Saturday, June 25, 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor Bawah 21 Tahun 2011

Persatuan Olahraga Selangor sedang menganjurkan kejohanan bagi peringkat umur bawah 21tahun di Stadium Mini MSN. Kejohanan yang akan berakhir esok disertai oleh seramai 446 orang atlet dan 34 pasukan. Kejohanan ini adalah salah satu medan ujian serta persediaan buat atlet-atlet terutamanya bagi yang akan menyertai kejohanan sekolah-sekolah ASEAN pada awal Julai di Singapura.

Turut serta adalah pasukan-pasukan daripada Pelapis Kebangsaan, Serantau serta Negeri. Kejohanan ini dijangka berakhir pada pukul 5 petang esok.
Azrul Hisyam

2 comments:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.