Wednesday, March 30, 2011

Latihan atlet olahraga KONI Sumatra (Medan) di Majlis Sukan Negara

Seramai 5 atlet olahraga dan seorang jurulatih dari Medan tiba di Majlis Sukan Negara hari ini (29 Mac 2011). Atlet yang tiba terdiri dari atlet-atlet bagi acara jarak sederhana / jauh serta atlet acara pecut manakala jurulatih yang mengiringi mereka adalah bekas pelari pecut terkenal dari Indonesia, Mardi Lestari. Seorang lagi atlet dijangka tiba di Bukit Jalil pada bulan April nanti.

Atlet-atlet ini akan berlatih bersama atlet-atlet elit serta pelapis dan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih Pelapis Kebangsaan. Kehadiran mereka merupakan hasil dari kerjasama erat di antara Majlis Sukan Negara dan Koni Sumatra dan juga pengiktirafan kepada kemudahan sukan yang ada di Majlis Sukan Negara dan jurulatih-jurulatih pelapis.

Mereka dijangka menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan olahraga wilayah Sumatra pada bulan Jun dan selepas kejohanan tersebut, mereka akan kembali untuk terus menjalani latihan di Bukit Jalil.


Harun Osman






No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.