Wednesday, October 17, 2012

Thailand Open Shooting Championships 2012

Hari Kedua

Tarikh : 16 Okt 2012
Hari : Selasa

Kontigen bertolak dari hotel pada jam 9am (waktu tempatan) dan sampai sahaja di lapangsasar mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan senjata (firearms & equitment control).  Selesai sahaja pemeriksaan senjata, mereka ke bahagian acara masing-masing untuk menjalani PET (Pree Event Training) sehingga jam 2.30pm (waktu tempatan).  

Pada jam 2.30 pula mesyuarat untuk teknikal dan pengurus pasukan telah dijalankan dan ia dipengerusikan oleh Dr. Auchai Kanjanapitak - Sec. General Thailand dan aktiviti hari ini diakhiri dengan jamuan ringan sebagai tanda 'selamat datang' kepada semua kontigen yang terlibat.  Selepas pulang ke hotel, atlet semua diminta untuk berehat dan satu lagi perjumpaan diadakan pada jam 9pm (waktu tempatan) di bilik jurulatih bagi memastikan pergerakan esok berjalan dengan lancar.

Acara yang bakal dipertandingan esok yang melibatkan kontigen Malaysia adalah :-
1. 10m Air Rifle (M)
2. 50m Free Pistol (M)
   - Elimanation 1 & 2 (saringan)

Laporan disediakan oleh:
Norjihan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.