Tuesday, March 31, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 - 2023

TARIKH  : 26 - 29 MAC 2015
TEMPAT : HOTEL GRAND BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Pada 26 hingga 29 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Bengkel Penulisan Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2023 bertempat di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini merupakan fasa penulisan Pelan Pembangunan Sukan yang mana melibatkan sebanyak 15 sukan iaitu sukan akuatik terjun, renang berirama, angkat berat, berbasikal, gimnastik artistik, gimrama, karate, lawn bowls, memanah, menembak, pelayaran, skuasy, taekwondo, tinju serta wushu. Peserta bagi begkel kali ini adalah lebih kecil yang dihadiri oleh ahli-ahli akademik dari beberapa universiti tempatan yang bertindak sebagai moderator, presiden dan wakil-wakil dari Persatuan Sukan Kebangsaan, pengurus sukan Majlis Sukan Negara serta jurulatih-jurulatih kebangsaan.

Berikut merupakan senarai moderator yang terlibat pada bengkel kali ini :
  1. Dr. Junaidi Mohd Hashim - Institut Pendidikan Guru Kedah (IPG Kedah)
  2. Dr Thariq Khan Azizudin Khan - Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI)
  3. Dr. Nur Ikhwan Mohamad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  4. Dr. Hairul Anuar Bin Hashim - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  5. Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin - UMS
  6. Dr. Jeffrey Low Fook Lee - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  7. Dr. Mohd Nizam bin Mat Jawis - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  8. En. Hishamudin Ahmad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  9. En. Nagoor Meera Bin Abdullah - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam
  10. En. Mohd Sadek Mustaffa - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam

Pendaftaran pada hari pertama (26 Mac 2015) dijalankan pada jam 3.00 hingga 4.30 petang dibantu oleh USPTN Negeri Sembilan. Pada jam 5.00 petang pula didakan taklimat dan perjumpaan Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara bersama pengurus-pengurus sukan MSN yang terlibat dan seterusnya taklimat serta pembentangan hala tuju program bersama semua peserta yang terlibat pada bengkel kali ini.

Pada 27 Mac hingga 29 Mac 2015 telah dilangsungkan proses penulisan Pelan Pembangunan Sukan mengikut sukan masing-masing. Majlis penutupan bengkel telah diadakan pada jam 11.00 pagi oleh Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Dua orang wakil moderator juga memberi sedikit ulasan dan pandangan berkenaan penulisan Pelan Pembangunan Sukan ini bagi penambahbaikan pelan.

Sebelum ini dua (2) sukan iaitu Akuatik Renang dan Badminton telah pun selesai melaksanakan sesi penulisan pada 16 - 20 Mac 2015. Manakala tiga (3) lagi sukan pula iaitu sukan Hoki Lelaki, Olahraga dan Tenpin Boling akan dilaksanakan pada hari lain.

Proses penulisan ini adalah berdasarkan pada resolusi empat (4) bengkel sebelum ini iaitu :
  1. Bengkel Sepak Takraw : 14 - 15 Februari 2015
  2. Bengkel Fasa 1            : 27 Feb - 1 Mac 2015
  3. Bengkel Fasa 2            : 9 - 11 Mac 2015
  4. Bengkel Akuatik Terjun & Gimrama : 23 - 24 Mac 2015 

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Friday, March 27, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 - 2022/2023 : SUKAN GIMRAMA DAN AKUATIK TERJUN

TARIKH     : 23 - 24 MAC 2015
TEMPAT    : BILIK MERPATI, CASA 1 MSN (AKUATIK TERJUN) & BILIK MERBOK,                              CASA 2 MSN (SUKAN GIMRAMA)

Pada 23 hingga 24 Mac yang lalu telah berlangsung Bengkel Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2023 bagi sukan Gimrama dan Akuatik Terjun. Dua sukan ini dijalankan setelah selesai Fasa 1 dan Fasa 2.

Perjalanan bengkel adalah sama seperti yang lalu dimana pada hari pertama telah diadakan sedikit taklimat berkenaan bengkel oleh Encik Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis. Pemegang taruh yang terlibat di dalam bengkel ini adalah pegawai-pegawai kanan MSN, wakil daripada Institut Sukan Negara, wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta jurulatih kebangsaan sukan tersebut. Moderator juga telah ditetapkan bagi setiap sukan iaitu En. Rizal Hashim (Akuatik Terjun) dan Encik Sadeeq Mustafa (Gimrama). Pegawai rujuk adalah wakil daripada MSN, KPM serta PSK.

Lima bahagian  utama yang dibincangkan ialah Latar Belakang Sukan, Pelan Pembangunan, Penyediaan Pelan Pembangunan, Teras Strategik serta Peranan Pemegang Taruh. Bahagian Teras Strategik  terdiri daripada Pembangunan Organisasi, Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat, Penyertaan dan Kemudahan Latihan serta Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan.

Proses penulisan Pelan Pembangunan Sukan dilangsungkan pada Bengkel Fasa Akhir pada 26 hingga 29 Mac 2015 nanti.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS

Thursday, March 26, 2015

LAPORAN KESELURUHAN PENGANJURAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON SIRI 1/2015

Kejohanan Pelapis Peringkat Zon memasuki edisi ke 2 pada tahun ini dengan lebih banyak penambahbaikan di lakukan bagi memastikan lebih ramai atlet-atlet muda yang sedang berlatih di pusat-pusat latihan negeri (PLN) dan Pusat Pengalakkan Sukan (PPS) diberi peluang untuk menyertai pertandingan mengikut peringkat umur mereka. 

Kejohanan ini telah memberi peluang pertandingan kepada atlet-atlet baharu yang tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana sirkit remaja kebangsaan ataupun kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi tahapnya. Melalui kejohanan ini atlet-atlet muda yang menjalani latihan di pusat-pusat latihan dapat mengukur prestasi mereka berbanding atlet negeri lain dalam platform yang sama tarafnya. 

Kejohanan Pelapis Peringkat Zon melibatkan penganjuran bagi sukan Akuatik Terjun, Angkat Berat, Gimnastik, Memanah, Menembak, Olahraga, Sepak Takraw dan Tinju di lima zon iaitu Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Perak), Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), Zon Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) serta Zon Borneo (Sabah, Sarawak dan WP Labuan). Berikut merupakan tuan rumah bagi setiap zon.
  1. Zon Tengah – Selangor
  2. Zon Selatan – Negeri Sembilan
  3. Zon Utara – Perlis
  4. Zon Timur – Terengganu
  5. Zon Borneo – Sabah
Tuan rumah kepada penganjuran Kejohanan Pelapis Peringkat Zon ini akan dibuat secara giliran bagi memberi peluang semua negeri untuk sama-sama menganjurkan kejohanan di peringkat zon. Sebanyak 2 siri kejohanan telah di atur dengan satu Grand Finale akan di adakan pada bulan Oktober 2015 nanti. 

Pihak Cawangan telah menetapkan bantuan penyertaan setiap pasukan adalah sebanyak RM3000 manakala bantuan penganjuran bagi setiap sukan adalah RM5000. 

Penyertaan atlet-atlet muda dari setiap negeri adalah amat menggalakan iaitu seramai 1841 atlet dan 501 pegawai / jurulatih. Pengurus sukan Pelapis Negeri di cawangan juga turut turun padang ke setiap zon bagi memantau dan membantu pengelolaan kejohanan. Bagi siri yang pertama ini Zon Tengah dipantau oleh En. Fairul Fadzli dan Zon Selatan oleh En. Giam Fook Pang. Zon Utara dan Timur pula masing-masing dipantau oleh En. Vimalan A/L Palaniappan dan Pn. Nazlin Shima. Manakala di Zon Borneo pula dipantau oleh En. Dinie Suhami.

KESELURUHAN PENYERTAAN
ZON
NO
NEGERI
ATLET
JURULATIH/ PEGAWAI/TEKNIKAL
JUMLAH KESELURUHAN
L
W
J
L
W
J
UTARA
1
PERLIS
98
39
137
2
0
2
139
2
KEDAH
97
44
141
22
0
22
163
3
PULAU PINANG
94
36
130
19
5
24
154
4
SMK KULIM
0
0
0
2
0
2
2
5
SK SINGKIR
0
0
0
2
0
2
2
6
SMK AHMAD BADAWI
0
0
0
1
0
1
1
7
SMK SYED AHMAD
0
0
0
1
0
1
1
8
SMK SYED HASSAN
0
0
0
2
1
3
3
TENGAH
9
PERAK
106
43
149
20
5
25
174
10
SELANGOR
71
41
112
13
4
17
129
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
39
25
64
12
4
16
80
12
JOHOR ( GIMNASTIK )
4
0
4
1
1
2
6
SELATAN
13
NEGERI SEMBILAN
69
30
99


0
99
14
MELAKA
54
14
68


0
68
15
JOHOR
63
21
84


0
84
16
SSNS SMK ZA'BA
8
5
13
1
0
1
14
17
JELAI
3
8
11
1
0
1
12
18
SERI PAGI
7
13
20
1
0
1
21
19
N. SEMBILAN (MORGAN)
13
13
26
1
0
1
27
20
JOHOR SSTMI
14
0
14
2
0
2
16
TIMUR
21
PAHANG
66
26
92
19
9
28
120
22
TERENGGANU
126
64
190
140
25
165
355
23
KELANTAN
86
17
103
12
9
21
124
BORNEO
24
SARAWAK
17
11
28
9
2
11
39
25
SABAH
203
133
336
107
42
149
485
26
WP LABUAN
16
4
20
3
1
4
24
JUMLAH
1254
587
1841
393
108
501
2342

Berikut merupakan statistik keputusan Kejohanan Peringkat Pelapis Siri 1 / 2015 mengikut zon masing-masing.
PUNGUTAN PINGAT  KESELURUHAN
ZON
NO
NEGERI
PUNGUTAN PINGAT
E
P
G
JUMLAH
UTARA
1
PERLIS
24
24
19
67
2
KEDAH
56
37
28
121
3
PULAU PINANG
26
28
31
85
4
SAC
0
1
0
1
JUMLAH
106
90
78
274
TENGAH
5
PERAK
44
51
40
135
6
SELANGOR
51
35
25
111
7
WILAYAH PERSEKUTUAN
30
25
16
71
8
PENGKALAN HULU
0
1
1
2
9
JOHOR
(GIMNASTIK)
7
7
5
19
JUMLAH
132
119
87
338
SELATAN
10
NEGERI SEMBILAN
40
34
25
99
11
MELAKA
17
16
14
47
12
JOHOR
27
28
25
80
13
SSNS SMK ZA'BA
10
3
2
15
14
SMK JELAI
5
2
2
9
15
SMK SERI PAGI
0
2
3
5
16
N. SEMBILAN (MOGAN / PPSN9)
3
0
5
8
17
JOHOR SSTMI
3
0
1
4
JUMLAH
105
85
77
267
TIMUR
18
PAHANG
45
32
26
103
19
TERENGGANU
69
65
55
189
20
KELANTAN
37
36
17
90
JUMLAH
151
133
98
382
BORNEO
21
SARAWAK
30
20
7
57
22
SABAH
125
117
111
353
23
WP LABUAN
4
5
10
19
JUMLAH
159
142
128
429
JUMLAH KESELURUHAN
653
569
468
1690