Fuslan Fedorov ( Uzbekistan ) 1.43.28
2.Edvard Matosyan ( Armenia ) 1.43.28
3.Adel Barbari ( Algeria ) 1.43.59
10.Sofian Nabil Mohd Bakri ( Malaysia ) 1.44.10 (USD 100)
12.Mohd Faiz Izzudin ( Malaysia ) 1.44.10 ( USD 40)
18.Hamdan Hmidun (Malaysia) 1.44.10 (USD 40)
35.Fahmi Farhan Ahamad Fuat 1.44.35

Intermidiete Sprint :
1.Aref Bigonah (Tehran Traffic) 5 mata
2.Sofian Nabil ( Malaysia) 3 mata
3.Evard Matosyan (Armenia) 2 mata

Team Overall
1. Armenia 5.11.48
2.Algeria 5.12.18
3.Pertochimi Tabriz 5.12.30
4.Malaysia 5.12.30
5.Kashi Yazd 5.12.30

Berikut maklumat mengenai Peringkat 2 Chalous - Ramsar 92km
Terdapat dua zon pecut dan satu zon pendakian padaketinggian 400 meter dari paras laut.


laporan hari pertama

Pasukan remaja negara telah tiba di tempat kejohanan pada jam 9.00 malam waktu tempatan kira-kira jam 2.00 pagi waktu Malaysia
26 September 2011 iaitu Persian Azadi Hotel , Namakabroud Iran.
Setelah bermalam 1 hari di Azadi Sports Complex, Tehran.
Persiapan pasukan untuk menyetai perlumbaan esok berjalan lancar dan juga atlit berada dalam keadaan sihat.

Cuaca agak sejuk iaitu 20 darjah celsius berserta hujan.
Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan ini termasuk 6 pasukan jemputan luar negara
iaitu Malaysia , Armenia, Uzbekistan, Turki, Thailand, Arzebaijan.
Perlumbaan peringkat pertama esok meliputi jarak 70.2 km dan menawarkan 1 zon pecutan.

Senarai Pasukan Malaysia:
Pengurus : Eddie Norshamshidi B Abd Rashid
Mekanik : Mohd Mutaqim Abd Kadir
Atlit : Mohd Sofian Nabil Omar B Mohd Bakri (Pel. Keb / Ter)
: Hamdan B.Hamidun (Pel. Keb / Sel)
: Mohd Faiz Izzudin B. Omar (Pel. Serantau / Sel)
: Ahmad Fahmi Farhan B. Ahmad Fuat (ASZU / Phg)

Sekian sedikit laporan semasa dari pasukan.

Doakan perjalanan dan perlumbaan yang baik untuk pasukan Malaysia.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh:

eddie norshamshidi abd rashid

Monday, September 26, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya OCM

Pihak OCM telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya hari ini di Wisma OCM. Kesempatan jemputan yang dipanjangkan digunakan oleh pihak kami untuk berjumpa dengan wakil-wakil persatuan yang datang memeriahkan majlis ini.

Terima kasih atas jemputan OCM

Friday, September 23, 2011

Latihan di Pretoria, South Afrika


Atlet sukan olahraga Pelapis Serantau Firdaus Mazalan dan Pelapis Kebangsaan Mohd Baihaki bagi acara 400 meter akan berlepas ke Pretoria, South Africa pada malam ini untuk latihan persiapan ke Sukan Sea bersama atlet negara Norsheela Khaled dan Robani Hassan. Latihan selama 6 minggu ini akan dikendalikan oleh jurulatih Ithnin Mahadi. Dimaklumkan atlet ini akan menyertai 2 kejohanan tempatan sepanjang latihan disana nanti.

Thursday, September 22, 2011

HARI KEEMPAT KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU









Tarikh : 21 September 2011 ( Rabu )

Tempat : Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari keempat Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seperti kebiasaan iaitu pada jam 7.00 pagi atlet dan jurulatih berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku dan taklimat program hari tersebut. Pada jam 7.30 pagi atlet menikmati sarapan pagi dan meneruskan latihan seperti biasa mengikut sukan. Antara ceramah yang bermula pada sesi pagi adalah berkaitan pemakanan yang disampaikan oleh Cik Dura dari unit Pemakanan ISN SSTMI. Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi garis panduan berkenaan makanan yang seimbang bagi seorang atlet serta pengambilan kabohidrat, protein,vitamin dan sebagainya. Pada sesi petang bersambung dengan ceramah dari Cawangan Hal Ehwal Atlet bertajuk “Overview HEA dan Kaunseling” yang disampaikan oleh Cikgu Choo dan Ustazah Noorulhuda. Antara perkara –perkara yang disampaikan berkenaan kepentingan Cawangan Hal Ehwal Atlet yang merangkumi insentif kemenangan,peluang kerjaya,khidmat kaunseling serta peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pada jam 5.00 petang selepas selesai sesi ceramah semua atlet diarahkan bergotong royong mengemas persekitaran ASZS bagi persiapan jamuan hari raya manakala jurulatih menghadiri ceramah berkaitan prosedur dan pelaporan serta pengurusan jurulatih. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Zawawi Zakaria Pengarah Bahagian Kejurulatihan. Sesi ceramah tamat pada jam 6.30 petang. Di kesempatan kem ini, USPTN Johor dengan kerjasama Unit Pelapis Serantau turut mengadakan jamuan hari raya yang diadakan tepat jam 8.30 malam. Majlis ini dapat mengeratkan silahturahim antara akademi dan pusat latihan serta agensi-agensi lain seperti JPN Johor, Pihak Sekolah, Perbadanan Stadium Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor. Ucapan terima kasih kepada ketua Unit dan kakitangan USPTN Johor yang telah menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya.

Sekian

Wednesday, September 21, 2011

HARI KETIGA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU







Tarikh: 20 September 2011(Selasa)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Hari ketiga Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau seperti kebiasaan bermula dengan perhimpunan jam 7:00 pagi di DewanTerbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih bersama-sama meyertai aktiviti senamrobik yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor. Senamrobik tamat pada jam 9:30 pagi dan seterusnya diikuti dengan ujian kecergasan yang dikelolakan oleh pihak ISN Johor dengan kerjasama ISN SSTMI dan ISN Melaka. Tujuan ujian kecergasan ini diadakan untuk mempraktikkan ujian-ujian yang perlu dilalui oleh atlet dan mengetahui tahap kecergasan atlet. Prosedur ujian ini juga akan diselaraskan di peringkat semua sukan yang terlibat dibawah pelapis serantau. Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah ‘push ups,standing broad jump, sit and reach test, vertical jump, sit ups dan beep test. Melalui data yang diperolehi oleh setiap atlet akan dikumpul dan dinilai. Sesi ujian kecergasan tamat jam 2:00 petang. Setelah penat menjalani ujian kecergasan, atlet menikmati makan tengahari dan berehat. Hasil perbincangan bersama jurulatih, pada sesi petang akan diadakan latihan bagi setiap sukan. Jam 8:30 malam, atlet didedahkan dengan latihan dalam kumpulan. Program pada 20 September 2011 tamat pada jam 9:30 mlm.

Sekian.

Tuesday, September 20, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011

Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2011 telah masuk hari keempat iaitu pusingan separuh akhir yang mempertandingkan 8 bout. Esok adalah hari terakhir yang juga pusingan akhir. Berikut adalah keputusan bagi hari keempat:

Kategori 49 KG
Mohamad Zulfika (KEL) menang dengan Mohammad Illahi (MEL)

Aisamudin Maula (KED) kalah dengan Mohd Amirul Asraf (P.P)

Kategori 56 KG
Muhammad Adzha (P.P) menang dengan Muhammad Fitri (PAH)

Nur Aidi Nazrin (TRG) menang dengan Wan Muhammad Ridzuan (KEL)

Kategori 64 KG
Mohd Hafizi (PAH) kalah dengan Muhammad Syazwan (N.S)

Mohd Farahim (KED) kalah dengan Nik Mohd Akhbar (TRG)

Kategori 75 KG
Mohammad Afiq (PAH) kalah dengan Mohammad Sharul Nizam (P.P)

Ahmad Zulfais (MEL) kalah dengan Mohd Hanafi (N.S)

ADAM BIN SHAZAN AMIR






HARI KEDUA KEM MOTIVASI DAN SAINS SUKAN ATLET PELAPIS SERANTAU












Tarikh: 19 September 2011(Isnin)

Tempat: Akademi Serantau Zon Selatan, Johor

Setelah atlet dan jurulatih mendapatkan rehat yang cukup, hari kedua Kem Motivasi dan Sains Sukan Atlet Pelapis Serantau bermula seawal jam 7:00 pagi.Semua atlet dan jurulatih berhimpun di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan Johor. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Seterusnya, En. Izuwan menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan sepanjang hari. Setelah selesai perhimpunan, atlet dan jurulatih menikmati minum pagi dan seterusnya menjalani latihan bagi setiap sukan masing-masing. Tujuan latihan sukan diadakan pada kem kali ini adalah untuk menggabungkan atlet dan jurulatih dari setiap akademi dan pusat latihan yang mana mereka dapat menjalani latihan bersama serta berkongsi ilmu untuk membentuk kualiti latihan yang lebih baik bagi program pelapis serantau. Pada jam 9:30 pagi, sesi latihan tamat dan atlet menikmati sarapan pagi. Pada jam 10:30 pagi, kelas bermula yang mana sesi ini melibatkan ceramah kecergasan yang disampai oleh En. Sarkawi iaitu Ketua Unit Satelit ISN Johor. Antara intipati yang terdapat dalam sesi ceramah ini adalah berkaitan prinsip latihan kecergasan serta kecergasan dan pemakanan.Sesi ceramah kecergasan tamat pada jam 12:30 tnghari. Setelah berehat dan makan tengahari sehingga jam 2 petang, sesi ‘team building' bermula. Sesi ini nampak bermanfaat dengan aktiviti-aktiviti dalam kumpulan yang dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan.Selain itu, sesi ini juga dapat menghidupkan suasana ceria sepanjang berlangsungnya kem ini. Sesi team building tamat pada jam 4:00 ptg dan atlet diberi rehat untuk menikmati minum petang. Kemudian sesi ceramah fisioterapi sukan yang dikelolakan oleh En. Mohd Noorfaizalazrul dari ISN. Antara info yang disampaikan adalah berkaitan kecederaan dalam sukan dan kaedah rawatan.Sesi fisioterapi tamat pada jam 6:00 ptg. Pada jam 8:30 mlm, sekali lagi sesi ‘team building' berlangsung dan tamat pada jam 10:30 mlm.

Sekian.

Monday, September 19, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011

Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2011 telah masuk hari ketiga yang mempertandingkan 10 bout dan menjadikan jumlah bout sehingga hari ketiga ini adalah 29 bout. Esok adalah pusingan separuh akhir. Berikut adalah keputusan bagi hari ketiga:

Kategori 46 KG
Bout 20 - Muhammad Isma Izzudin (KEL) menang dengan Syahrul Effendi (PRK)

Bout 21 - Mohd Syukairie (P.P) menang dengan Muhammad Rais (N.S)

Kategori 52 KG
Bout 22 - Rakulan (MEL) menang dengan Muhamad Fadzrullah (JOH)

Bout 23 - Muhammad Helmi (N.S) kalah dengan Jagadish (P.P)

Kategori 60 KG
Bout 24 - Mohd Zulfadlie (PAH) kalah dengan Mohamad Jalanie (PRK)

Bout 25 - Rafael Mikael (P.P) menang dengan Nazreen (SWK)

Kategori 69 KG
Bout 26 - Ram Kumar (MEL) menang dengan Mohd Saiful Nizam (N.S)

Bout 27 - Jackie (SWK) kalah dengan Hasmil (PRK)

Kategori 81 KG
Bout 28 - Mohamad Syafiq Iqbal (PAH) kalah dengan Mohd Hafizi (N.S)

Bout 29 - Muhamad Aliesyah (JOH) kalah dengan Khir Akyazli (PRK)

Sekian laporan ringkas dari kompleks belia batu uban..

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN LAWN BOWLS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2011

Laporan ringkas pada hari kedua seperti berikut.

Cabaran hari ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dan hanya pasukan wanita sahaja yang mengambil bahagian. Cuaca,hujan renyai2 tetapi acara tetap diteruskan. Tamat jam 11.00 pagi,semua pasukan dijemput untuk menghadiri majlis perasmian dan jamuan makan tengahari di Dewan Warisan Negeri,Kangar Perlis. Perasmian ini dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis yang mewakili Menteri Besar Perlis,YB Abd Jamil Bin Saad dan diiringi oleh Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid.

Seterusnya, kejohanan disambung dan dimulakan pada jam 3.00 petang dan kedua2 pasukan lelaki dan wanita mengambil bahagian dan acara diteruskan pada jam 5.00 petang dan tamat pada jam 7.00 petang.

Berikut adalah keputusan bagi Negeri Pulau Pinang pada hari pertama kejohanan.

Pasukan Wanita
Pulau Pinang lwn MSN Perlis
16 - 16

Pulau Pinang lwn PDRM
6 - 27

Pulau Pinang lwn Perlis
4 - 15

Pasukan Lelaki
Pulau Pinang lwn Terengganu
14 - 20

Pulau Pinang lwn Perak A
12 - 14

Keseluruhan permainan atlet wanita adalah memuaskan dan kemahiran serta tumpuan (fokus) harus ditingkatkan semasa pertandingan. Ini dapat dilihat semasa pertandingan diantara PDRM,pasukan wanita nampak gugup kerana bermain bersama pemain Malaysia,Siti Zalina Ahmad,Azlina Arshad dan Emma Firyana Saroji. Walaubagaimana pun,semangat bertanding yang ditunjukkan harus dipuji.

Bagi pasukan lelaki, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi yang ditonjolkan harus diberi bonus  cuma pengalaman sahaja yang membezakan antara 2 pasukan. Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh pasukan lelaki kerana atlet2 ini merupakan senarai bagi penggal kedua (Julai - Disember). Pasukan lelaki sebentar tadi hanya kalah 2 mata dengan pasukan Perak yang menurunkan pemain Malaysia dan merupakan ranking ke-2 dunia Safwan Said,cuma nasib tidak menyelebihi pasukan walaupun pasukan mendahului pada awalnya.

Semoga pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh pada ke esokkan harinya. Dan diharapkan, pertandingan sebentar tadi sedikit sebanyak dapat dipelajari dan diperbaiki.

Sekian dari saya di Kangar, Perlis.
Shasha