Monday, October 29, 2012

Laporan Kem Gimnastik Lelaki( hari kedua)


Salam Sejahtera

Seramai 26 atlet dan 7 jurulatih  dari Terengganu , Perak,Pahang, sabah dan kedah telah mengambil bahgian dalam kem ini. Latihan bermula pagi 8pg dan dijalankan dua sesi sehari. Jurulatih yg hadir untuk kem juga membantu bersama menjalankan latihan.

Sekian laporan ringkas dari SSTMI
Vimalan

Laporan Kem Gimnastik Artistik Lelaki di SSTMI,Johor

Salam Sejahtera

Hari ini seramai 9 atlet dan 3 jurulatih daftar masuk di asrama SSTMI. Esok seramai 19  atlet dan 3 jurulatih dari Perak dan Terengganu akan sampai. Latihan akan bermula 8am selepas briefing mengenai kem pemilihan ini.

Atlet dari Melaka tidak hadir kerana dapat maklumat dari KU Melaka bahawa Kem ini tunda pada hari yang lain.

Penginapan , makanan atlet dan tempat latihan tidak ada masalah.

Sekian.

Vimalan melapor dari SSTMI

Thursday, October 25, 2012

LAWATAN KERJA DARIPADA MSN PERAK

Salam

Dimaklumkan bahawa, pihak Cawangan Pelapis telah berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Tuan Pengarah & Pegawai MSN Perak pada jam 11.30 pagi tadi.

Kehadiran daripada MSN Perak melibatkan:

1. Y.Brs En. Johari Sham b. Ahmad Shohor Affendi
Pengarah MSN Perak

2. Tn Hj Mazlan b. Dato' Hj Mohammad
Timbalan Pengarah MSN Perak

3. Puan Normala Rashid
Ketua Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sukan MSN Perak

4. En. Zulkiple Alang Ibrahim
Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan MSN Perak

5. Tuan Hj. Zainuddin Zakaria
Ketua Bahagian Perubatan Sukan MSN Perak

6. En. Faitzul Anuar Hashim
Ketua Unit SUKMA MSN Perak

7. En. Shanker a/l Retinam
Ketua Unit Sains Sukan MSN Perak

8. En Zahrul Anuar Uzaili
Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTN Perak

Dikesempatan ini, pihak saya mewakili Cawangan Pelapis bersama Pn Rohaizah Hanim, En Megat Ahmad Kushairy & Pn Norfadilah telah menerangkan serba sedikit pelaksanaan Program Latihan Atlet dibawah Program Pelapis yang mana menjurus juga kepada perhubungan & kerjasama dengan MSN Perak melalui USPTN Perak.

Melalui perbincangan ini, pihak Tuan Pengarah MSN Perak amat berbesar hati dengan taklimat yang telah diberikan dan berjanji akan meneruskan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Majlis melalui Program Pelapis Negeri ini, agar akan dapat meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet Negeri Perak khususnya di SUKMA yang akan datang.

Perbincangan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seterusnya Tuan Pengarah MSN Perak telah mengadakan kunjungan hormat bersama Y.Bhg Dato' Seri Zolkples Embong pada jam 3.00 petang.

Harap maklum dan terima kasih.




Tuesday, October 23, 2012

Thailand Open Shooting Championships 2012 (final day)

Hari Kelapan (Akhir)

Tarikh: 22 Okt 2012
Hari: Isnin

Keputusan bagi acara hari ini:-

50m Rifle 3 Position (M)

Pusingan kelayakan ke final:
Tempat ke-5: Razi Aizat-1148
Tempat ke-6: Mohd. Lutfi-1129
Tempat ke-9: Muhd. Hassanul-1118
(Razi Aizat & Mohd. Lutfi telah layak ke final)

50m Rifle 3 Position (M):

1.Magnus Ole (NOR)-1264.7
2.Sergey Kruglor (RUS)-1263.3
3.Kristian Ole (NOR)-1261.3
(Tempat ke-5: Razi Aizat-1246.2)
(Tempat ke-6: Mohd. Lutfi-1227.2)

50m Rifle 3 Position (M)-Team:

1,NOR (Norway)-3499
2.MAS (Malaysia)-3395
3.SIN (Singapura)-3359

25m Standard Pistol (M):

1.Lip Meng (SIN)-563
2.Gai Bin (SIN)-557
3.On Shaw Ming (SIN)-552
(Tempat ke-4: Mohd. Wisnu-551)
(Tempat ke-6: Liew Tack Fai-543)
((Tempat ke-10: Choo Wen Yan-532)

25m Standard Pistol (M)-Team:

1.SIN (Singapore)-1672
2.MAS (Malaysia)-1626
3.Nakronsawan A (Tha)-1594

Untuk hari ini tamatlah sudah kesemua acara yang telah dipertandingkan dan sekali gus menamatkan kejohanan yang telah berlangsung selama 7 hari.  Kontigen Malaysia telah berjaya membawa pulang 9 pingat.

Emas-1
Perak-5
Gangsa-3

Tahniah buat kontigen Malaysia!!!!

Norjihan melaporkan untuk program pelapis dari Bangkok

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KHAS SUKAN JUDO DI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA iSMAIL,JOHOR

Tarikh : 23 Oktober 2012
Masa : 2:00 pm - 4:30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SSTMI

Satu mesyuarat ringkas telah diadakan antara pihak Cawangan Pelapis MSNM bersama pihak Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail,Johor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Jefri Ngadirin iaitu Pengarah Cawangan Pelapis,MSNM serta dihadiri oleh En. Azrul (Ketua Unit Pelapis Kebangsaan), En. Marjan (Jurulatih Judo) dan En. Hj Abdul Razak (PK HEM SSTMI). Antara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan pembukaan Program Khas sukan Judo. Bagi Program Khas sukan Judo, cadangan untuk pemilihan atlet terbaik yang ditempatkan didalam satu program yang mana program ini bertujuan untuk memberi tumpuan terhadap keperluan atlet Judo. Ia juga turut melibatkan bantuan dari segi peralatan,keperluan pertandingan dan jurulatih. Jam 4:00 ptg, pihak MSNM dibawa melawat sesi latihan atlet sukan Judo.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 22, 2012

Klinik Berbasikal USPTN Perlis (20hb. Dan 21hb. Oktober 2012)

Salam..

Disertakan gambar aktiviti di klinik Berbasikal USPTN Perlis yang telah dijalankan.

Aktiviti klinik Berbasikal berjalan seperti dijadualkan, aktiviti pada HaRi kedua adalah seperti berikut :

1) Test for Talent/ Menguji bakat - hanya 3 ujian padang dapat dijalankan, memandangkan di sini kita kekurangan kemudahan peralatan dan juga anggota. Ujian yang dapat dijalankan ialah:

a) Lompat menegak / Vertical jump - ujian ini untuk mengenalpasti pelumba sprinter.

b) Satu lompatan jauh/ One flop - ujian ini ini juga untuk mengenalpasti pelumba sprinter.

c) Lari ulang-alik/ Shuttle run - ujian ini untuk mengenalpati pelumba endurance.

2) Tayangan video bebrapa kejohanan track yang disertai oleh pelumba Malaysia.

3) Teknik dan kemahiran kayuhan basikal - aktiviti ini terpaksa dilakukan di dalam dewan memandangkan hujan turun di sebelah petang. Walaubagaimana pun aktiviti berjalan lancar.

Majlis penutupan klinik Berbasikal ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis En. Mohamad Azahari b. Ramli lebih kurang jam 5.30 petang.

Sekian lapuran dari saya di hari kedua (Terakhir) klinik berbasikal ini.

Suod Hussain
Jurulatih Pelapis Kebangsaan
Majlis Sukan Negara
Malaysia.

Sunday, October 21, 2012

Thailand Open Shooting Championships 2012

Hari Keenam

Tarikh: 20 Okt 2012
Hari: Sabtu

Keputusan bagi acara semalam:-

50m Rifle Prone (M)
(2nd. Elimination: kelayakan ke final):
Tempat ke-7: Muhd. Lutfi-585
Tempat ke-9: Razi Aizat-584
Tempat ke-12: Muhd. Hassanul Azhar-580
(Muhd. Lutfi layak ke final)

50m Rifle Prone (M)-Akhir:
1.Auttapon (THA)-694.8
2.Supalerk (THA)-688.9
3.Lin Aung (MYA)-686.7
(Tempat ke-6: Muhd. Lutfi-685.7)

50m Rifle Prone (M)-Team:
1.Kubota Udon-1752
2.Vietnam-1741
3.Singapore-1733
(Tempat ke-4: MAS-1731)

25m Sport Pistol (W)
(Kelayakan awal):
Tempat ke-2: Alia Sazana-571
Tempat ke-6: Nur Zunaira-564
Tempat ke-8: Nurul Fatihah-555
(Ketiga-tiga layak ke final)

25m Sport Pistol (W)-Final:
1.Tanyaporn (THA)-778.6
2.Alia Sazana (MAS)-771.9
3.Naphasswan (THA)-771.3
(Tempat ke-5: Nur Zunaira-766.7)
(Tempat ke-8: Nurul Fatihah-748.9)

25m Sport Pistol (W)-Team:
1.MAS-1690
2.White Devil (THA)-1685
3.SIN-1668


Hari Ketujuh

Tarikh: 21 Okt 2012
Hari: Ahad

50m Rifle Prone (W):
1.Vitchuda (THA)-587
2.Aina Zahiran (MAS)-586
3.Kanokpit (Ubonratchatani)-584

25m Rapid Fire Pistol (M)
(Kelayakan Awal):
Tempat ke-3: Muhd. Wisnu-550
Tempat ke-6: Liew Tack Fai-552
(Kedua-dua layak ke final)

25m Rapid Fire Pistol (M)-Final:
1.Bui Quang (VIE)-575
2.Sukhonpanich (THA)-561
3.Kieu Thanh Tu (Vie)-559
(Tempat ke-4: Liew Tack Fai-552
(Tempat ke-6: Muhd. Wisnu-560

Laporan disediakan oleh:
norjihan


Thursday, October 18, 2012

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan bawah 16 tahun

Tarikh.   : 18 Oktober 2012

Masa      : 5 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Sembilan

Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Bawah 16 tahun dipengerusikan oleh Hj. Adzhar Derani. Kemudian diikuti dengan taklimat pertandingan oleh Pengarah Pertandingan iaitu En. Rosyam Ahmad. Pertandingan ini juga merupakan salah satu platform bagi pemilihan atlet yang berpotensi untuk disenarai pendek ke kem latihan YOG. Jumlah penyertaan pada kejohanan kali ini adalah seramai 72 orang. Pecahan penyertaan mengikut jantina adalah 53 lelaki dan 19 wanita.

Laporan di sediakan oleh:
ADAM BIN SHAZAN AMIR

Thailand Open Shooting Championships 2012

Hari Ketiga

Tarikh : 17 Okt 2012
Hari : Rabu

Kontigen Malaysia bertolak dari hotel pada jam 7am (waktu tempatan) dan sebaik sahaja sampai di lapangsasar, mereka yang terlibat untuk acara pada hari ini terus mempersiapkan diri.  Antara atlet yang akan mengambil bahagian adalah Muhd. Hassanul Azhar Badrin, Zul Haziq Rosli dan Razi Aizat Adzha untuk acara 10m Air Rifle (individu & team) dan bagi acara seterusnya adalah Choo Wen Yan, Muhd. Wisnu Awaluddin dan Abd. Hadi Abd. Malik untuk acara 50m Free Pistol (individu & team).  Walau bagaimanapun untuk acara 50m free pistol ini terdapat kategori elimination 1 dan 2 (saringan) dan elimination kedua (separuh akhir) dan final akan dibawa pada esok hari iaitu 18hb Oktober.

Tepat pada jam 9am (waktu tempatan) acara 50m free pistol telah dimulakan dengan elimination 1 yang melibatkan Choo Wen Yan dan Muhd. Wisnu dan elimination 2 dimulakan pada jam 11.30am (waktu tempatan) yang disertai oleh Abd. Hadi.  Ketiga-tiga atlet Malaysia ini telah berjaya masuk ke separuh akhir pada keesokan harinya dan bagi acara team pula, mereka telah menjaya berada di tempat yang kedua.

Jam 11.30am (waktu tempatan) acara 10m air rifle telah dijalankan dan seorang atlet kita iaitu Razi Aizat telah berjaya masuk ke final yang akan dijalankan pada hari ini juga.

Sebaik sahaja tamat acara hari ini, perjumpaan telah diadakan di range untuk perancangan hari seterusnya dan kontigen pulang ke hotel pada jam 5.30pm (waktu tempatan)

Acara yang bakal dipertandingan esok yang melibatkan kontigen Malaysia adalah :-

1. 50m Free Pistol (M)
   - elimination kedua
   (separuh akhir) dan akhir

Berikut adalah keputusan untuk hari ini.

10m Air Rifle (ind):
1. Sergey Kruglov (RUS)-698.4
2. Varawut (THA)-695.3
3. Veerawat (THA)-688
(Tempat ke-8 : Razi Aizat-679.4)

10m Air Rifle (team):
1. Kubota Udon A-1751
2. USSDA-1741
3. Kubota Udon B-1737
4. MAS-1733

50m Free Pistol (team):
1. SIN-1606
2. MAS-1543
3. Nakrosawan C-1541

Laporan disediakan oleh:
Norjihan

Wednesday, October 17, 2012

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN PERIODISASI 2013

Sebagaimana amalan yang dipraktikkan oleh Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara, semua jurulatih dibawah program akan merangka pelan periodisasi atlet untuk tahun hadapan. Kali ini, program ini telah diadakan pada 18 - 18 Oktober 2012 di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara.

Semua jurulatih dibawah program Elit dan Pelapis diwajibkan hadir dan turut dijemput adalah wakil-wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan serta Institut Sukan Negara untuk bersama-sama membantu menyiapkan pelan ini.

Hari pertama ( hari ini ) adalah melibatkan sebanyak 8 jenis sukan iaitu Akuatik, Badminton, Berbasikal, Karate, memanah, Olahraga, Skuasy dan Gimnastik. Manakala untuk sesi pada keesokan harinya pula adalah melibatkan sebanyak 10 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Tenpin Boling, Lawn Bowls, Menembak, Pelayaran, Sepaktakraw, Taekwondo, Tinju, Hoki (L) dan Wushu.






MALAYSIA BOLEH!!!