Wednesday, March 16, 2011

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI 1/2011 KUALA TERENGGANU





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA



LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2011 DI LAPANG SASAR MENEMBAK, GONG KUIN, KUALA TERENGGANU
(15 MAC 2011)


Kejohanan Menembak Pelapis Negeri Sirkit 1/2011 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 15 - 17 Mac 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak, Gong Kuin 2, Tok Jembal Kuala Terengganu. Pendaftaran atlet diadakan di lapang asar Menembak bermula dari pagi hingga petang. Jumlah keseluruhan atlet,jurulatih & pegawai seramai 128 orang terdiri daripada 11 pusat latihan dari 11 buah negeri. Pecahan penyertaan atlet sahaja seperti berikut:-

Atlet Lelaki (Air Pistol) - 23 org
Atlet Lelaki (Air Rifle) - 24 org
Jumlah atlet lelaki = 47 org

Atlet Wanita (Air Pistol) - 28 org
Atlet Wanita (Air Rifle) - 26 org
Jumlah atlet wanita = 54 org

Jumlah Keseluruhan ATLET = 101 org

(Pecahan detail mengikut negeri & kategori dilampiran)


Pada sebelah petang, beberapa negeri telah membuat latihan untuk atlet2 mereka yang akan bertanding pada keesokan harinya (16 Mac 2011) bagi Acara Air Rifle (W) dan Air Pistol (L).


Pada sebelah malam, telah diadakan Mesyuarat Pengurus Sukan.

Tempat : Bilik Mesyuarat Lapang Sasar
Tarikh : 15 Mac 2011
Masa : 8.30 mlm - 10.00 mlm

Dihadiri Oleh :-
1. Pengerusi Kejohanan - En Ahadi Othman
2. Ketua Delegasi Teknikal - En Subari Ariffin
3. 2 org Jurulatih Pelapis Kebangsaan - En Mohd Sabki Mohd Din & En Yusri Yusoh
4. Ketua Unit USPTN T'ganu - En A. Zulkifli Mohamad
6. Peg Teknikal/Jurulatih - 18 org
7. SDO Negeri- 4 org
8. Urus Setia Tganu - 3 org

Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ialah:-

1. Masa/Waktu pertadingan -
Mesyuarat bersetuju untuk melewatkan masa mula pertandingan 30 minit dari masa asal jam 9.00 pagi ke jam 9.30 pagi hanya pd keesokan hr shj 16 Mac 2011, memandangkan terdapat banyak negeri yang lewat sampai ptg td dan masih menunggu 2 negeri yg masih belum tiba iaitu Melaka & S'wak (Flight delay)

2. Mesyuarat memutuskan untuk membuka range jam 7.30 pagi untuk mengambil senjata, jeket & lain2 bagi negeri yang lewat tiba dan short training jam 8.00 - 9.30 pagi dibenarkan.

3. Kelayakan peserta pertandingan
- Terdapat perubahan pada tahun lahir bg menyertai pertandingan, dimana mesyuarat telah memutuskan peserta yang akan bertanding lahir pada tahun 1995 - 1999 (berumur 12 tahun tetapi yang sudah memiliki kad pengenalan sahaja).

4. Pembahagian tugas dan teknikal dikalangan jurulatih itu sendiri.

5. Pengangkutan atlet - hanya sabah & sarawak sahaja yang menggunakan kenderaan dari USPTN (telah sediakan bas untuk ambil di penginapan masing2). Lain2 negeri menggunakan kenderaan negeri sendiri ke tempat pertandingan.

6. Penginapan - Kesemua negeri menginap di Homestay yang berdekatan di sekitar dengan lapang sasar menembak.



Sekian, laporan hari pertama daripada saya.

Norishah Sabidi

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.