Wednesday, March 30, 2011

Latihan atlet olahraga KONI Sumatra (Medan) di Majlis Sukan Negara

Seramai 5 atlet olahraga dan seorang jurulatih dari Medan tiba di Majlis Sukan Negara hari ini (29 Mac 2011). Atlet yang tiba terdiri dari atlet-atlet bagi acara jarak sederhana / jauh serta atlet acara pecut manakala jurulatih yang mengiringi mereka adalah bekas pelari pecut terkenal dari Indonesia, Mardi Lestari. Seorang lagi atlet dijangka tiba di Bukit Jalil pada bulan April nanti.

Atlet-atlet ini akan berlatih bersama atlet-atlet elit serta pelapis dan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih Pelapis Kebangsaan. Kehadiran mereka merupakan hasil dari kerjasama erat di antara Majlis Sukan Negara dan Koni Sumatra dan juga pengiktirafan kepada kemudahan sukan yang ada di Majlis Sukan Negara dan jurulatih-jurulatih pelapis.

Mereka dijangka menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan olahraga wilayah Sumatra pada bulan Jun dan selepas kejohanan tersebut, mereka akan kembali untuk terus menjalani latihan di Bukit Jalil.


Harun Osman






Sunday, March 27, 2011

Hari terakhir Kej. Angkat Berat Terbuka Selangor 2011 update





Tarikh. : 27 Mac 2011
Masa : 11.30 pg-12:30 tengahari
Tempat : Dewan Kompleks Sukan
Bandar Baru Bangi

Pada acara clean and jerk berlangsung jam 11.30 pg
Berikut adalah keputusan kejohanan.

Kat 85 kg lelaki (clean & jerk)

1. Emas-Mohd Hafiz(atm)
Angkatan 143 kg
2. Perak-Shahrulzuan(kl)
Angkatan 136 kg
3.Gangsa-tiada pemenang

Kat 94 kg lelaki (clean & jerk)

1. Emas-Mohd Yuzaimi(mlk)
Angkatan 145kg
2.Perak-tiada pemenang
3.Gangsa-tiada pemenang

Kat 105 kg bwh lelaki(clean&jerk)

1.Emas-Mohd Zafril(atm)
Angkatan 170 kg
2.Perak-Jerry Nonong(sbh)
Angkatan 148 kg
3. Elisha Loius Tan Kim Ho(sbh)
Angkatan 147kg

Kat 105 kg ats lelaki(clean & jerk)

1.Emas-Abd Azim(atm)
Angkatan-170 kg
2.Perak-Mohd Syafiq
Angkatan 165 kg
3.Gangsa-Khoo Jian Peng(kdh)
Angkatan-160 kg

Acara hari ini tamat jam 12:30 tengahari dan diteruskan dengan upacara penyampaian pingat kepada pemenang.

Sekian
Syamsul afzan melaporkan dari Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi

Hari terakhir Kej. Angkat Berat Terbuka Selangor 2011




Tarikh. : 27 Mac 2011
Masa : 10.00 pg-11:30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sukan
Bandar Baru Bangi

Pada sesi pagi bermula jam 10:00 pagi, 4 acara telah dipertandingkan iaitu acara 85 kg lelaki ,94 kg lelaki,105 kg bwh lelaki dan 105 kg ats lelaki.

Berikut adalah keputusan kejohanan.

Kat 85 kg lelaki (snatch)
Penyertaan 3 atlet

1. Emas- Mohd Hafiz (atm)
Angkatan 120 kg
2.Perak-Shahrulzuan(kl)
Angkatan 113 kg
3.Gangsa- Azwan Ali Baderan(sel)
Angkatan 106 kg

Kat 94 kg lelaki (snatch)
Penyertaan 4 atlet

1. Emas- Mohd Dyzul(kl)
Angkatan 121 kg
2.Perak-Mohd Yuzaimi(mlk)
Angkatan 120 kg
3.Gangsa-Mohd Nur Amin(atm)
Angkatan 111 kg

Kat 105 kg bwh lelaki(snatch)
Penyertaan 4 atlet

1.Emas-Mohd Zafril(atm)
Angkatan 132 kg
2.Perak-Rahimi Rahim(atm)
Angkatan 131 kg
3.Gangsa-Jefrry Nonong(sbh)
Angkatan 126 kg

Kat 105 kg ats lelaki(snatch)
Penyertaan 3 atlet

1.Emas-Abd Azim(atm)
Angkatan-135 kg
2.Perak-Mohd Syafiq (sel)
Angkatan 131 kg
3.Gangsa-Khoo Jian Peng(kdh)
Angkatan 115 kg

Acara hari ini tamat jam 11:30 tengahari dan diteruskan dengan acara clean and jerk.

Sekian
Syamsul afzan melaporkan dari Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi

Hari ketiga Kej. Angkat Berat Terbuka Selangor 2011(pelapis serantau)




Tarikh. : 26 Mac 2011
Masa : 4.00 ptg-6:00 ptg
Tempat : Dewan Kompleks Sukan
Bandar Baru Bangi

Pada hari ketiga kejohanan dimulakn pada jam 4:00 ptg, tiga acara telah dipertandingkan iaitu acara 69 kg wanita, 75 kg wanita dan + 75 kg wanita. Bagi kategori 69 kg wanita,2 atlet pelapis serantau bertanding. Nokhasida terpaksa akur di tempat kedua acara snatch dan clean & jerk kepada atlet elit iaitu Nurul Farhana yang mewakili ATM pada kejohanan ini

Berikut adalah keputusan atlet pelapis serantau pada kejohanan hari ketiga:

Kat 69 kg wanita (snatch)
Penyertaan 6 atlet

1.Perak-Norkhasida Abd Halim(ps/jhr)
Angkatan 71 kg
2. Tempat ke 4- Norshahida Abd halim
(ps/johor)
Angkatan 66 kg

Kat 69 kg wanita (clean & jerk)

1. Perak-Norkhasida Abd Halim(ps/jhr)
Angkatan 96 kg
2. Tempat ke 4-Norshahida Abd Halim.
(ps/jhr)
Angkatan 80 kg

Petang ini merupakan hari terakhir penyertaan atlet pelapis serantau. Bagi kejohanan ini, hari terakhir (27 Mac 2011) bermula pada sebelah jam 10:00am bagi acara 85 kg lelaki,94 kg lelaki, 105 kg bwh lelaki dan 105 kg atas lelaki

Sekian
Syamsul Afzan melaporkan dari Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Friday, March 25, 2011

Hari kedua Kej. Angkat Berat Terbuka Selangor 2011(update)

Tarikh. : 25 Mac 2011
Masa : 4.30 ptg-6:00 ptg
Tempat : Dewan Kompleks Sukan
Bandar Baru Bangi

Pada sesi petang bermula jam 4:30 ptg, dua acara telah dipertandingkan iaitu acara 69 kg lelaki dan 77 kg lelaki. Pada acara 69 kg lelaki,atlet elit yang mewakili Terengganu iaitu Mohd Hafifi Mansor cuba untuk memecahkan rekod kebangsaan milik beliau sendiri bg clean & jerk dari 169 kg (rekod kebangsaan) kepada 170 kg.Namun rekod tersebut gagal dipecahkan.

Berikut adalah keputusan semasa bagi KAT 69 kg lelaki dan 77 kg lelaki sehingga jam 6:00 ptg.

Kat 69 kg lelaki (snatch)
Penyertaan 7 atlet

1. Emas- Mohd Hafifi Mansor(phg)
Angkatan 133 kg
2.Perak-Mohd Fauzi Hasibulah(atm)
Angkatan 120 kg
3.Gangsa-Mohd Faerul Talib (atm)
Angkatan 118 kg

Kat 69 kg lelaki (clean & jerk)

1. Emas-Mohd Fauzi Hasibulah(atm)
Angkatan 150 kg
2. Perak-Mohd Faerul Talib(atm)
Angkatan 146 kg
3.Gangsa-Amir Firdaus Abas(n9)
Angkatan 120kg

Kat 77 kg lelaki (snatch)
Penyertaan 4 atlet

1. Emas- Zulkifli Che Ros(atm)
Angkatan 120 kg
2.Perak-Ku Mohd Yuzir Ku Ibrahim
(Ked)
Angkatan 114 kg
3.Gangsa-Lawrang Bell(sbh)
Angkatan 110 kg

Kat 77 kg lelaki (clean & jerk)
1. Emas-Zulkifli Che Ros(atm)
Angkatan 150kg
2.Perak-Kenneth Cory(ps/sabah)
Angkatan 145 kg
3.Gangsa-Lawrang Bell(sbh)
Angkatan 136 kg

Acara bagi petang ini tamat jam 6:0 ptg dan pada hari ketiga(26 Mac 2011) akan bermula pada sebelah petang jam 4:00 pm bagi acara 69 kg wanita, 75 kg wanita dan +75 kg wanita.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hari kedua Kej. Angkat Berat Terbuka Selangor 2011

Tarikh. : 25 Mac 2011
Masa : 10 pagi-11.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Sukan
Bandar Baru Bangi

Hari kedua kejohanan mempertandingkan acara 58 kg wanita, 63 kg wanita, 69 kg lelaki dan 77 kg lelaki. Pada sesi pagi dua acara telah dipertandingkan iaitu acara 58 kg wanita dan 63 kg wanita. Dalam acara 58 kg wanita menampakkan penguasaan atlet pelapis serantau iaitu Freancy titus(ps/sabah) menewaskan atlet pelapis kebangsaan iaitu Elyone Matin untuk acara snatch dan Hasliza Sabani untuk acara clean and jerk.

Berikut adalah keputusan semasa bagi KAT 58 kg wanita dan 63 kg wanita sehingga jam 11.30 pagi.

Kat 58 kg wanita (snatch)

1. Emas-Raihan Yusuf(atm)
Angkatan 70 kg
2.Perak-Freancy Titus(ps/sabah)
Angkatan 70 kg
3.Gangsa-Elyone Matin (kl)
Angkatan 68 kg

Kat 58 kg wanita (clean & jerk)

1. Emas-Raihan Yusof(atm)
Angkatan 88 kg
2. Perak-Freancy Titus(ps/sabah)
Angkatan 86 kg
3.Gangsa-Hasliza Sabani(pahang)
Angkatan 81 kg

Kat 63 kg wanita (snatch)

1. Emas- Khairani Abd Malek(ps/jhr)
Angkatan 70 kg
2.Perak-Shafia Irawanie(kel)
Angkatan 56 kg
3.Gangsa-Elyonica Matin(kl)
Angkatan 55 kg

Kat 63 kg wanita (clean & jerk)

1. Emas-Khairani Abd Malek(ps/jhr)
Angkatan 87 kg
2.Perak-Elyonica Matin(kl)
Angkatan 69 kg
3.Gangsa-Nuramyza Ismail(kel)
Angkatan 68 kg

Acara bagi petang ini pada jam 4.30 ptg melibatkan acara 69 kg lelaki dan 77 kg lelaki.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARI PERTAMA - KEJOHANAN ANGKAT BERAT SIRKIT KEBANGSAAN 2011 (TERBUKA SELANGOR)






Hari pertama kejohanan bermula pada pukul 10.00 pagi dengan dimulakan bagi acara 48 kg wanita dan 53 kg wanita (10.00 pagi), 56 kg lelaki (1.00 tgh) dan 63 kg lelaki (4.00 ptg). Seramai 24 atlet menyertai kejohanan pada hari pertama ini. Acara tumpuan pada hari pertama ini adalah 62 kg lelaki dimana dua jaguh angkat berat iaitu Amirul Hamizan (Pahang) dan Arrico Jumith (ATM) berentap bagi merebut gelaran juara pada kejohanan pertama dalam tahun ini. Walaubagaimanapun, Arrico Jumith terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya dengan memberikan laluan mudah buat Amirul Hamizan merangkul juara bagi acara 62 kg.

Berikut adalah keputusan kejohanan untuk hari ini


48 KG / 3 atlet
Snatch
1. Nur Niada Nordin (KED) 68 KG
2. Azizah Fadzil (PP) 65 KG
3. Nur Annis Azemi (ATM): 53 KG

Clean and Jerk
1. Azizah Fadzil (PP) 85 KG
2. Nur Niada Nordin (KED) 79 KG
3. Nur Annis Azemi (ATM) 60 KG

53 KG / 5 atlet
Snatch
1. Sh.Inani Najwa (ATM) 68 KG
2. Siti Nasrah (KEL) 53 KG
3. Sahsheladewi (P.P) 53 KG
4. Asma Suriani (KEL) 52 KG
5. Nur Aisyah (KED) 50 KG

Clean and Jerk
1. Sh.Inani Najwa (ATM) 80 KG
2. Siti Nasrah (KEL) 71 KG
3. Sahsheladewi (P.P) 68 KG
4. Asma Suriani (KEL) 66 KG
5. Nur Aisyah (KED) 59 KG

56 KG / 8 atlet
Snatch
1. Mohd Shafiq (ATM) 107 KG
2. Mohd Anas (KED) 101 KG
3. Muhamad Hanif (KED) 99 KG
4. Fazli Dollah (KEL) 95 KG
5. Zulhelmi (P.P) 95 KG
6. Nasruddin (PAH) 93 KG
7. Lester Avin (SAB) 87 KG
8. Mohd Tramizi (ATM) -

Clean and Jerk
1. Mohd Shafiq (ATM) 130 KG
2. Mohd Tramizi (ATM) 126 KG
3. Mohd Fadzli Dollah (KEL) 120 KG
4. Zulhelmi (P.P) 120 KG
5. Mohd Anas (KED) 120 KG
6. Muhamad Hanif (KED) -
7. Nasruddin (PAH) -
8. Lester Avin (SAB) -

62 KG / 8 atlet
Snatch
1. Amirul Hamizan (PAH) 115 KG
2. Mohd Dinie Akmal (KED) 105 KG
3. Mohd Fadhli Ahmad (MEL) 102 KG
4. Mohd Azril (PAH) 97 KG
5. Arico Jumith (ATM) -
6. Rahiman Kaneson (ATM) -
7. Mohd Solehin (KED) -
8. Amirul (NS) -

Clean and Jerk
1. Amirul Hamizan (PAH) 250 KG
2. Mohd Dinie Akmal (KED) 125 KG
3. Mohd Fadhli Ahmad (MEL) 121 KG
4. Mohd Azril (PAH) 117 KG
5. Mohd Solehin (KED) 110 KG
6. Arico Jumith (ATM) -
7. Rahiman Kaneson (ATM) -
8. Amirul (NS) -

Hari Kedua (Jumaat 25 Mac 2011) akan bermula pada pukul 10.00 pagi

Sekian, laporan ringkas hari pertama dari Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Thursday, March 24, 2011

Kejohanan Angkat Berat Terbuka Selangor 2011. (pelapis serantau)

Tarikh. : 24 Mac 2011
Masa : 10:20 pagi- 5:15 ptg
Tempat : Dewan Kompleks Sukan Bangi

Hari pertama kejohanan mempertandingkan acara 48 kg wanita, 53 kg wanita, 56 kg lelaki dan 63 kg lelaki. Penyertaan atlet pelapis serantau melibatkan acara 53 kg wanita, 56 kg lelaki dan 63 kg lelaki

Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi 3 atlet pelapis serantau:-

Kategori 53 kg wanita(5 peserta)

1. Shasheladevi a/p Elangeswaran
(ASZS)
Snatch: 53 kg C & J : 68 kg
Gangsa snatch dan C & J.

Kategori 56 kg lelaki (8 peserta)

1. Zulhelmi bin Md Pisol (ASZU)
Snatch : 95 kg C & J : 120 kg
Tempat ke 5 snatch dan tempat ke 4
C & J

Kategori 62 kg lelaki (8 peserta)

1.Mohd Fadhli bin Ahmad (ASZS)
Snatch : 102 kg C & J : 121 kg
Gangsa snatch dan C & J

Keseluruhan pingat yang diperolehi adalah 4 gangsa dan pada hari kedua kejohanan (25 Mac 2011) , melibatkan penyertaan atlet pelapis serantau seramai 3 orang iaitu Freancy Titus (58 kg wanita), Khairani Abdul Malek (63 kg wanita) dan Kenneth Cory (77 kg lelaki)

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERBUKA SELANGOR 2010: UPDATE




Salam

Berikut disertakan keputusan bagi 3 kategori umur yang telah dipertandingkan sehingga jam 2.30pm ini:

Keputusan yang saya berikan adalah untuk TOTAL sahaja manakala pingat diberikan mengikut acara snatch & clean & jerk sahaja.

Kat 48kg wanita (3 atlet shj):
1. Azizah Fadzil (PP): s-65, cj-85 & T-150kg.
2. Nur Niada Nordin (KED): s-68, cj-79 & T-147kg.
3. Nur Annis Azemi (ATM): s-53, cj-60 & T-113kg.

Kat 53kg wanita (5 atlet):
1. Sh Inani Najwa: s-68, cj-80 & T-148kg
2. Siti Nasrah (KEL): s-53, cj-71 & T-124kg
3. Sahsheladewi (PS/PP): s-53, cj-68 & T-121kg

Kat 56kg lelaki (8 atlet shj):
1. Mohd Shafiq (ATM): s-107, cj-130 & T-237kg.
2. Mohd Anas (KED): s-101, cj-120 & T-221kg.
3. Mohd Fadzli Dollah (KEL): s-95, cj-120 & T-215kg.

Terima kasih.

Kejohanan Angkat Berat Terbuka Selangor 2011







Persatuan Angkat Berat Selangor dengan kerjasama Persatuan Angkat Berat Malaysia sedang menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan seperti berikut :

Tarikh : 24-27 Mac 2011
Tempat : Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi

Kejohanan ini adalah kejohanan yang pertama dalam kalender PABM bagi tahun ini .Pada hari ini, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 5.00 petang di bilik mesyuarat Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi dan telah di pengerusikan oleh Setiausaha Eksekutif PABM iaitu Tuan Haji Adzhar Derani.Setelah pengesahan pasukan dan kategori dibuat, seramai 79 orang peserta terlibat pada kejohanan pada kali ini.

Berikut adalah acara-acara yang akan dipertandingkan pada hari esok (Khamis) 24 Mac 2011 :

9.00 pagi - 48 KG (Wanita)
11.00 pagi - 56 KG (Lelaki)
2.00 pagi - 53 KG (Wanita)
4.00 pagi - 62 KG (Lelaki)

Jumlah penyertaan mengikut pasukan adalah seperti berikut:-

Tuesday, March 22, 2011

Sarawak's Gymnastic - our future champions in the making

A few pictures from MSSM 13-20.march 2011,Johor,Bandar Penawar
Sarawak won 8 gold,4 silver,10 bronze medals.
I'm glad that you sent us to Sarawak.

Regards Bogomil n Gergana








Congratulation to Sarawak gymnast and we hope more success will be achieved by our dedicated coaches, gymnast, staff and parents.

Kursus Kenegaraan (BTN)

Salam 1 Malaysia
Seramai 51 orang atlet Pelapis terdiri dari 31 atlet lelaki dan 20 atlet wanita menyertai Kursus Kenegaraan yang dianjurkan oleh pihak Cawangan Hal Ehwal Atlet dengan kerjasama pihak Biro Tata Negara (BTN) di pusat rekreasi Gunung Datuk N. Sembilan. Tujuan diadakan kursus sebegini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni serta jati diri terhadap kesetian dan kecintaan kepada negara dalam konteks kesukanan agar atlet dapat merasakan setiap pengorbanan, amanah dan rasa bertanggungjawab kepada negara dalam memastikan Malaysia terus cemerlang dalam bidang sukan dimasa-masa akan datang.
Kursus yang bermula pada hari ini 22 sehingga 25 Mac 2011 menghimpukan atlet dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Sekian Izuwan Hj Arifin melaporkan dari MSN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 21, 2011

Hari Terakhir-Kejohanan Lumba Basikal Trek PLN sir 01/11



Hari ini merupakan hari terkahir Kejohanan Berbasikal Trek PLN 01/11 dimana melibatkan semua acara-acara separuh akhir dan akhir. Berikut adalah keputusan kejohanan yang telah berakhir pada hari ini:-

10KM POINT RACE LELAKI 16-18 TAHUN
1.Ahmad Fahmi Farhan bin Ahmad Fuad Ak. Serantau Z. Utara 11 mata
2.Sofian Nabil Omar bin Mohd Bakri Pelapis K'saan 8 mata
3.Ahmad Azri b. Ahmad Terengganu
7 mata


6KM POINT RACE WANITA 16-23 TAHUN
1.Ju Pha a/p Som Net Pelapis K'saan/Perlis 10 mata
2.Nurul Nadia Mohamad Fauzi Pelapis K'saan/Pahang 6 mata
3.Ummi Hamimah Mohamad Pelapis K'saan/Terengganu 6 mata

10KM POINT RACE LELAKI 19 TAHUN KE ATAS
1.Mohd Elmi Jumari Pelapis K'saan/ 20 mata
2.Abdul Rashid bin Ibrahim Ak. Serantau Z. Utara 13 mata
3.Mohd Ekbar b. Zaman Huri Pelapis Serantau Ipoh 11 mata

KEIRIN LELAKI 19 TAHUN KE ATAS
1.Mohd Fakhruddin Daud Pelapis K'saan/Johor
2.Mohd Fattah Amri Zaid Pelapis K'saan/Kedah
3.Mohamad Hafiz b. Mohamed Sufian
MSN Elite


KEIRIN LELAKI 16-18 TAHUN
1.Mohd Hazmer b. Aziman Pelapis K'saan
2.Sofian Nabil Omar bin Mohd Bakri Pelapis K'saan
3.Hamdan Hamidun
Pelapis K'saan


ELIMINATION RACE WANITA BAWAH 15 TAHUN
1.Farina Shawati bt Mohd Adnan Selangor
2.Rosnina ak Minggi Sarawak
3.Nur Azerina bt Ahmad Jumri Sarawak

ELIMINATION RACE LELAKI BAWAH 15 TAHUN
1.Mohd Afiq Huznie b. Othman Terengganu
2.Muhammad Firdaus b. Mohd Zonis PLN Selangor
3.Mohammad Najmuddin b. Ab Ghani Terengganu

ELIMINATION RACE WANITA 16-23 TAHUN
1.Nur Ain Mahmood Terengganu
2.Nurul Nadia Mohamad Fauzi P. K'saan/Pahang
3.Ummi Hamimah Mohamad P. K'saan/Terengganu

500M TIME TRIAL WANITA BAWAH 15 TAHUN
1.Farina Shawati bt Mohd Adnan Selangor 43,773
2.Nurjeha Iwani Roslan ASZU 44,727
3.Nurkhairunnisatul Aina bt Mohd Fadli Selangor 45,452

500M TIME TRIAL LELAKI BAWAH 15 TAHUN
1.Muhammad Firdaus b. Mohd Zonis PLN Selangor 36,647
2.Mohd Afiq Huznie b. Othman Terengganu 38,491
3.Mohammad Najmuddin b. Ab Ghani Terengganu 38,572

1KM UJIAN MASA LELAKI 16-18 TAHUN
1.Hamdan Hamidun Pelapis K'saan 1:12.607
2.Mohd Hazmer b. Aziman Pelapis K'saan 1:15.133
3.Muhamad Naimi b. Ngah Pelapis Serantau/Terengganu 1:16.311

500M UJIAN MASA WANITA 16-23 TAHUN
1.Lauretta Eva Adrian Pelapis K'saan/Sabah 40,859
2.Nur Suhada bt Zainal Terengganu 40,880
3.Zahraa Anuwar Terengganu
40,917


1KM TIME TRIAL LELAKI 19 TAHUN KE ATAS
1.Mohd Elmi Jumari P.K'saan/ 1:09.596
2.Mohd Fakhruddin Daud P.K'saan/Johor 1:14.505
3.Mohd Fattah Amri Zaid P.K'saan/Kedah 1:14.678

Taburan pingat mengikut pasukan adalah seperti berikut:-



Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.