Friday, March 27, 2015

BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 - 2022/2023 : SUKAN GIMRAMA DAN AKUATIK TERJUN

TARIKH     : 23 - 24 MAC 2015
TEMPAT    : BILIK MERPATI, CASA 1 MSN (AKUATIK TERJUN) & BILIK MERBOK,                              CASA 2 MSN (SUKAN GIMRAMA)

Pada 23 hingga 24 Mac yang lalu telah berlangsung Bengkel Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2023 bagi sukan Gimrama dan Akuatik Terjun. Dua sukan ini dijalankan setelah selesai Fasa 1 dan Fasa 2.

Perjalanan bengkel adalah sama seperti yang lalu dimana pada hari pertama telah diadakan sedikit taklimat berkenaan bengkel oleh Encik Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis. Pemegang taruh yang terlibat di dalam bengkel ini adalah pegawai-pegawai kanan MSN, wakil daripada Institut Sukan Negara, wakil daripada Persatuan Sukan Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta jurulatih kebangsaan sukan tersebut. Moderator juga telah ditetapkan bagi setiap sukan iaitu En. Rizal Hashim (Akuatik Terjun) dan Encik Sadeeq Mustafa (Gimrama). Pegawai rujuk adalah wakil daripada MSN, KPM serta PSK.

Lima bahagian  utama yang dibincangkan ialah Latar Belakang Sukan, Pelan Pembangunan, Penyediaan Pelan Pembangunan, Teras Strategik serta Peranan Pemegang Taruh. Bahagian Teras Strategik  terdiri daripada Pembangunan Organisasi, Pencarian Bakat dan Pengkhususan Bakat, Penyertaan dan Kemudahan Latihan serta Kejurulatihan dan Pembangunan Program Latihan.

Proses penulisan Pelan Pembangunan Sukan dilangsungkan pada Bengkel Fasa Akhir pada 26 hingga 29 Mac 2015 nanti.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.