Friday, March 4, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN KEJ MEMANAH TERBUKA ATM DAN SIRKIT KEBANGSAAN SIRI 1/2011

Seramai 6 atlet Pelapis Kebangsaan (PK) menyertai Kej Memanah Terbuka ATM dan Sirkit Kebangsaan Siri 1/2011 yang berlangsung di Stadium KEMENTAH, Kuala Lumpur pada 2-6 Mac 2011. Pasukan PK hanya menyertai acara recurve lelaki sahaja. Seramai 98 atlet / 28 pasukan mengambil bahagian dlm acara ini. Penyertaan keseluruhan adalah 251 atlet yg merupakan rekod penyertaan terbesar dalam siri kejohanan memanah kebangsaan. Satu2nya pasukan negeri yang tidak menghantar penyertaan adalah Perlis.

2 Mac 2011
Pendaftaran pasukan bermula jam 8.30 pg. Pemeriksaan peralatan dibuat selepas mesyuarat pengurus2 pasukan jam 10.30 pg. Latihan rasmi diadakan sehingga jam 5.30 ptg.

3 Mac 2011
Pertandingan bagi Recurve (L) diadakan pada sesi pg bermula jam 8.00. Pertandingan single FITA bg jarak 90M & 70M dibuat secara 'back to back' dan tamat jam 1.45 ptg.

Keputusan Individu :

1. Mohd Faris Haziq Shuhaimi - Pel Keb A
90m - 254 (12/98)
70M - 316 (3/98) - PINGAT GANGSA

2. Hezriq Ahmad Merana - Pel Keb B
90m - 261 (10/98)
70m - 301 (9/98)

3. Atiq Bazil Bakri - Pel Keb B
90m - 252 (13/98)
70m - 289 (16/98)

4. Syafiq Izzudin Sulaiman - Pel Keb A
90m - 291 (2/98) - PINGAT PERAK
70M - 283 (24/98)

5. Mohamad Firdaus Ishak - Pel Keb A
90m - 247 (20/98)
70m - 282 (26/98)

6. Nazir Omar - Pel Keb B
90m - 232 (31/98)
70m - 270 (38/98)

Keputusan Acara Berpasukan :

Pel. Keb A
1,673 (3/28)

Pel Keb B
1,605 (6/28)

Ulasan :

1. Kejayaan memenangi 1 Pingat Perak dan 1 Gangsa adalah pencapaian yang baik untuk Mohd Faris dan Syafiq Izzuddin pada hari pertama pertandingan. Dengan kehadiran beberapa bekas atlet kebangsaan dan ramai pemanah2 senior, saingan dalam kejohanan ini adalah agak tinggi.

2. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya atlet2 PK gagal memberikan persembahan yang baik dari aspek skor bagi kedua2 jarak yang dipertandingkan hari ini. Dalam jarak 90m, hanya Syafiq Izzuddin berjaya menunjukkan prestasi agak baik dengan mengumpul 291 mata manakala 5 atlet yang lain hanya mengumpul 261 dan ke bawah. Dalam jarak 70m pula, hanya Mohd Faris dan Hezriq berjaya melepasi 300 mata yang merupakan kelayakan minimum bg kemasukan atlet ke PK. Hampir kesemua atlet PK gagal memperbaiki rekod peribadi masing2.

3. Dlm acara berpasukan, kedudukan mereka masih baik dgn PK A diranking ke-3 dan PK B diranking ke-6. Kedudukan ini diharap dapat dibaiki esok bagi memudahkan mereka melangkah ke semifinal di pgt knock-out acara berpasukan nanti.

3. Prestasi mereka hari ini boleh dianggap tidak mencapai tahap yang sepatutnya sebagai atlet pelapis kebangsaan. Masih banyak kelemahan terutamanya dalam aspek konsistensi dan daya tahan mental yang perlu ditingkatkan.

4. Esok akan berlangsung acara 50m & 30m sebelum memasuki pusingan knock-out hari berikutnya. Diharapkan agar mereka dapat menunjukkan prestasi lebih baik.

5. Saya akan berbincang dengan jurulatih bagi mendapatkan bantuan ISN ke arah memantapkan lagi pasukan ini.

Sekian, terima kasih.







No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.