Thursday, March 17, 2011

Laporan Kejohanan Berbasikal Trek PLN Sirkit 01/11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pelapis dengan kerjasama Cawangan
Pengurusan Acara sedang menganjurkan Kejohanan Berbasikal Trek PLN
01/11 bermula pada 16-19 Mac 2011 di Veledrom Cheras, Kuala Lumpur.
Kejohanan ini akan disertai oleh pusat-pusat latihan yang berada
dibawah seliaan Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara iaitu pasukan
dari Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan.
Kejohanan ini juga mengalu-alukan pasukan-pasukan atau mana-mana kelab
yang berminat untuk bersama-sama bersaing di dalam kejohanan ini.

Pada hari ini, mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 5.00
petang di bilik mesyuarat Veledrom dan telah di pengerusikan oleh
Pegawai dari Cawangan Pengurusan Acara iaitu En. Muhamad Ridzuan B.
Mohamad Yunus. Setelah pengesahan pasukan dibuat, seramai 217 orang
peserta dengan pecahan 182 atle dan 35 pegawai telah terlibat pada
kejohanan pada kali ini.

Berikut adalah acara-acara yang akan dipertandingkan pada hari besok 17 Mac 2011

8.30 Pagi
200M Sprint Lelaki 19 Tahun Ke atas
200M Sprint Wanita 16-23 Tahun
200M Sprint Lelaki 16-18 Tahun
200M Sprint Lelaki Bawah 15 Tahun
200M Sprint Wanita Bawah 15 Tahun

4KM Ind. Pursuit Lelaki 19 Tahun ke atas
2KM Ind. Pursuit Wanita 16-23 Tahun
3KM Ind. Pursuit Lelaki 16-18 Tahun
2KM Ind. Pursuit Lelaki Bawah 15 Tahun
2KM Ind. Pursuit Wanita Bawah 15 Tahun

Kesemua acara yang dipertandingkan pada sebelah pagi adalah untuk
pusingan Kelayakan.

2.30 Petang 1/4 Final

200M Sprint Lelaki 19 Tahun Ke atas
200M Sprint Wanita 16-23 Tahun
200M Sprint Lelaki 16-18 Tahun
200M Sprint Lelaki Bawah 15 Tahun
200M Sprint Wanita Bawah 15 Tahun

Tempat Ke 5-8

200M Sprint Lelaki 19 Tahun Ke atas
200M Sprint Wanita 16-23 Tahun
200M Sprint Lelaki 16-18 Tahun
200M Sprint Lelaki Bawah 15 Tahun
200M Sprint Wanita Bawah 15 Tahun

Sekian, laporan dari saya

RASHID RAMLI





No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.