Thursday, October 25, 2012

LAWATAN KERJA DARIPADA MSN PERAK

Salam

Dimaklumkan bahawa, pihak Cawangan Pelapis telah berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Tuan Pengarah & Pegawai MSN Perak pada jam 11.30 pagi tadi.

Kehadiran daripada MSN Perak melibatkan:

1. Y.Brs En. Johari Sham b. Ahmad Shohor Affendi
Pengarah MSN Perak

2. Tn Hj Mazlan b. Dato' Hj Mohammad
Timbalan Pengarah MSN Perak

3. Puan Normala Rashid
Ketua Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sukan MSN Perak

4. En. Zulkiple Alang Ibrahim
Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan MSN Perak

5. Tuan Hj. Zainuddin Zakaria
Ketua Bahagian Perubatan Sukan MSN Perak

6. En. Faitzul Anuar Hashim
Ketua Unit SUKMA MSN Perak

7. En. Shanker a/l Retinam
Ketua Unit Sains Sukan MSN Perak

8. En Zahrul Anuar Uzaili
Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTN Perak

Dikesempatan ini, pihak saya mewakili Cawangan Pelapis bersama Pn Rohaizah Hanim, En Megat Ahmad Kushairy & Pn Norfadilah telah menerangkan serba sedikit pelaksanaan Program Latihan Atlet dibawah Program Pelapis yang mana menjurus juga kepada perhubungan & kerjasama dengan MSN Perak melalui USPTN Perak.

Melalui perbincangan ini, pihak Tuan Pengarah MSN Perak amat berbesar hati dengan taklimat yang telah diberikan dan berjanji akan meneruskan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Majlis melalui Program Pelapis Negeri ini, agar akan dapat meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet Negeri Perak khususnya di SUKMA yang akan datang.

Perbincangan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seterusnya Tuan Pengarah MSN Perak telah mengadakan kunjungan hormat bersama Y.Bhg Dato' Seri Zolkples Embong pada jam 3.00 petang.

Harap maklum dan terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.