Tuesday, June 28, 2011

Kejohanan Angkat Berat World Junior 2011



28 Jun 2011

Kejohanan angkat berat "37th Men - 17th Women World Junior Weightlifting Championships" diadakan di Pulau Pinang mulai 28 Jun hingga 7 Julai 2011. Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada satu kejohanan yang bertaraf tinggi dan merupakan peluang yang amat baik bagi atlet-atlet negara untuk turut bertanding disamping atlet-atlet angkat berat bertaraf dunia. Pendedahan begini amat berharga pada atlet-atlet muda kita.

Seramai 317 atlet dari 53 negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Negara-negara yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :

1. Albania   2. Armenia   3. Australia   4. Austria   5. Latvia   6. Nauru   7. Tuvalu   8.  Kiribati   9. Papua New Guinea   10. Singapore  11. Dominica Republic   12. Belarus
13. Lithuania   14. Great Britain   15. Tunisia   16. Iraq   17. Slovakia   18. Sweden   19. Moldova   20. Kazakhstan   21. Poland   22. U.S.A.   23. China   24. Malaysia
25. Russia   26. Korea   27. Turkmenistan   28. Indonesia   29. Chile   30. Equador   31. France   32. Vietnam   33. Romania   34. Bulgaria   35. Azerbaijan   36. Egypt
37. Philippines   38. Mongolia   39. Italy   40. Samoa   41. Canada   42. Ukraine   43. Iran   44. Turkey   45. DR Korea   46. Columbia   47. Kyrgystan   48.  New Zealand
49.  Chinese Taipei   50.  Japan   51.  India   52. Spain   53. Thailand

Penyertaan atlet-atlet Malaysia adalah bagi ketegori-kategori berikut:

Lelaki

1.  Mohd Anas Malik          -   56 kg
2.  Zulhelmi Md Pisol         -   56 kg
3.  Mohd Dinie Akmal        -   62 kg
4.  Mohd Fadli                   -   62 kg
5.  Khairul Asnawi             -   69 kg
6.  Kenneth Cory               -   77 kg
7.  Elisha Louis                 -  105 kg
8.  Khoo Jian Peng            - + 105 kg

Wanita

1.  Azizah Fadzil              -   48 kg
2.  Freanceay Titus          -   58 kg
3.  Norsahida Abd Halim   -   63 kg
4.  Khairani Mohd Malik    -   63 kg
5.  Nor Khasida Abd Halim -  69 kg
6.  Nurul Hatimi Azmi        -  75 kg

Mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan pada jam 7.00 petang di Hotel Equatorial. Esok, atlet-atlet Malaysia akan menjalani latihan rasmi pada jam 2.00 petang di PISA.

Sekian laporan untuk hari pertama.

--
Harun Osman
Unit Pelapis Kebangsaan

2 comments:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.