Friday, June 17, 2011

Kem Bakat Menembak 2011: Hari terakhir



Hari Keempat (Terakhir)
Tarikh : 16 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang

Laporan :
Seperti hari-hari sebelum ini, aktiviti pagi dimulakan dengan perhimpunan pagi dan sarapan. Pada jam 8.30am, semua atlet telah mula mengambil senjata untuk persiapkan latihan dan pertandingan final bagi acara semalam iaitu air rifle - 10 meter (L & W) & air pistol - 10 meter (L & W). Bagi pertandingan air rifle, seramai 8 orang atlet lelaki dan 14 orang atlet wanita mengambil bahagian. Atlet PK pula, menjalani latihan seperti biasa di lapang sasar 25 meter dan 50 meter. Pertandingan awal berakhir pada jam 11.00am dan diteruskan dengan acara air pistol yang melibatkan seramai 10 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita. Acara kedua tamat pada jam 12.30pm. Selepas makan tengahari, atlet berehat di lapang sasar dan pada jam 3.00pm mereka dibawa beriadah di sekitar Bandar Hilir sehingga jam 5.30pm. Pada jam 7.45pm, semua atlet dan jurulatih bertolak ke JBS untuk makan malam dan sesi ceramah terakhir bertajuk psikologi sukan oleh pegawai dari ISN, Bukit Jalil iaitu Puan Nor Faseha Abd. Manaf sehingga jam 11.00pm. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menjana minda atlet dalam pembelajaran psikologi dan tindakbalas dari mereka amat memberangsangkan melalui perbincangan serta pembentangan. Selepas tamat ceramah, sampai di hotel semua atlet diarahkan supaya membuat persiapan mengemas untuk pulang keesokkan harinya.

Laporan :
NORJIHAN BASHAH

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.