Wednesday, March 11, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015-2022/2023 FASA II : 10 MAC 2015

TARIKH : 09 - 11 MAC 2015
TEMPAT : PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN PARALIMPIK, KG PANDAN

Hari kedua diteruskan dengan perbincangan 5 lagi teras strategik utama yang telah ditetapkan yang merangkumi 5 topik utama iaitu Penyertaan dan Kemudahan Latihan, Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan, Pertandingan, Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat serta Pembangunan Organisasi. 

Teras Strategik 1 : Penyertaan dan Kemudahan Latihan
Melalui topik ini antara beberapa perkara dibincangkan adalah seperti struktur latihan, mod latihan dan juga pusat latihan bagi sukan tersebut berlandaskan keperluan masa kini dan juga di masa akan datang.

Teras Strategik 2 : Kejurulatihan dan Program Pembangunan Latihan
Jurulatih merupakan salah satu pihak yang banyak menyumbang kepada seseorang atlet secara terus. Melalui bengkel ini, struktur kejurulatihan, kriteria pemilihan jurulatih, kursus serta modul yang perlu disertai oleh jurulatih turut dikupas bagi meningkatkan kualiti kejurulatihan di Malaysia atas buah fikiran semua pemegang taruh yang terlibat.

Teras Strategik 3 : Pertandingan
Penyertaan dan pendedahan pertandingan tidak kira dalam atau luar negara adalah amat penting kepada atlet lebih-lebih lagi dalam melahirkan atlet bertaraf dunia yang boleh memenangi pingat di peringkat dunia seperti Temasya Sukan Olimpik. Perbincangan turut melibatkan pertandingan yang perlu disertai dan perlu dikelolakan oleh badan-badan yang terlibat bagi menggalakan persaingan sihat di kalangan atlet dalam negara.

Teras Strategik 4 : Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat
Selain daripada pertandingan, pusat latihan dan jurulatih, atlet itu sendiri adalah salah satu fokus utama yang diperincikan di dalam bengkel Pelan Pembangunan Sukan ini. Antara buah fikiran yang melibatkan topik ini ialah kriteria pemilihan, kategori, kebajikan dan banyak lagi.

Teras Strategik 5 : Pembangunan Organisasi
Pengukuhan peranan dan fungsi pemegang taruh yang terlibat adalah sangat penting bagi merealisasikan misi dan visi bengkel ini. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan sukan itu sendiri tidak kira mana-mana agensi yang terlibat.

Hari kedua ditangguhkan sekitar pada jam 7.00 petang dan disambung semula pada esok hari bagisesi yang terakhir.

Laporan Oleh,
Nency Eve
Unit Khidmat Sokongan
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.