Thursday, June 30, 2011

Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011.

Tarikh. : 30 Jun 2011
Masa :10:00 am
Tempat : Penang International Sport Arena(PISA)

Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011 membuka tirai kejohanan pada jam 10:00 pagi dengan angkatan bagi kategori 48 kg (wanita)kump B dan dikuti dengan kategori 56 kg (lelaki) kump B pada jam 12:30 tnghari. Pada sebelah ptg berlangsung kategori 48 kg (wanita) jam 3:00 ptg dan kategori 56 kg (lelaki) pada jam 5:00 ptg. Untuk acara pada pagi hari ini disertai oleh 3 atlet Malaysia iaitu bagi kategori 48 kg wanita (Azizah Fadil) dan kategori 56 kg lelaki iaitu (Zulhelmi Md Pisol) dan (Mohd Anas Malek).

Syamsul Afzan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia 2011

29 Jun 2011


Salam 1 Malaysia,

Jamuan makan malam serta perasmian Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia diadakan malam ini (29 Jun 2011) di Hotel Equatorial Pulau Pinang. Majlis ini disempurnakan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Majlis Sukan Negara diwakili oleh Pengarah Bahagian Atlet, En. Ahmad Shapawi Ismail.

Majlis ini berlangsung dalam keadaan agak meriah dengan kehadiran semua pegawai serta atlet-atlet yang mengambil bahagian. Majlis turut diserikan dengan pertunjukan kebudayaan dan pertunjukan fesyen.

Sekian dari Pulau Mutiara.








Tuesday, June 28, 2011

Kejohanan Angkat Berat World Junior 2011



28 Jun 2011

Kejohanan angkat berat "37th Men - 17th Women World Junior Weightlifting Championships" diadakan di Pulau Pinang mulai 28 Jun hingga 7 Julai 2011. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan yang bertaraf tinggi dan merupakan peluang yang amat baik bagi atlet-atlet negara untuk turut bertanding disamping atlet-atlet angkat berat bertaraf dunia. Pendedahan begini amat berharga pada atlet-atlet muda kita.

Seramai 317 atlet dari 53 negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :

1. Albania   2. Armenia   3. Australia   4. Austria   5. Latvia   6. Nauru   7. Tuvalu   8.  Kiribati   9. Papua New Guinea   10. Singapore  11. Dominica Republic   12. Belarus
13. Lithuania   14. Great Britain   15. Tunisia   16. Iraq   17. Slovakia   18. Sweden   19. Moldova   20. Kazakhstan   21. Poland   22. U.S.A.   23. China   24. Malaysia
25. Russia   26. Korea   27. Turkmenistan   28. Indonesia   29. Chile   30. Equador   31. France   32. Vietnam   33. Romania   34. Bulgaria   35. Azerbaijan   36. Egypt
37. Philippines   38. Mongolia   39. Italy   40. Samoa   41. Canada   42. Ukraine   43. Iran   44. Turkey   45. DR Korea   46. Columbia   47. Kyrgystan   48.  New Zealand
49.  Chinese Taipei   50.  Japan   51.  India   52. Spain   53. Thailand

Penyertaan atlet-atlet Malaysia adalah bagi ketegori-kategori berikut:

Lelaki

1.  Mohd Anas Malik          -   56 kg
2.  Zulhelmi Md Pisol         -   56 kg
3.  Mohd Dinie Akmal        -   62 kg
4.  Mohd Fadli                   -   62 kg
5.  Khairul Asnawi             -   69 kg
6.  Kenneth Cory               -   77 kg
7.  Elisha Louis                 -  105 kg
8.  Khoo Jian Peng            - + 105 kg

Wanita

1.  Azizah Fadzil              -   48 kg
2.  Freanceay Titus          -   58 kg
3.  Norsahida Abd Halim   -   63 kg
4.  Khairani Mohd Malik    -   63 kg
5.  Nor Khasida Abd Halim -  69 kg
6.  Nurul Hatimi Azmi        -  75 kg

Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 7.00 petang di Hotel Equatorial. Esok, atlet-atlet Malaysia akan menjalani latihan rasmi pada jam 2.00 petang di PISA.

Sekian laporan untuk hari pertama.

--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan

BENGKEL JURULATIH BERBASIKAL










Tarikh: 28 Jun 2011
Tempat: Dewan Perdana ISN
Peserta: Jurulatih Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri
Penceramah: John Beasly, Graham Sears dan ISN

Bengkel sehari ini diadakan susulan keputusan Jawatankuasa Kerja MSN/PKLBM untuk melakukan penstrukturan semula program di pelbagai peringkat. Bengkel anjuran Bahagian Atlet ini mengumpulkan seramai 29 orang jurulatih dari pelapis kebangsaan, serantau dan negeri.

John Beasly selaku ketua jurulatih negara telah menbentangkan visi dan misi beliau bagi pembangunan sukan berbasikal di negara ini dan perancangan beliau untuk membolehkan sukan berbasikal dikembangkan dengan lebih agresif lagi di peringkat akar umbi.

Semoga bengkel ini dapat menyelesaikan beberapa isu dasar yang melibatkan peranan dan tanggungjawab semua jurulatih dis etiap peringkat.

Monday, June 27, 2011

World Junior Weighlifting Championship 2011


Atlet-atlet angkat berat remaja di bawah program Pelapis Kebangsaan, Serantau dan negeri akan menyertai World Junior Weighlifting Championship 2011 di Pulau Pinang pada 28 Jun - 7 Julai. Melalui proses pendaftaran yang telah dibuat, seramai 317 orang atlet daripada hampir 60 buah negara telahmengesahkan penyertaan. Maklumat atlet negara serta jadual adalah seperti berikut :










Jadual pertandingan boleh dimuat turun di sini
Maklumat lanjut berkaitan penganjuran kejohanan ini boleh didapati di laman web http://www.2011wjwc.com/

LAPORAN KEPUTUSAN KEJOHANAN LEBUHRAYA KEBANGSAAN 2011, RAUB PAHANG

KEPUTUSAN RASMI


KATEGORI WANITA
DISTANCE: 84KM
RIDER:24

1. KIMBERLY YAP -ELIT MALAYSIA
2. MASZIYATON MOHD RADZI- KEDAH
3. MARIANA MOHD- SELANGOR
4. JU PHA SOM NET- PELAPISKEBANGSAAN
5. MADIANA MOHD RADZI- KEDAH
6. SURIANI MOHD- TERENGGANU7.
7. ZAHRAH ANUAR- TERENGGANU
8. NOR AZIAN MASLIN SAZALI- PELAPIS KEBANGSAAN

KATEGORI LELAKI
DISTANCE- 176KM
RIDER- 69

1. MOHD SHAHRULMAT AMIN- TSG/TERENGGANU
2. MOHD ZAMRI SALLEH- ATM
3. AHMAD FALANIE ALI- DBKL
4. SAYUTI ZAHIT-UTEM
5. MOHD FAUZAN LATIF-PDRM
6. NUR AMIRUL MARZUKU-TSG/TERENGGANU
7. MUHD RAUD MISBAH- SELANGOR
8. AMIR MUSTAFA RUSLI- PDRM
9. MUHD HARIFF SALLEH- TSG/TERENGGANU
10. AMINUDIN JAMLUDDIN-UTEM
11. MOHD NOR RIZUAN- ATM
12. ANUAR MANAN-TSG/TERENGGANU
13. MUHD NAZRI MUHD- KL
14. MUHD AKMAL AMRUN-SELANGOR
15-MUHD ADIQ HUSAINIE- TERENGGANU



SEKIAN.












Saturday, June 25, 2011

KEJOHANAN TINJU PIALA MALAYSIA 2011



Hari terakhir Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2011 di Kompleks Sukan Rakan Muda Jempol bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada pukul 10.05 malam dengan mempertandingankan perlawanan akhir bagi  9 kategori. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden PTAM, Tan Sri Hj. Isa bin Dato Hj. Abdul Samad. Keputusan perlawanan akhir adalah seperti berikut:

Kategori 49kg 

1. Mohd Azran (P.Pinang)
2. Mohd Sharil (SEL)

Kategori 64kg 

1. Iswaran (ATM)
2. Hafiz (KDH) - tarik diri

Kategori 81kg 

1. Shukri (ATM)
2. Ahmad Fadli (PRK) - tarik diri

Kategori 46kg 

1. Jaya Raman (ATM)
2. Mohd Faisal (NS)

Kategori 52kg

1. Kamarulzaman (ATM)
2. Mohd Amin (JHR)

Kategori 56kg 

1. Mohd Idaham (SEL)
2. Wan Riduan (ATM)

Kategori 60kg

1. Alnazirul (ATM)
2. Mohd Zailani (PRK)

Kategori 69kg 

1. Sulaiman (JHR)
2. Badrul Hisham (NS)

Kategori 75kg 

1. Rudy (MLK)
2. Mustakim (ATM)

--
ADAM BIN SHAZAN AMIR

Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor Bawah 21 Tahun 2011

Persatuan Olahraga Selangor sedang menganjurkan kejohanan bagi peringkat umur bawah 21tahun di Stadium Mini MSN. Kejohanan yang akan berakhir esok disertai oleh seramai 446 orang atlet dan 34 pasukan. Kejohanan ini adalah salah satu medan ujian serta persediaan buat atlet-atlet terutamanya bagi yang akan menyertai kejohanan sekolah-sekolah ASEAN pada awal Julai di Singapura.

Turut serta adalah pasukan-pasukan daripada Pelapis Kebangsaan, Serantau serta Negeri. Kejohanan ini dijangka berakhir pada pukul 5 petang esok.
Azrul Hisyam