Wednesday, September 14, 2011

Mesyuarat JKO Pelapis

Bagi memastikan program latihan yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan diperingkat pengurusan Majlis. Salah satu daripadanya adalah Jawatankuasa Kerja Operasi ( JKO ).

Mesyuarat JKO bagi Cawangan Pelapis sedang berlangsung di Bilik Rajawali MSN dan dipengerusikan oleh pengarah Bahagian Atlet MSN, En Ahmad Shapawi Ismail. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah wakil-wakil daripada Cawangan Elit, Kejurulatihan, Hal Ehwal Atlet, Kewangan serta ISN.

Pada mesyuarat ini, semua pengurus sukan membentangkan pelaksanaan program latihan sukan masing-masing serta perancangan sehingga hujung tahun.
Azrul Hisyam

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.