Thursday, October 18, 2012

Thailand Open Shooting Championships 2012

Hari Ketiga

Tarikh : 17 Okt 2012
Hari : Rabu

Kontigen Malaysia bertolak dari hotel pada jam 7am (waktu tempatan) dan sebaik sahaja sampai di lapangsasar, mereka yang terlibat untuk acara pada hari ini terus mempersiapkan diri.  Antara atlet yang akan mengambil bahagian adalah Muhd. Hassanul Azhar Badrin, Zul Haziq Rosli dan Razi Aizat Adzha untuk acara 10m Air Rifle (individu & team) dan bagi acara seterusnya adalah Choo Wen Yan, Muhd. Wisnu Awaluddin dan Abd. Hadi Abd. Malik untuk acara 50m Free Pistol (individu & team).  Walau bagaimanapun untuk acara 50m free pistol ini terdapat kategori elimination 1 dan 2 (saringan) dan elimination kedua (separuh akhir) dan final akan dibawa pada esok hari iaitu 18hb Oktober.

Tepat pada jam 9am (waktu tempatan) acara 50m free pistol telah dimulakan dengan elimination 1 yang melibatkan Choo Wen Yan dan Muhd. Wisnu dan elimination 2 dimulakan pada jam 11.30am (waktu tempatan) yang disertai oleh Abd. Hadi.  Ketiga-tiga atlet Malaysia ini telah berjaya masuk ke separuh akhir pada keesokan harinya dan bagi acara team pula, mereka telah menjaya berada di tempat yang kedua.

Jam 11.30am (waktu tempatan) acara 10m air rifle telah dijalankan dan seorang atlet kita iaitu Razi Aizat telah berjaya masuk ke final yang akan dijalankan pada hari ini juga.

Sebaik sahaja tamat acara hari ini, perjumpaan telah diadakan di range untuk perancangan hari seterusnya dan kontigen pulang ke hotel pada jam 5.30pm (waktu tempatan)

Acara yang bakal dipertandingan esok yang melibatkan kontigen Malaysia adalah :-

1. 50m Free Pistol (M)
   - elimination kedua
   (separuh akhir) dan akhir

Berikut adalah keputusan untuk hari ini.

10m Air Rifle (ind):
1. Sergey Kruglov (RUS)-698.4
2. Varawut (THA)-695.3
3. Veerawat (THA)-688
(Tempat ke-8 : Razi Aizat-679.4)

10m Air Rifle (team):
1. Kubota Udon A-1751
2. USSDA-1741
3. Kubota Udon B-1737
4. MAS-1733

50m Free Pistol (team):
1. SIN-1606
2. MAS-1543
3. Nakrosawan C-1541

Laporan disediakan oleh:
Norjihan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.