Wednesday, March 18, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN KELANTAN 2015 (23.02.2015)

Pemantauan pusat latihan USPTN Kelantan telah dijalankan pada 23/2/2015 sebanyak 5 sukan telah dijalankan iaitu angkat berat, gimrama, gimnastik, olahraga dan tenis. Berikut adalah laporan ringkas mengikut sukan:-

Angkat Berat
Tempat : Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan keadaan baik dan peralatan mencukupi.
2. Jurulatih mohon tukar platform kerana yang sediada telah pecah dan gantian jerk block yang lama (kayu).
3. TID telah dijalankan dan masih menunggu laporan daripada pihak Pusat Satelit ISN untuk pemilihan atlet. 
4. Kehadiran atlet memuaskan, mempunyai 2 sesi latihan pagi dan petang iaitu atlet lepasan sekolah dan yang masih bersekolah.
5. Mempunyai 24 org atlet iaitu 7 org elit (program ms negeri) dan 17 org junior (usptn).

Gimrama
Tempat : Dewan Gimnastik Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu

Isu/ Cadangan
1. Tempat latihan yang sempit
2. Untuk latihan lantai dijalankan di tempat latihan gimnastik
3. Jurulatih mohon untuk tukar karpet kerana yang sedia ada sudah reput dan berhabuk
4. Peralatan disimpan oleh jurulatih kerana keadaan tempat latihan tidak selamat kerana telah berlaku pencerobohan.
5. Sesi latihan sebelah petang sahaja kerana atlet masih bersekolah.
6. Mempunyai 10 orang atlet dan masih menunggu keputusan laporan tid daripada pihak ISN
7. Cadangan jurulatih akan mengambil/ membuat pemilihan atlet di sekolah sesama sesi pendidikan jasmani. 

8. Jurulatih memaklumkan bahawa atlet yang mengikuti program TID tidak sesuai bentuk fizikal.

Sukan : Gimnastik
Tempat : Dewan Gimnastik Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan masih tidak boleh digunakan sepenuhnya dan masih menunggu bantuan daripada pihak Bahagian Warta, Majlis Sukan Negara untuk menanggung kos pembaikan pusat latihan yang terkena banjir.
2. Kehadiran kurang memuaskan kerana tempat latihan masih berhabuk serta kekangan program sekolah sehingga lewat petang .Mempunyai 35 org atlet dan 2 org jurulatih
3. Masih menunggu keputusan laporan TID daripada pihak Pusat Satelit ISN.

Sukan : Olahraga
Tempat : Kompleks Sekolah Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Program latihan berjalan seperti biasa walaupun telah keluar daripada program
2. Mempunyai 60 orang atlet dan  2 orang jurulatih.
3. Fokus latihan adalah untuk menyertai kejohanan open perak
4. Jurulatih memaklumkan bahawa tiada bajet untuk menyertai kejohanan

Sukan : Tenis
Tempat : Kompleks Sekolah Sukan Negeri Kelantan

Isu/ Masalah
1. Mempunyai 2 gelanggang latihan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa kekurangan bola untuk latihan
3. Mendapat sokongan daripada pihak persatuan
4. Terdapat 12orang atlet bawah 8 tahun daripada program TID untuk mengikuti program latihan untuk dibawa masuk ke program atlet bawah 10 tahun.
5. Mempunyai 24 orang atlet dan seorang jurulatih
6. Jurulatih memohon tambahan jurulatih.
LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.