Tuesday, June 28, 2011

BENGKEL JURULATIH BERBASIKAL










Tarikh: 28 Jun 2011
Tempat: Dewan Perdana ISN
Peserta: Jurulatih Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri
Penceramah: John Beasly, Graham Sears dan ISN

Bengkel sehari ini diadakan susulan keputusan Jawatankuasa Kerja MSN/PKLBM untuk melakukan penstrukturan semula program di pelbagai peringkat. Bengkel anjuran Bahagian Atlet ini mengumpulkan seramai 29 orang jurulatih dari pelapis kebangsaan, serantau dan negeri.

John Beasly selaku ketua jurulatih negara telah menbentangkan visi dan misi beliau bagi pembangunan sukan berbasikal di negara ini dan perancangan beliau untuk membolehkan sukan berbasikal dikembangkan dengan lebih agresif lagi di peringkat akar umbi.

Semoga bengkel ini dapat menyelesaikan beberapa isu dasar yang melibatkan peranan dan tanggungjawab semua jurulatih dis etiap peringkat.

2 comments:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.